Wednesday, April 29, 2009

Sibuk


Kebelakangan ini sangat sibuk.

Bekerja part time di Department Customer Service Parkson Suria KLCC, disamping menguruskan 8th Interschool Debating Championship. Jadinya, April 2009 merupakan bulan yang paling sibuk setakat tahun ini.

Makanya, tidaklah dapat untuk menjadi seaktif dulu dalam menulis ruangan blog ini. Kepada semua followers yang baru, terima kasih kerana sudi untuk menjadi pengikut ruangan yang tidak seberapa ini. Kepada yang lama, teruskan membaca dan maaf atas kesulitan atas alasan kesibukan yang diberi.

Kepada semua, jaga kesihatan diri kerana dunia kini menghadapi "selsema babi" atau "swine flu"


Juga, silalah datang membeli belah di Parkson Suria KLCC hehe


P/S :
Please be free to visit myranesque.blogspot.com
The place you can buy hand made hot items..all of all, the owner is one of my friends.(^_^)

Thursday, April 9, 2009

Transformasi atau Manipulasi?


Kabinet baru.
Isu paling hangat bakal didendangkan dalam masa 2-3 minggu yang akan datang. Saya percaya ianya bakal menjadi penulisan yang berpanjangan di dada akhbar serta laman blog yang lain. Berikutan kekalahan Barisan Nasional di dua "Bukit" juga bakal di katakan akan menambah lagi dendangan ngeri buat Perdana Menteri baru serta kabinet yang bakal menempuhi hari-hari mendatang.

Tak cukup dengan itu, PM baru juga telah membuat kejutan dengan melantik calon Ketua Pemuda yang kalah tempoh hari sebagai Timb.Menteri. Tahniah! Dengan perlantikan itu, mengikut hemat saya, bakal berpuak-puaklah Pemuda selepas ini. Keputusan yang bakal dibuat juga akan mengalami kesukaran. Dalam erti kata lain, UMNO yang cuba diselamatkan oleh Tun Mahathir selama ini seolah-olah hanya dapat saya tafsirkan untuk memeruskan legasi beliau dalam arena politik. Bergegar-gegar beliau cuba jatuhkan Tun Abdullah dan akhirnya tercapai juga hasratnya itu. Di hujankan kepada Tun Abdullah dengan pelbagai tuduhan dan sebagainya, hakikatnya, tiada satu pun tuduhan itu disusuli dengan hukuman mahkamah.

Khairy juga menerima amaran pada Perhimpunan Agung yang lalu, namun ianya sekadar amaran tapi berjaya dipropagandakan dengan jayanya oleh pihak tertentu. Hakikatnya, rasuah itu tiada kena mengena langsung dengan KJ - ejen atau pihak ketiga yang tidak pernah dikenali dari mana datangnya - dituduh punya kaitan dengan beliau. Ikut pengiraan saya waktu itu, KJ akan kecundang, namun takdir tuhan adalah segala-galanya dan beliau dinobat juga sebagai Ketua Pemuda.

Permasalahannya,mendokong slogan Perhimpunan Agong baru-bari ini yang bertemakan -Transformasi UMNO- adakah dengan perlantikan kabinet baru ini mempunyai unsur-unsur tranformasi yang dicanangkan? Atau ianya lebih kepada unsur-unsur manipulasi sesuatu pihak? Terfikir juga saya mungkin ada campurtangan pihak-pihak tertentu (yang pastinya kali ini bukan lagi budak Tingkat 4) - kelihatan kali ini seseorang yang bergelar veteran sudah memainkan rentaknya. Mungkin kelibat beliau sebelum ini dihalang dan hanya mampu untuk berblog di ruangan co.cc dan kini tidak lagi kerana suaranya kini sudah mampu membuat seseorang malah PM sendiri diikat seperti "lembu yang dicucuk hidung"

Apa pun, pasti wujud unsur manipulasi, biasalah..manusia, tidak dapat lari dari tabiat semulajadi itu.Namun, unsur itu sebenarnya mampu disembunyikan jika bijak, jika kurang cekap hingga boleh dijadikan "senjata yang menikam diri sendiri" oleh pihak lawan. Maka saf yang diidam-idamkan ampuh dan padu tidak akan membuanhkan hasil sekiranya internal factor tak diselesaikan secara bijak.

Bukanlah kecewa kerana KJ tidak dapat jawatan kerana ianya sedikit pun tidak menguntungkan saya. Namun, sekadar terfikir apakah diakhirnya nanti keputusan yang akan dibuat bakal dipersetujui oleh semua pihak dalam Pemuda UMNO itu sendiri tatkala seorang yang kalah diangkat sebagai Timb. Menteri, dan Naib Presiden juga punya jawatan dalam kabinet manakala Ketuanya pula, tidak mempunyai suara atau mandat dalam kabinet.

Kalau nak hendak bercerita tantang "tuduhan rasuah", pemimpin mana dalam Malaysia ini tidak pernah dituduh sedemikian rupa?

Ada orang sibuk menghentam tentang rasuah dan pemulihan dalam UMNO, tetapi ketika beliau dalam UMNO suatu ketika dahulu tidak pula membasmi "AIDS" tersebut sedaya upaya.

Macam-macam, ada yang sudah jadi Timbalan Perdana Menteri jadi Menteri Pelajaran lagi, sedangakan portfolio tersebut mampu diisi oleh seseorang yang lain agar usaha yang mantap dan komitmen seratus peratus mampu diberikan dalam kerjanya itu.


Sekian dan selamat maju jaya Kabinet Baru

Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri Baru Malaysia


Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.



Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun.



Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.



Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.


*tiada dalam catatan diatas ialah :


Perdana Menteri yang paling banyak skandal hehe.


Apa pun, pintu taubat sentiasa terbuka dan berilah masa serta peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuan spertimana yang pernah ditunjukkan sebelum ini.


Tahniah Najib Abd Razak!