Thursday, May 14, 2009

Kritik mengkritik

Mengkritik adalah satu instrumen ilmu.

Melalui kritikanlah ilmu dapat dikembangkan dari sedikit pengetahuan kepada banyak. Kritikan juga adalah proses pencambahan ilmu. Bagaimanapun, harus bijak membedakan kritikan membina dan menghina. Juga, harus cerdik untuk mengetahui bahawa apabila dikritik bukanlah bermakna anti, membangkang dan memalukan seseorang.

Terdapat segelintir pihak yang terlalu emosional apabila saya mengkritik bagi tujuan pembetulan fakta. Niat sebenar saya adalah untuk menerangkan yang gelap tetapi, dek kerana kononnya dikatakan gaya penulisan yang agak "tidak sopan", terus ianya menjadi isu yang hangat di "sesuatu tempat".

Saya berterima kasih kepada empunya diri kerana secara tidak langsung menyokong penulisan tersebut kerana pada pandangan beliau, idea yang disampaikan berbentuk kritis dan beliau sendiri tidak mempunyai masalah tentang penulisan terbabit.

Jika tuan punya badan pun tidak mempunyai sebarang masalah dengan corak pemikiran anak muda sekarang dan memahami gaya penulisan tersebut, ada pula suara-suara sumbang yang bertindak sebagai batu api. Sedangkan pihak-pihak terbabit juga pada hemat saya datangnya dari golongan cerdik pandai.

Mungkin konteks adab dan sopan mereka terlalu berlegar kepada konteks yang amat kecil. Apapun, kerana hormat, saya turutkan juga demi menjaga nama baik beliau atas permintaan ikhlas dari beliau sendiri tempohari walaupun saya sedar, apa makna blog itu sebenarnya....



*Sila Rujuk Entri Di atas.

1 comments:

wobot said...

paan visit n link blog ak
thewobotisme.blogspot.com