Tuesday, March 24, 2009

Renungan

Sabda Rasulullah SAW;

Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari dunia atas kedudukan agama,

memperlihatkan pakaian agama di muka orang, lidahnya lebih manis dari madu, tapi hatinya

adalah hati serigala"

Monday, March 23, 2009

Maaf

Baru hari ini saya dapat menjerakkan jari-jari selepas dekat 3 minggu tidak dapat berbuat demikian dek kerana tidak mempunyai kelebihan internet di kawasan rumah saya di Pahang. Harap maaf untuk itu.

Sudah lama berehat, isu-isu pun banyak berlegar sepanjang 3 minggu percutian ini dan tidak mampu untuk mengejar semua isu tersebut saya kira untuk di ulas satu persatu. Terlalu banyak. Hehe

Apa-apa pun pada rakan sekalian yang mengunjungi blog ini terima kasih saya ucapkan dan maaf atas kesulitan ini.

Sebelum terlupa!


PADAM LAMPU 28 MAC INI UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN KITA DALAM KEMPEN EARTH HOUR!

Thursday, March 5, 2009

TAMAT

Berakhir sudah 3 semester = 1 tahun 2 bulan di Pusat Asasi UIAM Nilai.
Selepas ini, InsyaAllah, saya akan melanjutkan pengajian ke Sarjana Muda di UIAM kampus utama.

Maka, tamatlah sudah pengajian "foundation" di CFS IIUM ini. Gembira!
Selepas ini, saya akan bekerja di Petrosains KLCC sementara menunggu sesi kemasukan Julai nanti. Harapan juga agar subjek peperiksaan yang diambil baru-baru ini tiada yang sangkut bagi terus dapat bekerja dengan hati yang tenang dan senang

Terima kasih ingin saya ucapkan kepada banyak pihak yang membantu selama saya di CFS IIUM. Nak sebut nama tapi ramai sangat. Bantuan kalian telah mematangkan lagi anak muda ini dalam menghadapi cabaran hidup mendatang.

TERIMA KASIH