Wednesday, June 4, 2008

Harga Minyak kembali meningkat..minta respon semua

Bingung memikirkan ketidaktentuan harga minyak kini.Kita sedia maklum,harga minyak dunia yang sekarang mencecah sehingga $135 setong dan kesannya dapat dirasai oleh sekian manusia di bumi ini. Jika sebelum ini Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang menawarkan harga petrol terendah-selepas Brunei- namun lewat tengah malam 4 aribulan yg lepas,kerajaan kita telah mengumumkan kenaikkan harga minyak dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter.Bezanya sehingga 78 sen!
Tak cukup dgn itu,TNB juga tanpa segan silu mengumumkan kenaikan tariff baru selepas kenaikan harga minyak.Hasilnya,rakyat yang sengsara kerana tidak terbela, kerajaan yang kaya sepatutnya membantu namun sayang,tidak begitu.Kita dapat lihat sejak pengumuman pengurangan subsidi diumumkan,protes diadakan tanda tidak puas hati kini berlaku setiap hari.
Apa yang membingungkan kepala,apakah motif utama kerajaan kita apabila menaikkan harga petroleum secara mendadak?..sehari sebelum pengumuman dilakukan,kerajaan tidak membenarkan kereta dari Singapura membeli petroleum di Malaysia,namun selepas 24 jam arahan dikeluarkan,kerajaan mengumumkan sesuatu yg bercanggah apabila tiba-tiba mengumumkan harga minyak naik dan kereta dari luar boleh kembali membeli petroleum di Malaysia..apa makna semua ini??..adakah parti pemerintah masih belum cukup menerima tamparan dari rakyat sejak PRU 12 yg lepas.Dikala waktu yang genting ini,mereka masih membuat perkara yang AMAT tidak disenangi rakyat,maka pastilah isu ini akan dijadikan senjata utama mereka untuk bertarung.
Bila ditanya mana untung Petronas,mereka diam seribu bicara,namun bila diajukan kepada Penasihat Petronas,beliau mengatakan melihatkan kepada keuntungan Petronas masa sekarang, kerajaan masih mampu mengekalkan harga petroleum pada kadar RM1.92.
Sampai bila mahu membisu,rakyat kini bukannya dungu.Tambahan pula perkara-perkara seperti ini yg menjadi isu.
Bila diteliti,Pak Lah mahu menjadikan rakyat Malaysia dapat hidup bertoleransi antara Melayu,Cina dan India.Pada pandangan saya,beliau berjaya menyatukan meraka pada malam 4aribulan,bertempat di stesen minyak diseluruh negara!..Fenemona mengisi penuh tangki sebelum kenaikan harga minyak jelas menyatukan mereka apabila mereka berbondong2 bersatu hati atas satu tujuan iaitu...isi minyak penuh!!!
Sekalung tahniah kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.Sejujurnya,saya malu melihatkan kepimpinan yang ditunjangi Orang Melayu yang tidak dapat memenuhi kehendak rakyat negara sendiri....
Farhan Ghadzali


Pulangnya rakan2..short sem berakhir!!

Tak terkira rasa gembira sebaik melangkah keluar dari tempat peperiksaan Bahasa Arab pagi tadi. Suatu macam rasa yang amat senang hati bila memikirkan tidak perlu lagi mempelajari Arabic dalam tempoh 1 tahun mendatang.Di sebelah petangnya pula,ramailah rakan2 sebilik mengangkat pulang beg masing-masing.Namun,apakan daya kerana diri ini tidak boleh pulang selagi belum menduduki kertas peperiksaan Understanding Islam pada 6 Jun ini.2 hari lagi di Nilai yg bosan ini...

Tuesday, June 3, 2008

CFS Nilai dikritik!!

Dalam akhbar hari ini bertarikh 2hb Jun terbuka sudah segala pekung yang cuba disembunyikan pihak UIA.Ini kerana, secara terang-terangan..serba kekurangan telah dikritik oleh seorang pembaca surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengirim emel tersebut yang bertindak menzahirkan segala permasalahan yg sedang dialami oleh para pelajar dan pensyarah di kampus ini...diharapkan selepas ini moga ada wakil2 pelajar bertindak sedemikian rupa dan lantang bersuara menegakkan yang zahir!!..bukan seperti sekarang,perwakilan pelajar yang penakut dan tidak lantang memperjuangkan hak2 pelajar.

Farhan Ghadzali

Monday, June 2, 2008

Minggu "EXAM"...nervous melanda!!

Tinggal lagi 50 jam dari waktu sekarang untuk aku menduduki kertas akhir Bahasa Arab dan Understanding Islam.Tak dinafikan,diri ini semakin cuak,gabra,down dan sebagainya.Bila memikirkan diri ini yang langsung tidak mengulang kaji subjek Arabic,dicampur pula markah mid sem yang boleh diklasifikasikan sebagai "dukacita" heheh..hasilnya....aku bertambah buntu!..hmmm,apa boleh buat...sekarang hanya mampu buat setakat yg termampu.Bila nasi dah jadi bubur,makan saja bubur dri biar kelaparan..heheh..

Selamat menghadapi exam diucapkan pada yang tersayang (uupps!)..sahabat2,rakan2.dan semua pelajar2 CFS IIUM kampus setelit Nilai..!!!!

  • 'whoever moves out for the sake of knowledge, he moves towards the interest of Allah untill he returns back'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga diri ini mewujudkan sebuah blog sendiri dan keluar dari kepompong blog di friendster yang sangat terpencil dan terbatas.Mungkin selepas ini saya akan bergiat aktif dan cuba untuk multitasking kan diri ini untuk post2 seterusnya.

Pun begitu,untuk pengetahuan semua,sambungan wireless yang kurang memberangsangkan mungkin menjadi punca utama kepada masalah "selalu tak update"...namun saya akn sedaya upaya mengaktifkan diri setanding multitasking blogger-blogger yang lain..

Sebarang teguran dan kritikan membina amatlah dihargai..Harap kerjasama semua!

Terima kasih.

Farhan Ghadzali.