Monday, August 18, 2008

Emas Olimpik : Mimpi di siang hari!


Kecundang dan kecewa. Kata2 pembukaan pada ruangan hari ini. Lee Chong Wei telah menghampakan harapan 26.7 juta rakyat Malaysia pada jam 9.43 PM tadi. Diri ini sejujurnya telah menunggu detik bersejarah seawal petang lagi bagi menonton kemenangan pertama emas Olimpik negara yg di lihat mampu disumbangkan melalui sukan badminton. Namun, honey, i shrunk the the kids..perak juga menjadi idaman kali ini. Rata-rata, ramai antara kita mengatakan mungkin tidak ada rezeki kali ini. Jika di teliti, sejak tahun 1957, haruskah kita menggunakan "ayat" itu untuk menyejukkan hati?..




Ada kemungkinan Chong Wei merasa gemuruh apabila berada di tempat lawan, ditambah tekanan para penyokong China serta corak permainan agresif yg dipersembahkan oleh Lin Dan telah membuatkan Chong Wei membuat banyak kesilapan demi kesilapan sehingga menguburkan emas yg di idamkan. Bebanan turut dirasai apabila Menteri Belia & Sukan turut dtg memberi sokongan moral. Kesannya, perlawanan makin bercelaru!! Kasihan negaraku yg dicintai ini.



Gamaknya, nawaitu mahu menjadi jutawan membuatkan Chong Wei serba tidak menjadi kali ini heheh..apa boleh buat, kita ambil sebagai pengajaran kali ini, agar tidak berulang sekali lagi pda masa akan datang.



Sekarang diri ini sedang membaca sebuah novel karya Dr. HM Tuah Iskandar yg berjudul "Stefa Isle".Amat menarik jalan ceritanya. Membuak2 rasa ingin menuntut ilmu di negara orang selepas ini. Disamping itu, diri juga sedang menghabiskan buku karya Zaid Ibrahim a.k.a Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Buku ini dibaca sejak bulan 4 lagi, kemudian hilang, sekarang baru merangkak2 membaca kembali. Juga menarik utk dibaca kerana pelbagai himpunan masalah di Malaysia, pendapat dan perbandingan dimuatkan dalam buku tersebut. Buku ini berjudul "In Good Faith".



Esok, sesi kelas akan bermula spt biasa. Harap azam selepas Nisfu Syaaban dapat dipegang sehingga ke akhir hayat dan jangkaan umur 28 tahun-berjaya! akan menjadi realiti. Hari ini, design baju KDBM telah siap dibuat. Perhubungan dgn yg tersayang juga baik. Setiap hari rindu akan dirinya hehe..berdasarkan pemerhatian, kami hanya dapat berjumpa setiap kali hujung minggu. Walhal, blok asramanya hanya membelakangi blok penulis. Tak mengapa, janji masih terasa dekat dan yg penting, di hati. :-)

3 comments:

fiqah idris said...

hehhe..act,xpna bace sal sukan,,lalalla
so xtau ape2,,kalau die menang,jd jutawan ke??hehe
u nk g luar negara watpe??dlm negara kan lg bgus..lain la nk g honeymoon ngan future wife u 2....n 1 more,
y buku yg u bace all pelik2???
weird laa~lalallaa

Farhan Ghadzali said...

x kesah laa pe tujuan nk pegi overseas pon..perlu ke nk mention gak psal bnde2 tu kat cni mak cik???....~aisshh!!..mcm2 manusia ni

Danial Izzat Zulbahari said...

paan emos! haha