Syawal tahun ini bakal disambut pada 1 Oktober 2008 bersamaan hari Rabu (kalendar Gregory). Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum Ramadhan menutup tirai keberkatan,keampunan dan pahala di dalamnya. tak jauh dari tarikh 1 Syawal, diri ini bakal menduduki peperiksaan akhir pada semester kali ini.
Terfikir juga akan cara yang terbaik untuk mengulangkaji dan pada masa yang sama menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan. Sesekali terlintas kenangan lama sewaktu hendak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2006 di Maktab Tentera Diraja (MTD) yang lebih kurang sama keadaannya seperti sekarang yang mana ketika itu, diri ini lebih banyak bermain dan kurang bersedia. Keadaan sekarang, diri ini berada dalam tekanan akibat carry marks yang tidak berapa menyerlah dalam 2 subjek dari lima keseluruhan.
Sejujurnya, setiap kali Ramadhan menjelang pasti diri ini 'tercabar' dengan setiap orang yang berada dalam ruangan salam perantauan di dada akhbar. Biasa, kerana bila impian dan kehendak kita gagal dipenuhi,tatkala akan terbitlah rasa cemburu, tak puas hati dan sebagainya. Impian diri ini sememangnya mahu mengangkasakan diri ini di salah sebuah universiti di seberang laut. Bukan tidak mahu bersyukur dengan apa yang ada sekarang,namun tak salah untuk terus mengejar impian yang sudah ditanam sejak berada di bangku RMC lagi.
Apa yang membuatkan diri ini dalam dilemma adalah kerana melihat betapa sambutan Aidilfitri kali ini merupakan halangan utama untuk mempersiap-siagakan diri dalam membaiki kelompongan markah sebelumnya. Keadaan makin rumit dari yang dijangka apabila tahun ini berkemungkinan besar diri ini akan pulang beraya ke 3 buah negeri. Perancangan yang teliti amat diperlukan agar impian dapat digapai.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan kepada taulan di UIAM Nilai, RMC dan kepada yang mengenali diri ini.
Wednesday, September 24, 2008
Dilema Aidilfitri Dan "Final Exam"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment