Bingung memikirkan ketidaktentuan harga minyak kini.Kita sedia maklum,harga minyak dunia yang sekarang mencecah sehingga $135 setong dan kesannya dapat dirasai oleh sekian manusia di bumi ini. Jika sebelum ini Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang menawarkan harga petrol terendah-selepas Brunei- namun lewat tengah malam 4 aribulan yg lepas,kerajaan kita telah mengumumkan kenaikkan harga minyak dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter.Bezanya sehingga 78 sen!
Tak cukup dgn itu,TNB juga tanpa segan silu mengumumkan kenaikan tariff baru selepas kenaikan harga minyak.Hasilnya,rakyat yang sengsara kerana tidak terbela, kerajaan yang kaya sepatutnya membantu namun sayang,tidak begitu.Kita dapat lihat sejak pengumuman pengurangan subsidi diumumkan,protes diadakan tanda tidak puas hati kini berlaku setiap hari.
Apa yang membingungkan kepala,apakah motif utama kerajaan kita apabila menaikkan harga petroleum secara mendadak?..sehari sebelum pengumuman dilakukan,kerajaan tidak membenarkan kereta dari Singapura membeli petroleum di Malaysia,namun selepas 24 jam arahan dikeluarkan,kerajaan mengumumkan sesuatu yg bercanggah apabila tiba-tiba mengumumkan harga minyak naik dan kereta dari luar boleh kembali membeli petroleum di Malaysia..apa makna semua ini??..adakah parti pemerintah masih belum cukup menerima tamparan dari rakyat sejak PRU 12 yg lepas.Dikala waktu yang genting ini,mereka masih membuat perkara yang AMAT tidak disenangi rakyat,maka pastilah isu ini akan dijadikan senjata utama mereka untuk bertarung.
Bila ditanya mana untung Petronas,mereka diam seribu bicara,namun bila diajukan kepada Penasihat Petronas,beliau mengatakan melihatkan kepada keuntungan Petronas masa sekarang, kerajaan masih mampu mengekalkan harga petroleum pada kadar RM1.92.
Sampai bila mahu membisu,rakyat kini bukannya dungu.Tambahan pula perkara-perkara seperti ini yg menjadi isu.
Bila diteliti,Pak Lah mahu menjadikan rakyat Malaysia dapat hidup bertoleransi antara Melayu,Cina dan India.Pada pandangan saya,beliau berjaya menyatukan meraka pada malam 4aribulan,bertempat di stesen minyak diseluruh negara!..Fenemona mengisi penuh tangki sebelum kenaikan harga minyak jelas menyatukan mereka apabila mereka berbondong2 bersatu hati atas satu tujuan iaitu...isi minyak penuh!!!
Sekalung tahniah kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.Sejujurnya,saya malu melihatkan kepimpinan yang ditunjangi Orang Melayu yang tidak dapat memenuhi kehendak rakyat negara sendiri....
Farhan Ghadzali
0 comments:
Post a Comment