Tuesday, October 21, 2008

Genting Highlands






Semalam saya baru pulang bersama rakan2 dari Genting Highlands (GH). 7 orang kesemuanya. Sangat happening kerana kami sememangnya sudah lama merancang untuk ke sana secara bergerombolan hehe. Mengikut perancangan awal, kami mahu bergerak seawal jam 8 am. Namun, bila Akram, Tuan, Andy dan Anas terperangkap dalam Putra LRT a.k.a "tin sardin bergerak" di Setiawangsa, maka saya, Danial dan Syahman menunggulah dengan penuh sabar di KL Sentral. Tahniah sekali lagi!haha.


Sebaik mereka berempat sampai, kami terus ke kaunter tiket bas, kami dengan bangganya mahu beli tiket jam 9 am kerana tidak mahu membazir masa begitu saja memandangkan bas terakhir yang akan bertolak dari stesen bas Genting Skyway adalah pada jam 8.15 pm. Maksudnya di sini, kami perlu manage time dengan teliti iaitu main ke semuanya permainan di situ dan pulang pada waktu yang ditetapkan.


Sampai di sana, saya bertindak seperti tourist guide kepada foreigners UIAM ini hehe. Dari Corkscrew sampai ke Motion Master, penat memang tak terungkap. Space shot..? Huh!Apa barang tak main??mestilaa main. Betul tak Krem?? hahah..(hanya kami bertujuh tahu apa maksud yang tersirat).


Apapun, memang seronok pergi bersama rakan2 ke taman tema tersebut. Mungkin selepas ini boleh menjadi tourist guide untuk si "dia' pula haha. Sangat meriangkan!


**Gambar :

1) 7 brothers

2)pening dan pusing

3) dalam kereta wayar

4)exhausted..water please!

5) First World Hotel dan kabus

Sunday, October 19, 2008

Khairy Jamaluddin II



[Malaysiakini]Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

Beliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.


Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

"Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu [...] Saya juga percaya Khairy, pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Perwakilan dari Perak itu menegaskan bahawa kaum Cina bukan rakyat kelas dua atau hamba di negara ini.

Ting turut membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuduh beliau seorang pembohong kerana terus menerus mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan.




Ulasan saya :

Inilah buah fikiran seorang budak hingusan yang baru belajar berjalan dalam arena politik. Bukanlah saya ingin tunjuk hebat di sini. Namun cuba kita lihat dari sudut setiakawan dalam BN serta etika kemanusiaan, dan rasional yang dibangkitkan.


Pertama, mengenai setiakawan yang mereka perjuangkan selama ini. Saya kira tidak pernah terhambur dari mulut pemimpin2 UMNO selama ini mencadangkan mana2 pemimpin parti komponen baik mewakili Cina atau Hindu untuk ke ISA.
Kita orang Melayu selagi boleh sebenarnya mahu menjaga toleransi dan adab2 dalam hubungan,benarkan? Cuba kita lihat dari luar kepompong politik sekalipun, asyik2 kita saja yang berhempas pulas menjaga erti setiakawan dan bertolak ansur dengan mereka. Namun apa yang dibalas hanyalah tuba. Melihat seorang anak Melayu dperlekehkan sedemikian rupa (KJ), saya sendiri tersentap.


Ini kerana, jika dinilai rasional si anak Cina ini berkata sedemikian rupa, hanyalah kerana KJ berkata begini dalam Parlimen :


  • Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau menyatakan rasa kesal apabila ucapan beliau di Parlimen berhubung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah disalah erti, sedangkan beliau tidak langsung membawa isu perkauman.

  • "Yang saya kata, saya setuju dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan biasiswa untuk bukan Melayu tetapi jangan dikurangkan biasiswa untuk orang Melayu.

  • "Jadi saya minta supaya jumlah biasiswa itu dipertingkatkan agar nisbah 90:10 itu tidak jatuh terlalu mendadak kepada 55:45. Saya rasa tidak ada isu perkauman yang membawa kepada ketidakadilan kepada bangsa lain," katanya.

  • Khairy berkata adalah tidak adil perkara itu dibangkitkan kerana beliau tidak pernah membangkitkan isu perkaumnan dalam perihal biasiswa itu.


Bekas graduan UUM ni mungkin kurang daya pemahaman. Sekali baca pun saya sendiri memahami makna tersurat dan tersirat di sebalik intipati teks yang di hujah dalam Parlimen tempoh hari. Gagal mencerap, dituduh pula KJ ni seorang rasict?


Sebenarnya kalau boleh diungkit satu persatu sentimen perkauman mereka sampai ke kiamat pun tak habis2 kita kira baik dari isu AGAMA, HAK ISTIMEWA, BAHASA! Sibuk bila Dato Hisham julang keris, di kata mengancam beginilah, begitulah. Dato, saya cadang Dato perlu hunus keris itu semula dan jangan disimpan lama2 sampai Mac nanti. Di khuatiri akan berkarat dan dah tak tajam. Kita jangan beri muka lagi dengan mereka!


Sunday, October 12, 2008

Khairy Jamaluddin


Sebenarnya saya tidak mahu mengulas isu ini secara terbuka!

Oleh kerana ramai sangat yang berminat untuk mengetahui kenapa saya pilih KJ, maka di sini saya setuju untuk memberi hujah saya dalam isu ini.

1) Pertama, saya ingin sentuh perkara yang paling asas sekali. Jika mengikut had umur untuk keahlian Pemuda, usianya mesti kurang dari 40 tahun. Oleh itu bagi saya biarlah Pemimpin yang berumur kurang dari 40 tahun sahaja yang memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Dasar ini telah pun dipraktikkan oleh parti MIC. Jika usia sudah melepasi 40 tahun, maka lebih elok jika seseorang itu bertanding jawatan lain yang lebih dewasa sama ada AMT atau Naib Presiden. Maka dalam hal ini, saya pilih KJ kerana usia beliau baru 32 tahun.

2) Mukhriz anak Mahathir dan KJ menantu Pak Lah. Antara anak dan menantu boleh dikatakan sama kedudukannya. Saya lihat Mukhriz lebih banyak asyik berkepit dan bergantung kepada Dr. Mahathir. Lihatlah dalam beberapa majlis forum yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Dimana ada Mahathir...maka disebelahnya adalah Mukhriz. Tak rasa malu dan tak rasa segankah asyik menempek ditepi bapa saja?

3) Disebaliknya saya jarang malah tak pernah melihat pun KJ menempek ditepi Pak Lah sama ada dalam majlis-majlis, forum-forum atau semasa di interview oleh wartawan dan media.

4) Cuba kita lihat dalam kempen PRU-12 yang lepas bagi Parlimen Jerlun. Kita dapat lihat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah telah turun membantu Mukhriz berkempen di Jerlun. Adakah Pak Lah dan Datin Seri membantu kempen KJ di Rembau?

5) Semenjak selepas PRU-12, saya lihat Mukhriz terlalu gairah untuk mengejar jawatan. Beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk popularkan dirinya dari masa ke semasa.

6) Saya nak tanya kehadiran Mukhriz di Permatang Pauh sekarang, adakah untuk membantu kemenangan calon BN atau untuk menonjolkan populariti dirinya untuk jawatan Ketua Pemuda?

7) Dalam isu juru gambar NST dipukul. Kenapa Mukhriz lebih menyibuk seperti mana kita dapat saksikan dalam berita TV3 pada 17.8.08? Malah hari ini dalam berita 1.30 tengah hari tadi ia diulang tayang lagi dirinya bersama juru gambar NST berkenaan. Bagi saya yang sepatutnya menyibuk dan perlu menonjolkan diri dalam keadaan kempen pilihanraya ini ialah calon Datuk Arif Shah atau DSAI atau pun Ketua Pemuda Permatang Pauh sendiri iaitu Cikgu Zaidi. Bukannya Mukhriz !

8) Begitu juga cuba kita mengingati kembali detik-detik selepas kekalahan yang agak besar UMNO/BN dalam PRU-12 yang lepas. Dalam keadaan semua orang bertafakur atau 'bermuhasabah' diri dengan kekalahan tersebut, tiba-tiba beliau terus mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. Selain itu meminta pula Pak Lah meletak jawatan. Adakah ini perjuangan untuk parti atau perjuangan untuk kepentingan peribadi?

9) Bagi saya adakalanya Mukhriz kelihatan lebih sudu dari kuah. Adakah beliau sedar sekarang ini beliau hanya merupakan Ahli Parlimen biasa dan Exco Pemuda sahaja. Beliau bukan Naib Ketua Pemuda, bukan Ketua Pemuda, bukan AMT, bukan Naib Presiden dan seterusnya tetapi dalam beberapa isu beliau 'terlebih awal' bertindak memberi reaksi dalam isu tersebut. Antaranya isu Anwar Ibrahim, DNA, campur tangan Amerika dan harga minyak.

10) Bagi saya andai kata Dr. Mahathir sudah tiada belum tentu Mukhriz dapat berada dikedudukan seperti sekarang ini. Disebaliknya saya lebih yakin bahawa KJ lebih berupaya untuk melonjak dalam kerjaya politiknya jika beliau tiada kaitan langsung dengan Pak Lah atau dalam erti kata lain bergerak secara bersendirian. Ini kerana KJ mempunyai 'pakej' yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Mukhriz untuk menjadi seorang 'Pemimpin untuk Hari Esok'(L-4-T)

Academic didn't teach us how to be rich.

Be a rich and wealthy person is one of our aim. I strongly believe people out there still searching one best formula to make it reality. With a lot of bucks whether on their hand or banks, they will consider themselves RICH.


Many people assume they aren't rich because they don't earn enough money. If I only earned a little more, I could save and invest better, they say.

The problem with that theory is they were probably making exactly the same argument before their last several raises. Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it's how you treat money in your daily life.


The list of reasons you may not be rich doesn't end at 10. Caring what your neighbors think, not being patient, having bad habits, not having goals, not being prepared, trying to make a quick buck, relying on others to handle your money, investing in things you don't understand, being financially afraid and ignoring your finances.


Here are 10 more possible reasons you aren't rich:

You care what your car looks like: A car is a means of transportation to get from one place to another, but many people don't view it that way. Instead, they consider it a reflection of themselves and spend money every two years or so to impress others instead of driving the car for its entire useful life and investing the money saved.

You feel entitlement: If you believe you deserve to live a certain lifestyle, have certain things and spend a certain amount before you have earned to live that way, you will have to borrow money. That large chunk of debt will keep you from building wealth.

You lack diversification: There is a reason one of the oldest pieces of financial advice is to not keep all your eggs in a single basket. Having a diversified investment portfolio makes it much less likely that wealth will suddenly disappear.

You started too late: The magic of compound interest works best over long periods of time. If you find you're always saying there will be time to save and invest in a couple more years, you'll wake up one day to find retirement is just around the corner and there is still nothing in your retirement account.

You don't do what you enjoy: While your job doesn't necessarily need to be your dream job, you need to enjoy it. If you choose a job you don't like just for the money, you'll likely spend all that extra cash trying to relieve the stress of doing work you hate.

You don't like to learn: You may have assumed that once you graduated from college, there was no need to study or learn. That attitude might be enough to get you your first job or keep you employed, but it will never make you rich. A willingness to learn to improve your career and finances are essential if you want to eventually become wealthy.

You buy things you don't use: Take a look around your house, in the closets, basement, attic and garage and see if there are a lot of things you haven't used in the past year. If there are, chances are that all those things you purchased were wasted money that could have been used to increase your net worth.

You don't understand value: You buy things for any number of reasons besides the value that the purchase brings to you. This is not limited to those who feel the need to buy the most expensive items, but can also apply to those who always purchase the cheapest goods. Rarely are either the best value, and it's only when you learn to purchase good value that you have money left over to invest for your future.


Your house is too big: When you buy a house that is bigger than you can afford or need, you end up spending extra money on longer debt payments, increased taxes, higher upkeep and more things to fill it. Some people will try to argue that the increased value of the house makes it a good investment, but the truth is that unless you are willing to downgrade your living standards, which most people are not, it will never be a liquid asset or money that you can ever use and enjoy.

You fail to take advantage of opportunities: There has probably been more than one occasion where you heard about someone who has made it big and thought to yourself, "I could have thought of that." There are plenty of opportunities if you have the will and determination to keep your eyes open. Still, is that our lecturer teach us with this such of knowledge? I dont think so!

Saturday, October 11, 2008

Mukhriz Mahathir

Saya pada hari ini mungkin mempunyai adrenalin yang lebih, justeru membuatkan saya untuk menyiapkan posting kali kedua dalam masa beberapa jam - walaupun baru sahaja pulang dari Times Sq di Bukit Bintang bersama2 teman sebaya. Berita di televisyen melihatkan angka terbaru tentang pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Khairy Jamaluddin di tempat kedua bawah Dato Mukhriz Tun Mahathir. Dato ini bukan pilihan saya dalam jawatan tersebut.


Saya kira umum mengetahui apa hebatnya Mukhriz tanpa Tun Mahathir, jadi mari kita membuat sedikit pengiraan :

  • Jika Mukhriz bukan anak kepada Tun Mahahthir apakah beliau memang hebat untuk di nobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apakah Mukhriz yang pernah tewas bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu sebelum ini sememangnya hebat untuk di nobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO.Malaysia. Apakah idea bernas yang pernah di curahkan sebagai exco Pemuda?

  • Pernahkah Mukhriz membantu ketika pilihanraya kecil dan pernahkah Mukhriz memimpin Pemuda ketika pilihanraya kecil . Apakah kelantangan beliau menderhaka kepada Presiden UMNO boleh dijadikan ukuran sebagai satu platform yang membolehkan beliau dinobat sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apa yang kita pasti Mukhriz pernah berkempen untuk diri beliau sendiri di Permatang Pauh bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO apabila beliau pernah mengatakan bahawa beliau percaya akan mendapat pencalonan setelah menemui Ketua Pemuda di akar umbi di Permatang Pauh ketika ahli UMNO lain sibuk berjuang menentang Musuh UMNO di Permatang Pauh.

  • Mukhriz yang sebelum ini adalah ahli Perniagaan dan tidak pernah memperdulikan politik tanah air , mencelah dalam arena politik Malaysia untuk menjadi penyelamat kepada jiwa kacau Tun Mahathir yang begitu membenci Perdana Menteri secara peribadi, Jika tidak Mukhriz akan terus tenggelam di Parlimen Jerlun dan pasti tidak berani berhasrat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

  • Apakah Mukhriz sebenarnya bertanding atas kekuatan beliau sendiri dan penulis mahu mengajak pelayar merenung kembali , Apakah Mukhriz punya keistimewaan jika beliau bukanlah anak Tun Dr Mahahthir dan jika Tun Mahathir tidak memayungi beliau , apakah beliau akan basah kuyup dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO pada bulan Sept ini. Sila senaraikan jasa Mukhriz untuk di nobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia..saya cabar! Layakkah beliau bertanding sekiranya beliau bukanlah anak kepada Tun Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri)

  • Apakah istimewanya Mukhriz dari Exco Pemuda atau MP lain , jika beliau bukan anak Tun Dr Mahahthir ?

Ada bantahan???

"Datukship" for Shah Rukh??..Perlu ke??

Apa dah jadi dengan Malaysia tanahairku ini!!. Sudahlah politik negara kian tidak menentu, kini kita dihangatkan lagi dengan berita seorang artis Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Beliau dikatakan salah seorang daripada 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, yang dijadualkan esok. Pelakon Bollywood itu akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Kita bukan mahu mempertikaikan hal ini, cuma apakah rasionalnya seorang rakyat India yang hanya merupakan artis dan sesekali datang ke Malaysia untuk menghiburkan peminatnya diberi anugerah sedemikian?. Apakah jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya. Sungguh malang nasib rakyat Melaka bila mendapat "Sultan @ Yang Dipertua Negeri" seperti Khalil Yaakob ini. Keputusan memberi anugerah kepada artis Bollywood itu ternyata satu "tindakan penghinaan" serta memalukan rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya.



Apakah sudah tiada rakyat Malaysia yang layak untuk diberi gelaran itu?. Sebelum ini Khalil pernah dikecohkan dengan isu pemberian terlalu banyak pingat gelaran "Datuk" semasa Hari Keputeraannya. Khalil mencipta sejarah tersendiri dalam hal ini. Maklumlah, dari seorang rakyat biasa kini beliau duduk setaraf dengan raja-raja Melayu. Kini, Khalil boleh berbangga dengan statusnya sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Beliau kebal dari undang-undang setelah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh PM Mahathir sebelum itu. Maka Khalil gembira dapat bermastautin di negeri yang cukup popular dengan "Taman Buaya" itu. Maklumlah, ketika di Pahang buaya Paya Bungor sendiri pun takut melihat kelibat Khalil turun ke air semasa Sukma 96 di Kuantan dulu. Hebohlah orang membicarakan hal ini ketika itu. Kini Khalil dikatakan sudah serasi dengan buaya bahkan boleh menjinakkan pula buaya di Ayer Keroh itu. Maklumlah beliau kini adalah saling tak tumpah macam
"Sultan Melaka".



Ketika bergelar Menteri Penerangan, Khalil pernah berangan-angan untuk membina sebuah perkampungan artis ala Hollywood di Malaysia. Lokasi yang dipilih sudah pasti di Pahang iaitu berdekatan dengan Janda Baik. Mujurlah hasrat itu tidak tercapai jika tidak semakin musnah dan hancurlah masa depan rakyat Pahang ditangannya. Kini beliau selesa berada disinggahsana negeri Hang Tuah itu.

Wednesday, October 8, 2008

9belas tahun - belas yang terakhir

Realiti sekarang sibuk membincangkan tentang Obama dan Mc Cain, calon Presiden negara polis dunia yang bakal di ketahui dalam November nanti. Tapi buat masa sekarang, diri ini kurang berminat utk berkisar tentang hal2 berkaitan semua ini buat sementara waktu kerana pada bulan ini -Oktober- bulan yang penuh dengan sambutan. Idulfitri dah lepas, Deepavali bakal menyusul, Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24 dan 25 oktober adalah tarikh lahir diriku.


Anwar Omar, pensyarah komunikasiku di UIAM pernah memberitahu yg dia tidak pernah ingat tentang tarikh lahirnya. Alasannya kerana dia tidak mahu orang dan dirinya tahu bahawa dia sudah tua. Bila fikiran @ akal kita mula menyedari akan hakikat itu, otak akan menghantar isyarat melalui neuron dan sinaps di kepala terus ke badan. Seterusnya mengakibatkan kita mula terasa betapa tenaga mula menjadi terhad dek kerana mind set "tua" yang kita fikir. Agak logik, mungkin kerana ada istilah saintifik didalam ayat ini hehe.


Tapi pada diri ini, tarikh lahir bukanlah masa untuk memikirkan adakah sudah cukup tua atau tidak diri ini. Ia perlu lebih dari itu. Saya sendiri tidak memikirkan tentang permasalahan tua kerepot, tapi lebih memberatkan akan kematangan diri dan fikiran.


Maaf, saya memang seorang yang ego, ada juga rakan perempuan gelar saya "mamat sombong". Segelintir kata diri ini juga seorang yang cepat marah, dan agak emosi.Ya, saya terima semuanya kerana itulah diri saya. Ianya tak dapat dielakkan kerana sudah memang begitu. Dari menjadi hipokrit di mata semua baik kita tunjukkan apa yang sebenarnya diri kita dan belajar untuk memahaminya. Itu lebih terpuji dari bermuka-muka dan punya sifat bodek dan kipas mengipas. Bukan saja hina, malah dina!


Ubah bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan faktor bagi mengubah keadaan diri sekarang kepada sesuatu yang lain dan pastinya lebih baik. Ubah orang Melayu kita ada DEB, nak bebaskan bumi dari kesan gas dan sebagainya kita pakai Protokol Kyoto dan begitulah cara untuk mengubah. Tapi untuk mengubah kematangan diri bukanlah perlukan kata sepakat dari organisasi atau sebagainya. Ia memerlukan dorongan dan nasihat. Contoh dari orang yang kita sayang, saya berjaya merendahkan ego untuk mereka, tetapi untuk kenalan yang lain saya gagal mengawalnya. Self reflection amat penting dalam hal ini. Diharap ramailah kenalan2 diluar sana mapu bertindak sebagai cermin dan merefleksikan segala kekurangan diri ini tatkala usia akan mencecah 19 tahun pada 25 Oktober 2008.

Tuesday, October 7, 2008

Sambutan yang meriah


Kembali sudah diri ini ke Kuala Lumpur. Kota metropolitan yang terpalit segala memoriku disini. Pulangnya dari sambutan Idulfitri di kampung,memang seperti dijangka diri ini gagal untuk mengulangkaji pelajaran.Tahniah!!

Hari Khamis peperiksaan pertama akan dijalankan bagi final exam. Sedikit cuak tapi buat-buat berani hehe.Selepas peperiksaan, pelajar2 di UIA Nilai bakal bercuti dalam tempoh 1 bulan. Kemungkinan diri ini akan bekerja sementara di Kuala Lumpur bagi mencari pendapatan sendiri tanpa meminta bantuan ibu & bapa. Scotia Bank di Jalan Raja Chulan adalah tempatnya. Kerjanya tak sesusah mana cuma key in data saja. Mujur juga ada bantuan sepupu,kalau tidak mesti terkial2 mencari kerja nanti. Dari duduk di rumah dan terus biar otak membeku, elok kiranya kita menimba pengalaman yg berbayar.