Muhammad Farhan b Mohamad Ghadzali was born on 25 October 1989 at University Hospital - ex Putera of RMC - Studying at IIUM - Malay Debater IIUM - MYSC Ambassador of Ministry Of Youth and Sport - interested in reading, travelling and sleeping - my self in 3 words..simple,serious,
optimist.
Pernah dahulu, penulisan saya berkisar tentang hudud. Ketika itu, penulisan saya mendapat banyak perhatian rakan-rakan blogger yang mengunjungi blog ini ketika itu.
Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang menghentam. Mungkin ketika itu bahang PRU 12 masih membara. Tapi tidak mengapa, saya ambil mana yang untung dan buang mana yang rugi untuk dipelajari di kemudian hari.
Post kali ini juga berkenaan hudud, yang pasti, ini bukanlah "penulisan asli"
sepertimana yang terjadi tempoh hari, tetapi ini adalah dialog antara seorang YB muda dari proksi pembangkang dan anak remaja yang cuba menambah ilmu yang tidak seberapa di dalam dada.
Sembang bermula pada jam
2:36am di sebuah laman sembang Internet.
(Soalan)
Remaja:
Saya tertanya-tanya jawapan brkenaan hukum hudud dan pengimplementasian dlm keadaan heterogeneous Malaysia..
boleh atau tidak??
YB Muda:
soalan ni kompleks
bukan senang nak jawab dengan ringkas
ttp perkara akhirnya dalam suasana kita hari ini saya fikir kena lihat dari sudut fiqh awlawiyat
fokus pada maqasid syariah
Remaja:
oh?
maknanya, bukanlah menjadi sesuatu yang wajib untuk kita melakukan hudud pada masa sekarang?
begitu?
cukup untuk kerajaan melakukan teras 5 perkara dlm maqasid syariah shj?
YB Muda:
susahlah nak kata wajib atau tidak
sebab itu saya kata soalan ni kompleks
saya pun bukannya pakar
cuma dalam banyak aspek dulu pun Rasulullah buat secara berperingkat-peringkat
undang2 syariah pun sudah terlaksana di Malaysia sebahagian besarnya
pada zaman pemerintahan islam pun wujud undang2 paralel antara syariah dan mahkamah parsi / romawi
sbmn hari ini wujud antara sivil dan syariah
lebih baik tanya expert2 sket
macam YB Khalid Samad, YB Yusmadi Yusuf ataupun DSAI sendiri
;)
dan kita kena rujuk pembentukan malaysia berdasarkan muafakat perlembagaan
sbgmn rasulullah berpegang pada piagam madinah dan perjanjian hudaibiyyah
tapi pokok pandangan saya sbgmn disampaikan.
**Dialog sebagaimana yang telah di "copy paste".
Jadi, kesimpulannya, "kompleks" jika menurut kata YB Muda ini dan jawapan beliau adalah sama seperti seorang lagi YB Muda dari pakatan kerajaan. Juga, siapalah saya untuk merungkai secara lebih terperinci, sekadar mahu berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan blogger lain.
Bidang pengangkutan (transportation), Alhamdulillah, orang Melayu yang sedang mempelopori dan mengungguli arena ini di Malaysia.
Rapid KL, LRT, Monorel, Transnasional, MAS semuanya adalah syarikat BUMIPUTERA. Durian Burung? Ya, juga syarikat bas ekspres orang Melayu.
Dalam erti kata lain, dalam bidang ini dapatlah kita sedikit sebanyak berbangga di segenap ruang udara dan lebuh raya.
Tapi, ada kisah disebaliknya ingin saya ceritakan berkenaan tiket bas.
Lokasi di stesen bas Pekelilling, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Hari ini saya pulang ke kampung bersama seorang sepupu lelaki. Destinasi kami, Jengka 16 di Bandar Pusat Jengka (kami cucu peneroka FELDA).
Bas yang kami naiki, kalian boleh lihat melalui gambar diatas.
Kebetulan, semalam saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama Khairy Jamaluddin dan saya sempat menanyakan soalan berkenaan bagaimana caranya Malaysia mahu terus mara dan mencapai status negara maju dalam keadaan lanskap politik perkauman yang sangat menebal di dalam negara kita sekarang.
Saya memberi contoh negara seperti Canada, UK, USA, Australia dan Switzerland semuanya negara yang berstatus maju tetapi mereka adalah negara IMIGRAN, bermakna tiada konsep perkauman yang menebal seperti di Malaysia.
Apa yang dijawab Khairy, jujur saya katakan saya sudah lupa. Namun, jawapan yang diberikan memang menyakinkan dan beliau menjawab tepat soalan tersebut.
Tetapi, jika beliau bersama kami petang tadi dan bersama-sama membeli tiket bas tersebut, pasti beliau akan tersenyum dan terfikir semula jawapan yang diberikan kepada sidang yang hadir semalam.
Sedikit dialog dibawah..
"Abang, tiket ke Jengka untuk 2 orang..ada?"
"Sekejap...Ada, ko tunggu jap"
Saya dan sepupu terus berdiri di hadapan kaunter tiket kemudian, datang 3 perempuan berbangsa Cina.
"Hello, saya mau itu tiket 3 olang pigi Jengka pukul blapa ada?"
Brader tersebut diam. Pandang kearah mereka dan menjawab
"Nanti-nanti, tiket u orang kena beli nanti, sebab tiket sudah habis, tunggu time bas nak gerak kalau tak ada orang naik, baru u orang beli."
Saya yang terdengar perbualan mereka jadi bengang,
"Bang, tadi kata suruh tunggu kejap, abg kata kat diorang tu tak ada tiket dah?
"Kejap la!! Diorang tu Cina, tak payah nak sibuk-sibuk pasal diorang tu, korang punya ada. Sabar jap"
Baik, sekarang, anda nilai sendiri keadaan di Malaysia. Bukan semua peringkat kita boleh mengintegrasikan pemikiran mereka.
Negara MODEN? MAJU?
Kita kadang-kadang suka berangan-angan.
SAYA PUN MELAYU, TAPI SAYA TAK SUKA KALAU KEADAAN BEGINI BERTERUSAN.
Reaksi beliau, tenang dan bersahaja. Ya, beliau memang "cool" dan "sempoi" Dalam kata lain, apa anda lihat dalam gambar di atas, maka itulah Tun.
Gambar diatas tak diambil dengan kamera Canon EOS 5D, cuma sekadar kamera telefon 1.3 megapixel biasa. Apapun, beliau tak kisah. Walau dalam GUARDIAN di KLCC dan dimana-mana, itu bukan masalah.
Di kutuk MIC? lagi tak kisah! Janji UMNO menang.
Pendapat saya, ianya adalah strategi BN dalam meraih sokongan orang Melayu di DUN Pinang nanti. Kalkulus mereka mudah saya kira, iaitu biar Tun jadi "bahan" maka UMNO akan tahan dan lawan mereka yang dianggap biadap ini.
Bila ini terjadi, populariti UMNO tambah-tambah Pemuda UMNO akan meningkat, jadi orang Melayu akan rasa terbela.
(Padahal nanti Samy Vellu confirm "kipas" Tun semula)
Strategi ini saya lihat telah menyebabkan PAKATAN RAKYAT berjaya memenangi kesemua pilihanraya kecil.
Biar Anwar, Kit Siang, Karpal, Tok Guru Nik Aziz berbalah kemudian dah dekat nak mengundi keluar gambar mereka bersalam atas pentas kempen. Timbulkan isu arak di Selangor lah, isu hudud lah, macam-macam isulah, tapi lepas pilihanraya, BN ke PR, boleh kata dua-dua pun sama.
Politik sememangnya licik
Tapi untuk merungkai formula mereka, tak susah seperti yang disangka.
*kutuk dan mengumpat perbuatan biasa manusia, biar mereka menyumbang pahala dan kita dapat habuannya..InsyaAllah*
Sejujurnya, berdemonstrasi adalah satu instrumen yang salah, bagaimanapun saya sebenarnya menyokong agar ISA DIMANSUHKAN.
Pertama, sejarah kewujudan ISA suatu ketika dahulu dan dibandingkan dgn konteks semasa pada waktu kini tidak lagi relevan. Dulu mungkin ya kita ada ancaman komunis dan bertepatan untuk mereka ditangkap tanpa sebarang perbicaraan.
Namun kini, kita tanya diri kita sendiri ISA sebenarnya untuk apa?..contohnya tak cukupkah Akta Hasutan 1970 untuk kita jaga 4 perkara sensitif berhubung Islam,hak bumiputera,B.Melayu, dan Raja2 kita? Dalam konteks US, sememangnya penggunaan Patriot Act diperlukan untuk mengelakkan ancaman pengganas. Pernah kita dengar ahli2 politik mereka dari Republican atau Democrat ditangkap atas alasan "berpolitik"? sedangkan ketika berkempen calon presiden sekalipun, isu kulit dibangkitkan disana?
Kedua, Apabila kita berbicara mengenai undang-undang ia MESTI ADIL. Merujuk kata-kata Plato "Unjustice law can not call a law anymore". Tidak perlu untuk saya bercerita mengenai perspektif Islam kerana kita sedia maklum bahawa pihak PAS sudah lama menentang akta ini dan mereka hujankan Barisan Nasional dengan pelbagai dalil-dalil dari spektrum Islam.
Ketiga, penggunaan ISA kini pada hemat saya lebih kepada kepentingan politik. Mungkin agak keterlaluan untuk saya katakan sedemikian tetapi itulah realiti yang yang perlu dihadapi oleh kita dan sekiranya perkara ini tidak dihentikan, mahukah kita melihat BN hilang 2/3 lagi kerusi sekali lagi?
Pandangan kami orang2 muda malahan saya sendiri merasakan sudah wujud satu stigma masyarakat yang sudah sukar diubah masa kini bahawa sekiranya tindakan ISA diambil keatas "ahli-ahli politik" maka ada udang disebalik batu atas tindakan ISA terbabit. Lebih parah lagi jika stigma ini tidak dipecahkan sekarang maka generasi 20-30 tahun lagi akan turut berfikiran serupa.
Keempat, berkenaan kos, mereka yang ditangkap atas alasan menjaga ketenteraman negara, dijaga makan minum, kehidupan mereka ditanggung juga oleh kerajaan 100% malahan perkara ini juga sebenarnya memberikan kesan berganda kepada kerajaan. Sudahlah dituduh menyalah guna kuasa, kemudain terpaksa pula untuk megeluarkan kos untuk kehidupan pesalah2 ISA. Duit siapa? Rakyat. Jikalau benar mereka ini mengganggu ketenteraman negara, kita sepatutnya mencontohi Thailand, dimana kalau tidak salah saya memancung terus pesalah-pesalah terbabit.
Jikalau wang tersebut disalurkan ke jalan yg lebih menguntungkan adalah lebih baik. Dapat sedikit sebanyak membasmi kemiskinan, menaik taraf sekolah2 dan infrastruktur daripada membelanjakan duit kepada mereka yang dikenakan ISA.
Percayalah, kadang2 desakan orang ramai menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena berkenaan sesuatu perkara. Dan perkara itu kini adalah ISA.Kini, kerajaan diberi pilihan untuk menerima atau membasmi kekalahan. Saya yakin, selemah-lemah perubahan yang perlu diambil kerajaan adalah "rebranding" semula akta tersebut. Jelaskan kembali KONSEP dan PELAKSAAN yang baru selepas penjenamaan semula tersebut kemudian tindakan diambil perlu lebih berhemah.
** mengkritik tak semesti saya pembangkang, saya percaya melalui kritikan ilmu dapat berkembang.
"Katakanlah (Muhammad), wahai orang-orang kafir! aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembahUNTUKMU AGAMAMU DAN UNTUKKU AGAMAKU"
(Surah al-Kafiruun : 1-akhir)
Saya tidaklah mempunyai ilmu agama yang tiggi jika dibandingkan dengan segelintir "golongan" ini yang pada pandangan manusia lain, kononnya mempunyai pegangan yang kuat ,ilmu yang tinggi dan kononnya mereka dalam "jalan" yang benar dari saudara Islam mereka yang lain.
Namun, berdasarkan ilmu yang ada tak seberapa ini, saya kira apa rasionalnya "saudara-saudara Islam" saya diatas lakukan?
Adakah perbuatan mereka boleh dikategorikan seperti dalam ayat (Luqman :13)?
Demi politik mereka sanggup melakukan perkara yang meragukan..
"Katakanlah lagi (kepadanya) : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
(Surah Al Zumar: 9)
Saudara mereka yang mereka tuduh sekular pun tidak melakukan perbuatan seperti ini.
*Sila luangkan sedikit masa anda untuk artikel “versi khas” saya ini..
Saya adalah antara jutaan pelajar yang mahu memberi respon terhadap pemansuhan PPSMI. Pemansuhan tersebut diumumkan pada petang 8 Julai. Saya pasti, keputusan tersebut disambut dengan sorak gembira sesetengah lapisan masyarakat, namun tidak bagi saya.
Pada saya, perlaksanaan PPSMI belum lagi mencapai tahap klimaks untuk kita ukur sejauh mana kejayaan dan kesinambungannya. Dengan sistem yang baru diimplementasikan ini, adalah menjadi tidak wajar untuk menjatuh hukumkan sehingga sedemikian rupa dan akhirnya…mencantas masa depan para pelajar!
Kenapa saya sokong PPSMI, mudah, kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa IT, Sains, Matematik dan Ekonomi. Setiap saat cetakan demi cetakan dalam bidang-bidang ini dikemaskini dalam Bahasa Inggeris dan menjadi satu keperluan untuk kita mengejar dan bersaing dengan negara-negara maju untuk menguasi bidang-bidang diatas. Sekiranya ianya dikembalikan dalam pembelajaran bahasa Melayu, selama ini (sebelum perlaksaan PPSMI) adakah dapat kita lihat Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka( DBP)mampu memainkan peranan yang sebaik mungkin untuk mencetak, menterjemah setiap buku dan kertas-kertas kerja yang mana kita sedia maklum kesemuanya datang dari bahasa Inggeris?
Benar, kita kekurangan sumber tenaga pengajar dalam perlaksanaan sistem ini. Hakikatnya, pemikiran kita harus ditekankan untuk jangka masa panjang. Adakah kerana dengan alasan tersebut, maka kita perlu terus mengaku kalah? Jawapan yang sesuai adalah denganmeningkatkan mana-mana kekurangan dan membaiki segala masalah dalam hal ini, Perlu diingatkan, kita juga sebenarnya berhadapan dengan realiti masalah kekurangan pengajar yang berkualiti untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, maknanya, jika kerajaan ada jawapan yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, seharusnya kerajaan juga mampu memberi kesan dwi terhadap PPSMI. Setahu saya, usaha yang dilakukan kerajaan adalah cukup baik buat ketika ini dengan pelbagai kursus dijalankan seperti guru-guru perlu mengikuti kursus 6 bulan setahun 2 kali dan sebagainya. Tambahan dengan jumlah lambakan lepasan pelajar dari Universiti yang sedang menganggur memungkinkan masalah ini mampu diatasi sekiranya tenaga mereka ini digembleng dengan bijak. Ini tidak termasuk dengan pelan-pelan induk pendidikan yang telah dirangka bagi mengangkasakan lagi dasar ini dahulu. Bagaimana dengan kos selama ini? Perlukah kita diam begitu saja bila bermillion-milion sudah dilaburkan?
Butang PANIK terus ditekan pihak pembangkang apabila mengatakan pelajar-pelajar luar bandar menunjukkan perkembangan negatif apabila bahasa Inggeris yang asing pada mereka digunakan sebagai bahasa pengantaraan. Sekaligus, mereka ini terus terkebelakang dengan pengenalan kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sedarkah mereka (pihak pembangkang), mengenalkan kepada para pelajar segala perkataan atau frasa dalam Sains dan Matematik untuk kali pertama sememangnya menyusahkan. Tidak kira dalam apa bahasa sekalipun!.Sudah sampai waktunya kita membezakan baik buruk pemainan politik "FEAR & TRUST". Seringkali kita dimomokkan dengan politik ketakutan dan menolak politik kepercayaan. Akhirnya, kita terpaksa akur dan tunduk dengan mainan politik momokan dan panik yang sering dimainkan pihak pembangkang.
Statistik demi statistik terus dibuat bagi memperkuatkan hujah masing-masing. Sesetengah pihak mengeluarkan kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA)yang mengeluarkan banyak angka kegagalan dari PPSMI. Perlu diingat, statistik dibuat dengan berasaskan agenda dan motif.Saya sokong dari segi usaha yang dijalankan untuk mengenal pasti masalah PPSMI ini, namun dasar ini adalah satu dasar yang baik. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti apa cacat celanya, maka tumpukan usaha untuk memulihkannya. Jangan salah beri ubat kepada penyakit. Penyakitnya kini bukan PPSMI, tetapi adalah proses memperkasakan dasar ini. Jikalau dasar yang sebegini baik tapi di buat sekadar melepaskan batuk ditangga dicampur pula dengan usaha-usaha untuk membantutkan seperti yang dilakukan oleh golongan pelampau bahasa seperti Dong Zong dan Jiao Zong dll, sampai bila pun kita akan tetap ketinggalan 20-30 tahun kebelakang dari segi teknologi.
Terdapat juga sesetengah pihak yang cuba membandingkan negara seperti Jepun, Perancis, Jerman, US dan UK yang menggunakan bahasa ibunda mereka (mother tongue) dan di akhirnya mereka mampu berjaya. Apapun saya hanya boleh katakan kepada semua dalam perbandingan itu, tolong buka minda kalian agar tidak menjadi terlalu idealistik, sebaliknya lebih realistik kepada isu, faktor sejarah dan semasa, atau cadangan lain baca blog chedet.co.cc.
Terbaru sekali adalah kenyataan MP Zulkifli Nordin dari PKR (Ex-RMC), kata beliau Filipina juga menggunakan bahasa Inggeris secara menyeluruh dalam pembelajaran mereka dan hasilnya mereka hanya berjaya dengan cemerlang dalam menghasilkan “bibik-bibik” untuk di eksport. Perbandingan yang simplistik seperti ini saya kira tak wajar untuk dikeluarkan kerana anda memalukan parti anda dan institusi pengajian anda terdahulu. Pertamanya, keadaan politik di Filipina dan Malaysia perlu diambil kira, saban waktu kita ketahui akan ada setiap saat pemberontakan disana misalnya di Mindanao, bagaimana kita dapat lihat puak-puak bertelagah antara Islam dan Kristian.Dan begitu juga keadaan pembangunan ekonomi di kedua-dua buah negara. Filipina yang mengalami masalah kegawatan ekonomi yang belum pulih sejak krisis matawang dahulu dan hutang yang bertimbun dari IMF. Maka disebabkan itulah pembangunan sumber manusia di Filipina tidak dapat di penuhi oleh pihak kerajaan disana. Adakah adil untuk membandingkan keadaan landskap sebegitu dengan Malaysia yang saya kira dari segi kapasitinya mampu lebih daripada itu dan tidak ada masalah dari segi aspek-aspek diatas. Keduanya, biodata MP ini juga jelas menunjukkkan beliau menerima seratus peratus pembelajaran yang berorientasikan bahasa Inggeris suatu ketika dahulu. Jadi, apa masalah anda?
Masalah untung-rugi PPSMI bukan disini titik noktah sepatutnya. Pelajar kita suatu ketika nanti akan menanggung kesannya dek akibat desakan-desakan politik sempit golongan-golongan yang dahaga kuasa. Pastinya, Pelajar-pelajar kita akan hilang daya kompetitif dan legasi yang gelap bakal menyelubungi masa depan mereka apabila yang cerah telah diragut begitu saja.
Sangat mengecawakan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sempat mengimplementasikan idea ini disaat penghujung kepimpinan beliau. Entah mengapa, saya rasakan, beliau sebenarnya mempunyai visi yang amat jelas,iaitu memartabatkan BANGSA Melayu. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan Bahasa Melayu. Dek kerana saya yakin dengan usaha kerajaan yang konsisten semenjak dulu dalam mendaulatkan bahasalah maka saya kira sudah tiba masanya kita untuk melonjakkan lagi tahap pencapaian BANGSA dan AGAMA pula. Tidak perlu khuatir selagi mana ada Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalamnya usaha-usaha untuk memelihara bahasa Melayu kita
Tolonglah, ketepikan sentimen murahan dan polemik sempit pemikiran kita, kiranya kalian mengatakan diri kalian seorang yang patriotik, ianya perlu lebih dari sekadar mempertahankan bahasa, kerana PPSMI fungsinya untuk memartabatkanBANGSA, AGAMA dan NEGARA.
Michael Jackson was a "King of the Pop". Everyone know about him, perhaps more than I know. With his world best selling album back on 1982 "Thriller" and world dominant figure together with 8 Grammies Awards on 1984 making him the first African-American to amass a strong crossover following on MTV.
If I am going to write all about his achievements here, maybe it will take about 4 to 5 hours and absolutely I would sleep in front of my laptop before i could finish it.
But, I am not obsessed with all that kind of achievements. Because, what makes me post this article (even a bit late) just because I kinda love this song man!
"You Are Not Alone"
Another day has gone..
I'm still all alone How could this be You're not here with me You never said goodbye Someone tell me why Did you have to go And leave my world so cold
Everyday I sit and ask myself How did love slip away Something whispers in my ear and says That you are not alone For I am here with you Though you're far away I am here to stay
But you are not alone For I am here with you Though we're far apart You're always in my heart But you are not alone
'Lone, 'lone Why, 'lone
Just the other night I thought I heard you cry Asking me to come And hold you in my arms I can hear your prayers Your burdens I will bear But first I need your hand Then forever can begin
Everyday I sit and ask myself How did love slip away Something whispers in my ear and says That you are not alone For I am here with you Though you're far away I am here to stay
For you are not alone For I am here with you Though we're far apart You're always in my heart For you are not alone
Whisper three words and I'll come runnin' And girl you know that I'll be there I'll be there
You are not alone For I am here with you Though you're far away I am here to stay For you are not alone For I am here with you Though we're far apart You're always in my heart
For you are not alone For I am here with you Though you're far away I am here to stay
For you are not alone For I am here with you Though we're far apart You're always in my heart
Dalam Liga Premier Barclays, Arsenal adalah kelab favourite saya.
Arsenal cukup terkenal dengan pengurusnya yang agak dingin (cool) Mr Arsene Wenger.
Dimudahkan cerita mengapa saya tiba-tiba bercerita tentang Arsenal adalah kerana kecewa dengan kenyataan Mr.Arsene Wenger yang tidak tahu menahu bahawa "Lyon", sebuah kelab di Perancis akan menjual penyerangnya kepada Real Madrid. Beliau menyangka pemain tersebut (Karim Benzema) tidak akan dijual tahun ini. -sumber skysports.com
Tak tahu?..
Duhhh! Sudah 4 tahun Arsenal gagal memperolehi sebarang piala. Alasan yang kerap diberi beliau adalah sedang dalam usaha membangunkan "pemain-pemain muda". Sebagai peminat, pada saya beliau juga berlu seimbangkan pengambilan muka-muka yang lebih berpengalaman dan yang sudah mempunyai nama. Kerana, kekuatan moral atau istilah lain squad harmony dapat ditingkatkan ketika menghadapi rivals sepert Man Utd, Chelsea, Liverpool.
Keyakinan amat penting untuk menghadapi setiap lawan, caranya adalah yakinkan pemain sendiri dengan menandatangani kontrak pemain-pemain lain yang berbakat,ada nama dan berpengalaman.
p/s : Arsene Wenger kena banyak main Football Manager cari pemain seperti diatas! ;-)