Thursday, July 23, 2009

Apa Maknanya?











"Katakanlah (Muhammad), wahai orang-orang kafir! aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah UNTUKMU AGAMAMU DAN UNTUKKU AGAMAKU"
(Surah al-Kafiruun : 1-akhir)


Saya tidaklah mempunyai ilmu agama yang tiggi jika dibandingkan dengan segelintir "golongan" ini yang pada pandangan manusia lain, kononnya mempunyai pegangan yang kuat ,ilmu yang tinggi dan kononnya mereka dalam "jalan" yang benar dari saudara Islam mereka yang lain.


Namun, berdasarkan ilmu yang ada tak seberapa ini, saya kira apa rasionalnya "saudara-saudara Islam" saya diatas lakukan?


Adakah perbuatan mereka boleh dikategorikan seperti dalam ayat (Luqman :13)?

Demi politik mereka sanggup melakukan perkara yang meragukan..




"Katakanlah lagi (kepadanya) : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
(Surah Al Zumar: 9)

Saudara mereka yang mereka tuduh sekular pun tidak melakukan perbuatan seperti ini.



Anda nilailah sendiri.





2 comments:

Bro Jinggo said...

Salam perjuangan...

Akhbar Utusan Malaysia memetik Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

PAS adalah parti yang tiada prinsip ibaratkan parti lalang, mereka mampu menukar warna mengikut persekitaran untuk menyelamatkan diri sendiri.

Mengapakah begitu taksubnya pemimpin pakatan mahu membela Teoh walhal ramai lagi orang yang jatuh bangunan kerana tekanan hidup atau membunuh diri. Ramai rakyat Malaysia yang jatuh bangunan tak kira bangsa dan agama. Kisah pelajar UKM yang jatuh bangunan beberapa hari lalu langsung tiada pembelaan.

Ceritanya sama juga, dia jatuh bangunan sama seperti Teoh tetapi mengapa mesti tiada pihak yang prihatin. Jawapannya kerana dia adalah orang Melayu dan tiada kepentingan politik. Orang politik lebih sedap menjilat isu yang memberi kepentingan bukan mahu membela nasib rakyat. Itu adalah jawapan yang jelas.

noonaa said...

idup pn ag ko..
ari tuh aku cr kt parkson x jmpe pn
huhu