Tuesday, August 26, 2008

"Rom is not built within a day"

Pertama, tahniah diucapkan kepada DSAI, menang bergaya. Apa boleh buat kalau di arasy sudah ditakdirkan sebegitu rupa. Semua jangkaan meleset, jangkaun bahawa dapat mengurangkan undi beliau pun tidak mengenai sasaran. Mungkin silapnya BN lebih suka bermain isu yang tidak bersangkut paut dengan rakyat yang mana saya lihat ianya diperhalusi dengan kemas oleh pembangakang. Mereka lebih suka bermain isu sodomi, masalah integriti dan sebagainya. Tidak berat dalam isu2 seperti ekonomi dan perpaduan khususnya. Jujurnya saya sedikit terkilan dengan keputusan ini, tapi inilah pengajaran yang berguna sama ada secara zahir mahupun batin.


Win like a man, lose like man"



Bagaimana dakwaan tentang kerajaan baru pintu belakang yg didakwa oleh DSAI??..pada saya ianya juga sekadar sandiwara semata2. Mustahil ianya akan jadi sebegitu rupa. Percayalah, bukan mudah mahu menukar sebegitu rupa. Seolah2 bangun pagi celik mata sudah tukar cadar??..di Malaysia ada beberapa prosedur yg perlu di ikuti sebelum dengan mudah untuk menukar kerajaan. tak usah kita fikirkan tentang "katak-katak" yang mahu melompat dari darat ke dalam lumpur. Walau ianya terjadi, Perlembagaan kita ada untuk memperjelaskan bukan sesuka hati mahu menukar kerajaan.



Perlu dingat, Rom tidak dibina dalam masa sehari. Troy tidak akan dikuasai sebelum dikepung selama bertahun2 lamanya walau kita tahu ada "kuda palsu" sebagai puncanya.




"semalam adalah sejarah,hari ini adalah pemberian dan esok adalah misteri"

0 comments: