Friday, August 15, 2008

Aku hari ini..

Hari ini tak banyak beza dgn hari2 yg lain, yg membezakan ialah sepanjang hari tiada kelas dan semestinya rutin diri ini hanyalah tidur. Kebelakangan ini,diri lebih gemar untuk tidur jika mempunyai kelapangan,berbanding dulu yg suka membaca. Bila malam, ada masalah untuk tidur. Boleh kata, hidup kini seolah2 seperti seekor burung hantu,siang tidur malam berjaga..hehe


Esok, EPL akan bermula,dan seperti musim2 sebelum ini,diri ini tetap setia dengan pasukan Arsenal bimbingan Arsene Wenger. Diri tetap percaya dengan barisan baru 2008/2009 kali ini dalam menggondol Piala Liga Inggeris dan Piala Eropah. Pastinya, Fastasy Premier league mula menjadi pilihan diri ini dan sahabat2 lain.


Disebalik semua ini, Malaysia terus dilanda pelbagai isu2 yg berat ciptaan politikus2 yg rakus.
Kenapa?..sebagai contoh, isu UiTM mahu dibuka kepada kaum bukan bumiputera.Tahniah!..satu kejutan dan hadiah berharga sempena kemerdekaan kita yg ke 51!..Walaupun ianya mungkin sekadar spekulasi namun, pokok takkan bergoyang kalau tiada angin..kan?. Petang tadi,diri ini disapa seorang sahabat yg bertanya apa pendapat jika memang UiTM dibuka. Pastilah diri ini menjawab TIDAK!



Pertama, melihat kepada situasi semasa yang menjuruskan UiTM adalah benteng terakhir bagi
orang Melayu dan Bumiputera. Sedarlah, UiTM harus dijaga,jgn jadikan episod Sains & Matematik kedalam bahasa Inggeris berulang, kuota MRSM
dibuka sebanyak 20 peratus dijarah akibat kesilapan pemimpin ultra-Melayu dahulu.
Hak kita,tetap menjadi hak kita.Mungkin ada suara2 sumbang akan bangkitkan tentang masalah kualiti selapas semua ini berlaku. Namun, permasalahan itu boleh diselesai jika sistem pengurusan diperkemas dan diperbaiki.Kita lihat UTAR, objektif penubuhannya adalah bagi melahirkan ramai graduan Cina Malaysia yg berkualiti.Jadi,apa yg harus kita khuatir sekarang,mereka sendiri pun ada matlamat masing2. Jadi jangan dipersoal hak kita.



Masa tak mengizinkan,harus mengundurkan diri sekarang,besok kita lihat apa yang mungkin terjadi.Salaam.

0 comments: