Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri Baru Malaysia


Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.



Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun.



Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.



Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.


*tiada dalam catatan diatas ialah :


Perdana Menteri yang paling banyak skandal hehe.


Apa pun, pintu taubat sentiasa terbuka dan berilah masa serta peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuan spertimana yang pernah ditunjukkan sebelum ini.


Tahniah Najib Abd Razak!

10 comments:

Danial Izzat said...

skandal yg dipropagandakan tanpa bukti adalah suatu elemen yg bersifat fitnah dan tohmahan. semoga datuk seri najib mampu utk terus bjuang!

AkuAyie said...

tahniah2!! =)
tanggungjawab yg besar tu. harap beliau diberi peluang, dan dapat menyadang jawatannya dengan amanah dan saksama.

milimilo said...

sian paklah..kejap je dye memerintah..pm baru hrpnye byk bnde baru.

nurafiqah idris said...

err..
kenapa akuu baru tau nie.
emm

Riana said...

who are u to condemn on such things??
kenal sangat ke dengan pemimpin tu? jgn sekadar berbahasa tanpa otak diguna pakai. pendekatan yang digunakan diakhir post anda,Apa pun, pintu taubat sentiasa terbuka dan berilah masa serta peluang kepada beliau....patut diguna pakai keatas anda sendiri. patutkah sebagai seorang Muslim anda menuduh dan memfitnah *sekalipun anda tahu ianya benar* dengan cara mengaibkan seseorang? Pelajar UIAM pula tu.

MEMALUKAN!!!

teruskan perjuangan COPY & PASTE DALAM SETIAP ARTIKEL YANG ANDA TULIS. tunjukkan kebijaksanaan dengan menggunakan ayat sendiri dan hasil KAJIAN anda sendir.

Farhan Ghadzali said...

Copy and paste??...abes dah kata biografi PM...what do u expect me to do except copy and paste???..aiyooo...

yang emosional tak tentu hala ni napa laaa ek??hehehe

maaf, saya tak copy and paste setiap apa artikel yang sy tulis, jangan pulak anda yang nak "menuduh dan memfitnah" kat sini..baca dari awal laa ye wahai makhluk Allah...heheh

Danial Izzat said...

saudari riana, saudara farhan juga adalah seorang penyokong UMNO yg cintakan anak bangsanya. beliau juga kagum pada ketokohan Datuk Seri Najib.


bkn niat beliau utk mengutuk atau memfitnah Datuk Seri Najib pun..beliau hanya cuba berjenaka sinis.


apa-apa pun, kita tamatkan di sini sahaja. Penyokong UMNO harus bersatu. bukan mengutuk2 sesama sendiri kerana kita berjuang utk agama, bangsa dan negara.

Hasif Hadi said...

mengutuk laa bgs. itu namenye check and balance. takkan nk sokong membabi jer

Danial Izzat said...

mngutuk bgus sif? mngutuk bdosa kn? huhu

nazrin said...

i'm sorry to say this but,

what miss riana said was indeed true, what makes us (yeah, me and u) thinks that the word "pintu taubat sentiasa terbuka", where it gave us some solid impression that he was deeply responsible for all the allegations.

no doubt, if ur statement is for a general rule, well, semorg harus bertaubat, we never knew our sekelumit dosa apa dia..so, less on focusing on others fault or alleged stories ya boy!

its sensational to be influenced by Telegraph ,South Oz papers n such, even the Liberation. but,its allegations need proofs, and as far as i am concern, ur statement "yang paling banyak skandal" nevertheless unfounded and can be refuted anytime..

please do have a look at this for a starter ;)

http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/07/07/a-logical-review-of-the-slander-on-datuk-seri-najib/


but its good that young man like u have views which more importance and solid .take care