Thursday, September 18, 2008

Runsing..

Keadaan sekarang makin berkecamuk baik dari segi kerajaan sehinggalah ke skop diri ini yang juga mengalami permasalahan yang sama. Kejutan dari aspek kerajaan, tak usah nak cerita kerana ramai saya kira sudah mengetahui episod kejutan demi kejutan. Dari kabinet, pembangkang dan NGO, semuanya membuatkan diri kita bisa bingung dengan lambakan maklumat dan keputusan2 memeranjatkan politikus2 kita yang rakus.


Dari ruang lingkup permasalahan sendiri, kebelakangan ini runsing memikirkan jumlah carry marks yang agak bercelaru. Terkedu bila melihat angka jumlah markah. Nampaknya, penatlah kena "mengayuh" untuk peperiksaan akhir nanti. Aktviti hujung minggu sekarang banyak diisi dengan perlawanan debat. Minggu lalu, Piala Dekan di UIA PJ. Seakan2 ada badi yang mengikat, diri ini terkandas di peringkat separuh akhir, kecewa. Esok, diri ini akan terlibat pula untuk pertandingan Liga Debat di Kampus Utama UIA,Gombak. Usul atau tajuk amat mencabar minda. pastinya kehadiran ketua jurulatih dari Univrsiti Oxford tidak boleh diperkotak katikkan pada sesi kali ini. Lengkapkan fakta di kepala, maka hebatlah anda!


Dalam ruangan sebelum ini,diri ini belum sempat untuk mengucapkan salam Ramadhan yang kini sudah memasuki fasa kedua.

0 comments: