Friday, May 15, 2009

Sudah Di Padam

Entri tersebut sudah dipadam.

Harap dengan ini segala isu "adab dan sopan" yang dibangkitkan oleh segelintir pihak tertentu tidak lagi diutarakan.

Yang jelas, pemadaman ini dilakukan hanya kerana rasa hormat saya yang tinggi pada "guru" saya. Bukan atas desakan mana-mana pihak.

Sekian,

Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar di Malaysia

Terima Kasih.

Thursday, May 14, 2009

Kritik mengkritik

Mengkritik adalah satu instrumen ilmu.

Melalui kritikanlah ilmu dapat dikembangkan dari sedikit pengetahuan kepada banyak. Kritikan juga adalah proses pencambahan ilmu. Bagaimanapun, harus bijak membedakan kritikan membina dan menghina. Juga, harus cerdik untuk mengetahui bahawa apabila dikritik bukanlah bermakna anti, membangkang dan memalukan seseorang.

Terdapat segelintir pihak yang terlalu emosional apabila saya mengkritik bagi tujuan pembetulan fakta. Niat sebenar saya adalah untuk menerangkan yang gelap tetapi, dek kerana kononnya dikatakan gaya penulisan yang agak "tidak sopan", terus ianya menjadi isu yang hangat di "sesuatu tempat".

Saya berterima kasih kepada empunya diri kerana secara tidak langsung menyokong penulisan tersebut kerana pada pandangan beliau, idea yang disampaikan berbentuk kritis dan beliau sendiri tidak mempunyai masalah tentang penulisan terbabit.

Jika tuan punya badan pun tidak mempunyai sebarang masalah dengan corak pemikiran anak muda sekarang dan memahami gaya penulisan tersebut, ada pula suara-suara sumbang yang bertindak sebagai batu api. Sedangkan pihak-pihak terbabit juga pada hemat saya datangnya dari golongan cerdik pandai.

Mungkin konteks adab dan sopan mereka terlalu berlegar kepada konteks yang amat kecil. Apapun, kerana hormat, saya turutkan juga demi menjaga nama baik beliau atas permintaan ikhlas dari beliau sendiri tempohari walaupun saya sedar, apa makna blog itu sebenarnya....



*Sila Rujuk Entri Di atas.

Wednesday, April 29, 2009

Sibuk


Kebelakangan ini sangat sibuk.

Bekerja part time di Department Customer Service Parkson Suria KLCC, disamping menguruskan 8th Interschool Debating Championship. Jadinya, April 2009 merupakan bulan yang paling sibuk setakat tahun ini.

Makanya, tidaklah dapat untuk menjadi seaktif dulu dalam menulis ruangan blog ini. Kepada semua followers yang baru, terima kasih kerana sudi untuk menjadi pengikut ruangan yang tidak seberapa ini. Kepada yang lama, teruskan membaca dan maaf atas kesulitan atas alasan kesibukan yang diberi.

Kepada semua, jaga kesihatan diri kerana dunia kini menghadapi "selsema babi" atau "swine flu"


Juga, silalah datang membeli belah di Parkson Suria KLCC hehe


P/S :
Please be free to visit myranesque.blogspot.com
The place you can buy hand made hot items..all of all, the owner is one of my friends.(^_^)

Thursday, April 9, 2009

Transformasi atau Manipulasi?


Kabinet baru.
Isu paling hangat bakal didendangkan dalam masa 2-3 minggu yang akan datang. Saya percaya ianya bakal menjadi penulisan yang berpanjangan di dada akhbar serta laman blog yang lain. Berikutan kekalahan Barisan Nasional di dua "Bukit" juga bakal di katakan akan menambah lagi dendangan ngeri buat Perdana Menteri baru serta kabinet yang bakal menempuhi hari-hari mendatang.

Tak cukup dengan itu, PM baru juga telah membuat kejutan dengan melantik calon Ketua Pemuda yang kalah tempoh hari sebagai Timb.Menteri. Tahniah! Dengan perlantikan itu, mengikut hemat saya, bakal berpuak-puaklah Pemuda selepas ini. Keputusan yang bakal dibuat juga akan mengalami kesukaran. Dalam erti kata lain, UMNO yang cuba diselamatkan oleh Tun Mahathir selama ini seolah-olah hanya dapat saya tafsirkan untuk memeruskan legasi beliau dalam arena politik. Bergegar-gegar beliau cuba jatuhkan Tun Abdullah dan akhirnya tercapai juga hasratnya itu. Di hujankan kepada Tun Abdullah dengan pelbagai tuduhan dan sebagainya, hakikatnya, tiada satu pun tuduhan itu disusuli dengan hukuman mahkamah.

Khairy juga menerima amaran pada Perhimpunan Agung yang lalu, namun ianya sekadar amaran tapi berjaya dipropagandakan dengan jayanya oleh pihak tertentu. Hakikatnya, rasuah itu tiada kena mengena langsung dengan KJ - ejen atau pihak ketiga yang tidak pernah dikenali dari mana datangnya - dituduh punya kaitan dengan beliau. Ikut pengiraan saya waktu itu, KJ akan kecundang, namun takdir tuhan adalah segala-galanya dan beliau dinobat juga sebagai Ketua Pemuda.

Permasalahannya,mendokong slogan Perhimpunan Agong baru-bari ini yang bertemakan -Transformasi UMNO- adakah dengan perlantikan kabinet baru ini mempunyai unsur-unsur tranformasi yang dicanangkan? Atau ianya lebih kepada unsur-unsur manipulasi sesuatu pihak? Terfikir juga saya mungkin ada campurtangan pihak-pihak tertentu (yang pastinya kali ini bukan lagi budak Tingkat 4) - kelihatan kali ini seseorang yang bergelar veteran sudah memainkan rentaknya. Mungkin kelibat beliau sebelum ini dihalang dan hanya mampu untuk berblog di ruangan co.cc dan kini tidak lagi kerana suaranya kini sudah mampu membuat seseorang malah PM sendiri diikat seperti "lembu yang dicucuk hidung"

Apa pun, pasti wujud unsur manipulasi, biasalah..manusia, tidak dapat lari dari tabiat semulajadi itu.Namun, unsur itu sebenarnya mampu disembunyikan jika bijak, jika kurang cekap hingga boleh dijadikan "senjata yang menikam diri sendiri" oleh pihak lawan. Maka saf yang diidam-idamkan ampuh dan padu tidak akan membuanhkan hasil sekiranya internal factor tak diselesaikan secara bijak.

Bukanlah kecewa kerana KJ tidak dapat jawatan kerana ianya sedikit pun tidak menguntungkan saya. Namun, sekadar terfikir apakah diakhirnya nanti keputusan yang akan dibuat bakal dipersetujui oleh semua pihak dalam Pemuda UMNO itu sendiri tatkala seorang yang kalah diangkat sebagai Timb. Menteri, dan Naib Presiden juga punya jawatan dalam kabinet manakala Ketuanya pula, tidak mempunyai suara atau mandat dalam kabinet.

Kalau nak hendak bercerita tantang "tuduhan rasuah", pemimpin mana dalam Malaysia ini tidak pernah dituduh sedemikian rupa?

Ada orang sibuk menghentam tentang rasuah dan pemulihan dalam UMNO, tetapi ketika beliau dalam UMNO suatu ketika dahulu tidak pula membasmi "AIDS" tersebut sedaya upaya.

Macam-macam, ada yang sudah jadi Timbalan Perdana Menteri jadi Menteri Pelajaran lagi, sedangakan portfolio tersebut mampu diisi oleh seseorang yang lain agar usaha yang mantap dan komitmen seratus peratus mampu diberikan dalam kerjanya itu.


Sekian dan selamat maju jaya Kabinet Baru

Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri Baru Malaysia


Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.



Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun.



Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.



Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.


*tiada dalam catatan diatas ialah :


Perdana Menteri yang paling banyak skandal hehe.


Apa pun, pintu taubat sentiasa terbuka dan berilah masa serta peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuan spertimana yang pernah ditunjukkan sebelum ini.


Tahniah Najib Abd Razak!

Tuesday, March 24, 2009

Renungan

Sabda Rasulullah SAW;

Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari dunia atas kedudukan agama,

memperlihatkan pakaian agama di muka orang, lidahnya lebih manis dari madu, tapi hatinya

adalah hati serigala"

Monday, March 23, 2009

Maaf

Baru hari ini saya dapat menjerakkan jari-jari selepas dekat 3 minggu tidak dapat berbuat demikian dek kerana tidak mempunyai kelebihan internet di kawasan rumah saya di Pahang. Harap maaf untuk itu.

Sudah lama berehat, isu-isu pun banyak berlegar sepanjang 3 minggu percutian ini dan tidak mampu untuk mengejar semua isu tersebut saya kira untuk di ulas satu persatu. Terlalu banyak. Hehe

Apa-apa pun pada rakan sekalian yang mengunjungi blog ini terima kasih saya ucapkan dan maaf atas kesulitan ini.

Sebelum terlupa!


PADAM LAMPU 28 MAC INI UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN KITA DALAM KEMPEN EARTH HOUR!

Thursday, March 5, 2009

TAMAT

Berakhir sudah 3 semester = 1 tahun 2 bulan di Pusat Asasi UIAM Nilai.
Selepas ini, InsyaAllah, saya akan melanjutkan pengajian ke Sarjana Muda di UIAM kampus utama.

Maka, tamatlah sudah pengajian "foundation" di CFS IIUM ini. Gembira!
Selepas ini, saya akan bekerja di Petrosains KLCC sementara menunggu sesi kemasukan Julai nanti. Harapan juga agar subjek peperiksaan yang diambil baru-baru ini tiada yang sangkut bagi terus dapat bekerja dengan hati yang tenang dan senang

Terima kasih ingin saya ucapkan kepada banyak pihak yang membantu selama saya di CFS IIUM. Nak sebut nama tapi ramai sangat. Bantuan kalian telah mematangkan lagi anak muda ini dalam menghadapi cabaran hidup mendatang.

TERIMA KASIH





Saturday, February 28, 2009

Slumdog Millionaire


Lama menyepi, maaf kerana terikat dengan hal semasa. Saya baru selesai menonton cerita yang berjaya meraih 8 hadiah Oscar baru-baru ini. Kesimpulannya, cerita ini memang mantap. Jalan cerita yang cukup tersusun, ditambah dengan nilai-nilai budaya yang cukup tinggi dan yang penting, cerita ini sememangnya "melawan arus".

Selalunya, cerita yang melawan arus atau bahasa mudahnya
melawan garis hidup sebagai seorang manusia biasa selalu berjaya meraih Oscar. Sebagai contoh, cerita "Brokeback Mountain" - cerita yang melawan arus - iaitu menayangkan aksi dan jalan cerita cinta pasangan GAY (ERRK!)

Cerita Slumdog Milionaire ini pula menceritakan bagaimana kehidupan seorang budak bersama abangnya (Jamal dan Salim). Hidup mereka miskin dan susah gila. Perjalanan hidupnya yang mahu mengejar seorang wanita yang amat dicintainya mewarnai keseluruhan cerita ini. Yang penting, wanita tersebut sangat-sangat menghargai usaha si lelaki tadi dan sanggup juga untuk membuat apa saja dan berjaya melawan rasa putus asa walaupun banyak gangguan dan COBAAN yang menghalang mereka.

Demi mengejar seorang wanita pula, si lelaki ini pula sanggup melakukan apa saja untuk membuatkan si wanita itu kembali kepadanya.

Hmmm..

moral of the story : Whenever Jamal put all of his effort to have a true love, then it comes Latika who give the same thing to appreciate what Jamal have done to her without ego and shy. That is IMPORTANT way for a loving couple should do to show both playing their roles.


Nilailah sendiri!

Sunday, February 22, 2009

If Tomorrow Never Comes


Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way
To show her every day
That she's my only one
If my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance
To tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way
To show her every day
That she's my only one
If my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes