Thursday, April 9, 2009

Transformasi atau Manipulasi?


Kabinet baru.
Isu paling hangat bakal didendangkan dalam masa 2-3 minggu yang akan datang. Saya percaya ianya bakal menjadi penulisan yang berpanjangan di dada akhbar serta laman blog yang lain. Berikutan kekalahan Barisan Nasional di dua "Bukit" juga bakal di katakan akan menambah lagi dendangan ngeri buat Perdana Menteri baru serta kabinet yang bakal menempuhi hari-hari mendatang.

Tak cukup dengan itu, PM baru juga telah membuat kejutan dengan melantik calon Ketua Pemuda yang kalah tempoh hari sebagai Timb.Menteri. Tahniah! Dengan perlantikan itu, mengikut hemat saya, bakal berpuak-puaklah Pemuda selepas ini. Keputusan yang bakal dibuat juga akan mengalami kesukaran. Dalam erti kata lain, UMNO yang cuba diselamatkan oleh Tun Mahathir selama ini seolah-olah hanya dapat saya tafsirkan untuk memeruskan legasi beliau dalam arena politik. Bergegar-gegar beliau cuba jatuhkan Tun Abdullah dan akhirnya tercapai juga hasratnya itu. Di hujankan kepada Tun Abdullah dengan pelbagai tuduhan dan sebagainya, hakikatnya, tiada satu pun tuduhan itu disusuli dengan hukuman mahkamah.

Khairy juga menerima amaran pada Perhimpunan Agung yang lalu, namun ianya sekadar amaran tapi berjaya dipropagandakan dengan jayanya oleh pihak tertentu. Hakikatnya, rasuah itu tiada kena mengena langsung dengan KJ - ejen atau pihak ketiga yang tidak pernah dikenali dari mana datangnya - dituduh punya kaitan dengan beliau. Ikut pengiraan saya waktu itu, KJ akan kecundang, namun takdir tuhan adalah segala-galanya dan beliau dinobat juga sebagai Ketua Pemuda.

Permasalahannya,mendokong slogan Perhimpunan Agong baru-bari ini yang bertemakan -Transformasi UMNO- adakah dengan perlantikan kabinet baru ini mempunyai unsur-unsur tranformasi yang dicanangkan? Atau ianya lebih kepada unsur-unsur manipulasi sesuatu pihak? Terfikir juga saya mungkin ada campurtangan pihak-pihak tertentu (yang pastinya kali ini bukan lagi budak Tingkat 4) - kelihatan kali ini seseorang yang bergelar veteran sudah memainkan rentaknya. Mungkin kelibat beliau sebelum ini dihalang dan hanya mampu untuk berblog di ruangan co.cc dan kini tidak lagi kerana suaranya kini sudah mampu membuat seseorang malah PM sendiri diikat seperti "lembu yang dicucuk hidung"

Apa pun, pasti wujud unsur manipulasi, biasalah..manusia, tidak dapat lari dari tabiat semulajadi itu.Namun, unsur itu sebenarnya mampu disembunyikan jika bijak, jika kurang cekap hingga boleh dijadikan "senjata yang menikam diri sendiri" oleh pihak lawan. Maka saf yang diidam-idamkan ampuh dan padu tidak akan membuanhkan hasil sekiranya internal factor tak diselesaikan secara bijak.

Bukanlah kecewa kerana KJ tidak dapat jawatan kerana ianya sedikit pun tidak menguntungkan saya. Namun, sekadar terfikir apakah diakhirnya nanti keputusan yang akan dibuat bakal dipersetujui oleh semua pihak dalam Pemuda UMNO itu sendiri tatkala seorang yang kalah diangkat sebagai Timb. Menteri, dan Naib Presiden juga punya jawatan dalam kabinet manakala Ketuanya pula, tidak mempunyai suara atau mandat dalam kabinet.

Kalau nak hendak bercerita tantang "tuduhan rasuah", pemimpin mana dalam Malaysia ini tidak pernah dituduh sedemikian rupa?

Ada orang sibuk menghentam tentang rasuah dan pemulihan dalam UMNO, tetapi ketika beliau dalam UMNO suatu ketika dahulu tidak pula membasmi "AIDS" tersebut sedaya upaya.

Macam-macam, ada yang sudah jadi Timbalan Perdana Menteri jadi Menteri Pelajaran lagi, sedangakan portfolio tersebut mampu diisi oleh seseorang yang lain agar usaha yang mantap dan komitmen seratus peratus mampu diberikan dalam kerjanya itu.


Sekian dan selamat maju jaya Kabinet Baru

4 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

suatu kejutan KJ tidak dipilih. tp hakikat bahawa KJ adalah liabiliti juga perlu diperhatikan. takpalah, KJ dlm blog beliau sendiri bersikap tidak kisah dan akan terus berjuang utk memperkuatkan sayap parti.

selamat maju jaya YB KJ!

Sirr said...

tumbs up!
nice article..
kita tunggu dan lihat apa akan jadi dengan Malaysia di bawah kepimpinan PM yang baru

Mohd Sufian said...

Salam,

Pada hemat saya;

1 - DS Najib dan Muhyidin adalah anak didik Tun Mahathir. Sudah tentu, tunjuk ajar dipraktikkan oleh anak didik. Guru perlu diutamakan.

2 - Bayangan Tun Mahathir kelihatan dalam kabinet DS Najib. Amat jelas, Orang-orang Tun Pak Lah disingkirkan dalam kabinet DS Najib. Pengaruh Tun Mahathir dalam UMNO masih utuh.

3 - Kelantangan Tun Mahathir mengkritik Tun Pak Lah menyebabkan pembangkang berjaya memanipulasi situasi ini. Tsunami PRU12 masih terasa hingga PRK dua bukit, satu batang berakhir.

4 - Secara psychologynya, UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang sangat lemah dan perlu ditolak oleh rakyat, padahal UMNO mempunyai kerus paling banyak sejak sekian lama. UMNO kelihatan lemah kerana BN tidak mencapai "2/3". Parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan hilang banyak kerusi.

3 - Menurut statistik pengundi di PRK Bukit Gantang, Orang Melayu mula kembali kepangkuan UMNO/BN. PAS menang kerana undi Cina. Konklusinya, Nizar tidak dapat restu orang Melayu Bukit Gantang.

4 - KJ menang Ketua Pemuda untuk memperkasakan kembali PEMUDA UMNO, suatu alasan yang munasabah. KJ terima dengan tangan terbuka. Mukhriz pula tersenarai dalam kabinet baru DS Najib semata-mata untuk menjaga hati Tun Mahathir. Disini, tiada yang menang, menang semua dan kalah, kalah semua.

5 - Saya percaya, KJ ada peluang yang cerah dalam arena politik negara. Tidak mustahil suatu hari nanti KJ akan menjadi PM Malaysia.

Sekian, "1Malaysia" terus "Cemerlang, Gemilang, Terbilang" menuju "Wawasan2020".

noonaa said...

slm..
my 'twin'
hee
lme x dnga kbo kn
:)