Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya.




Malam ini saya berkesempatan menunaikan Solat Isya' dan Tarawikh bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam tazkirah beliau, memang banyak input yang mampu memberi impak positif kepada semua jemaah.

Ramadhan akan meninggalkan kita, dan harapnya semoga umur yang panjang dikurniakan ilahi agar dapat kita dapat menemui Ramadhan sekali lagi.



Alhamdulillah,

dalam masa yang sama,kita akan menyambut Syawal.




Cuma mahu memetik sedikit kata-kata beliau sebentar tadi ketika memberi sedkit tazkirah



"Hidup ini akhirnya adalah mati, maka tiada apa yang perlu dibanggakan"




Jadi bersempena hari dan bulan yang mulia saya ingin mengucapkan,



Selamat Hari Raya,

mohon maaf kepada sesiapa yang ada saya terkasar bahasa,

terlanjur kata dan perbuatan yang mungkin mengguris hati tanpa saya sedari.

Sesungguhnya, saya tetap insan biasa dengan sejuta kekurangan.

Pengalaman dan ilmu menjadikan kita lebih matang.


"Maaf Zahir dan Batin"









Wednesday, September 16, 2009

Tiket bas pun wujud DISKRIMINASI


Bidang pengangkutan (transportation), Alhamdulillah, orang Melayu yang sedang mempelopori dan mengungguli arena ini di Malaysia.


Rapid KL, LRT, Monorel, Transnasional, MAS semuanya adalah syarikat BUMIPUTERA. Durian Burung? Ya, juga syarikat bas ekspres orang Melayu.


Dalam erti kata lain, dalam bidang ini dapatlah kita sedikit sebanyak berbangga di segenap ruang udara dan lebuh raya.

Tapi, ada kisah disebaliknya ingin saya ceritakan berkenaan tiket bas.

Lokasi di stesen bas Pekelilling, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Hari ini saya pulang ke kampung bersama seorang sepupu lelaki. Destinasi kami, Jengka 16 di Bandar Pusat Jengka (kami cucu peneroka FELDA).

Bas yang kami naiki, kalian boleh lihat melalui gambar diatas.

Kebetulan, semalam saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama Khairy Jamaluddin dan saya sempat menanyakan soalan berkenaan bagaimana caranya Malaysia mahu terus mara dan mencapai status negara maju dalam keadaan lanskap politik perkauman yang sangat menebal di dalam negara kita sekarang.



Saya memberi contoh negara seperti Canada, UK, USA, Australia dan Switzerland semuanya negara yang berstatus maju tetapi mereka adalah negara IMIGRAN, bermakna tiada konsep perkauman yang menebal seperti di Malaysia.



Apa yang dijawab Khairy, jujur saya katakan saya sudah lupa. Namun, jawapan yang diberikan memang menyakinkan dan beliau menjawab tepat soalan tersebut.


Tetapi, jika beliau bersama kami petang tadi dan bersama-sama membeli tiket bas tersebut, pasti beliau akan tersenyum dan terfikir semula jawapan yang diberikan kepada sidang yang hadir semalam.





Sedikit dialog dibawah..


"Abang, tiket ke Jengka untuk 2 orang..ada?"



"Sekejap...Ada, ko tunggu jap"



Saya dan sepupu terus berdiri di hadapan kaunter tiket
kemudian, datang 3 perempuan berbangsa Cina.


"Hello, saya mau itu tiket 3 olang pigi Jengka pukul blapa ada?"



Brader tersebut diam. Pandang kearah mereka dan menjawab


"Nanti-nanti, tiket u orang kena beli nanti, sebab tiket sudah habis, tunggu time bas nak gerak kalau tak ada orang naik, baru u orang beli."


Saya yang terdengar perbualan mereka jadi bengang,

"Bang, tadi kata suruh tunggu kejap, abg kata kat diorang tu tak ada tiket dah?


"Kejap la!! Diorang tu Cina, tak payah nak sibuk-sibuk pasal diorang tu, korang punya ada. Sabar jap"




Baik, sekarang, anda nilai sendiri keadaan di Malaysia. Bukan semua peringkat kita boleh mengintegrasikan pemikiran mereka.



Negara MODEN? MAJU?



Kita kadang-kadang suka berangan-angan.



SAYA PUN MELAYU, TAPI SAYA TAK SUKA KALAU KEADAAN BEGINI BERTERUSAN.






Tuesday, September 15, 2009

Kutuk saya?..Lantak Pi Lah


Tun Dr Mahathir, di kutuk MIC.

Reaksi beliau, tenang dan bersahaja. Ya, beliau memang "cool" dan "sempoi"
Dalam kata lain, apa anda lihat dalam gambar di atas, maka itulah Tun.

Gambar diatas tak diambil dengan kamera Canon EOS 5D, cuma sekadar kamera telefon 1.3 megapixel biasa. Apapun, beliau tak kisah. Walau dalam GUARDIAN di KLCC dan dimana-mana, itu bukan masalah.

Di kutuk MIC? lagi tak kisah! Janji UMNO menang.

Pendapat saya, ianya adalah strategi BN dalam meraih sokongan orang Melayu di DUN Pinang nanti. Kalkulus mereka mudah saya kira, iaitu biar Tun jadi "bahan" maka UMNO akan tahan dan lawan mereka yang dianggap biadap ini.

Bila ini terjadi, populariti UMNO tambah-tambah Pemuda UMNO akan meningkat, jadi orang Melayu akan rasa terbela.

(Padahal nanti Samy Vellu confirm "kipas" Tun semula)

Strategi ini saya lihat telah menyebabkan PAKATAN RAKYAT berjaya memenangi kesemua pilihanraya kecil.

Biar Anwar, Kit Siang, Karpal, Tok Guru Nik Aziz berbalah kemudian dah dekat nak mengundi keluar gambar mereka bersalam atas pentas kempen. Timbulkan isu arak di Selangor lah, isu hudud lah, macam-macam isulah, tapi lepas pilihanraya, BN ke PR, boleh kata dua-dua pun sama.

Politik sememangnya licik

Tapi untuk merungkai formula mereka, tak susah seperti yang disangka.

*kutuk dan mengumpat perbuatan biasa manusia, biar mereka menyumbang pahala dan kita dapat habuannya..InsyaAllah*