Tuesday, July 14, 2009

Versi Khas : PPSMI






*Sila luangkan sedikit masa anda untuk artikel “versi khas” saya ini..





Saya adalah antara jutaan pelajar yang mahu memberi respon terhadap pemansuhan PPSMI. Pemansuhan tersebut diumumkan pada petang 8 Julai. Saya pasti, keputusan tersebut disambut dengan sorak gembira sesetengah lapisan masyarakat, namun tidak bagi saya.



Pada saya, perlaksanaan PPSMI belum lagi mencapai tahap klimaks untuk kita ukur sejauh mana kejayaan dan kesinambungannya. Dengan sistem yang baru diimplementasikan ini, adalah menjadi tidak wajar untuk menjatuh hukumkan sehingga sedemikian rupa dan akhirnya…mencantas masa depan para pelajar!



Kenapa saya sokong PPSMI, mudah, kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa IT, Sains, Matematik dan Ekonomi. Setiap saat cetakan demi cetakan dalam bidang-bidang ini dikemaskini dalam Bahasa Inggeris dan menjadi satu keperluan untuk kita mengejar dan bersaing dengan negara-negara maju untuk menguasi bidang-bidang diatas. Sekiranya ianya dikembalikan dalam pembelajaran bahasa Melayu, selama ini (sebelum perlaksaan PPSMI) adakah dapat kita lihat Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka( DBP) mampu memainkan peranan yang sebaik mungkin untuk mencetak, menterjemah setiap buku dan kertas-kertas kerja yang mana kita sedia maklum kesemuanya datang dari bahasa Inggeris?


Benar, kita kekurangan sumber tenaga pengajar dalam perlaksanaan sistem ini. Hakikatnya, pemikiran kita harus ditekankan untuk jangka masa panjang. Adakah kerana dengan alasan tersebut, maka kita perlu terus mengaku kalah? Jawapan yang sesuai adalah dengan meningkatkan mana-mana kekurangan dan membaiki segala masalah dalam hal ini, Perlu diingatkan, kita juga sebenarnya berhadapan dengan realiti masalah kekurangan pengajar yang berkualiti untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, maknanya, jika kerajaan ada jawapan yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, seharusnya kerajaan juga mampu memberi kesan dwi terhadap PPSMI. Setahu saya, usaha yang dilakukan kerajaan adalah cukup baik buat ketika ini dengan pelbagai kursus dijalankan seperti guru-guru perlu mengikuti kursus 6 bulan setahun 2 kali dan sebagainya. Tambahan dengan jumlah lambakan lepasan pelajar dari Universiti yang sedang menganggur memungkinkan masalah ini mampu diatasi sekiranya tenaga mereka ini digembleng dengan bijak. Ini tidak termasuk dengan pelan-pelan induk pendidikan yang telah dirangka bagi mengangkasakan lagi dasar ini dahulu. Bagaimana dengan kos selama ini? Perlukah kita diam begitu saja bila bermillion-milion sudah dilaburkan?



Butang PANIK terus ditekan pihak pembangkang apabila mengatakan pelajar-pelajar luar bandar menunjukkan perkembangan negatif apabila bahasa Inggeris yang asing pada mereka digunakan sebagai bahasa pengantaraan. Sekaligus, mereka ini terus terkebelakang dengan pengenalan kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sedarkah mereka (pihak pembangkang), mengenalkan kepada para pelajar segala perkataan atau frasa dalam Sains dan Matematik untuk kali pertama sememangnya menyusahkan. Tidak kira dalam apa bahasa sekalipun!.Sudah sampai waktunya kita membezakan baik buruk pemainan politik "FEAR & TRUST". Seringkali kita dimomokkan dengan politik ketakutan dan menolak politik kepercayaan. Akhirnya, kita terpaksa akur dan tunduk dengan mainan politik momokan dan panik yang sering dimainkan pihak pembangkang.



Statistik demi statistik terus dibuat bagi memperkuatkan hujah masing-masing. Sesetengah pihak mengeluarkan kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) yang mengeluarkan banyak angka kegagalan dari PPSMI. Perlu diingat, statistik dibuat dengan berasaskan agenda dan motif. Saya sokong dari segi usaha yang dijalankan untuk mengenal pasti masalah PPSMI ini, namun dasar ini adalah satu dasar yang baik. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti apa cacat celanya, maka tumpukan usaha untuk memulihkannya. Jangan salah beri ubat kepada penyakit. Penyakitnya kini bukan PPSMI, tetapi adalah proses memperkasakan dasar ini. Jikalau dasar yang sebegini baik tapi di buat sekadar melepaskan batuk ditangga dicampur pula dengan usaha-usaha untuk membantutkan seperti yang dilakukan oleh golongan pelampau bahasa seperti Dong Zong dan Jiao Zong dll, sampai bila pun kita akan tetap ketinggalan 20-30 tahun kebelakang dari segi teknologi.



Terdapat juga sesetengah pihak yang cuba membandingkan negara seperti Jepun, Perancis, Jerman, US dan UK yang menggunakan bahasa ibunda mereka (mother tongue) dan di akhirnya mereka mampu berjaya. Apapun saya hanya boleh katakan kepada semua dalam perbandingan itu, tolong buka minda kalian agar tidak menjadi terlalu idealistik, sebaliknya lebih realistik kepada isu, faktor sejarah dan semasa, atau cadangan lain baca blog chedet.co.cc.



Terbaru sekali adalah kenyataan MP Zulkifli Nordin dari PKR (Ex-RMC), kata beliau Filipina juga menggunakan bahasa Inggeris secara menyeluruh dalam pembelajaran mereka dan hasilnya mereka hanya berjaya dengan cemerlang dalam menghasilkan “bibik-bibik” untuk di eksport. Perbandingan yang simplistik seperti ini saya kira tak wajar untuk dikeluarkan kerana anda memalukan parti anda dan institusi pengajian anda terdahulu. Pertamanya, keadaan politik di Filipina dan Malaysia perlu diambil kira, saban waktu kita ketahui akan ada setiap saat pemberontakan disana misalnya di Mindanao, bagaimana kita dapat lihat puak-puak bertelagah antara Islam dan Kristian. Dan begitu juga keadaan pembangunan ekonomi di kedua-dua buah negara. Filipina yang mengalami masalah kegawatan ekonomi yang belum pulih sejak krisis matawang dahulu dan hutang yang bertimbun dari IMF. Maka disebabkan itulah pembangunan sumber manusia di Filipina tidak dapat di penuhi oleh pihak kerajaan disana. Adakah adil untuk membandingkan keadaan landskap sebegitu dengan Malaysia yang saya kira dari segi kapasitinya mampu lebih daripada itu dan tidak ada masalah dari segi aspek-aspek diatas. Keduanya, biodata MP ini juga jelas menunjukkkan beliau menerima seratus peratus pembelajaran yang berorientasikan bahasa Inggeris suatu ketika dahulu. Jadi, apa masalah anda?



Masalah untung-rugi PPSMI bukan disini titik noktah sepatutnya. Pelajar kita suatu ketika nanti akan menanggung kesannya dek akibat desakan-desakan politik sempit golongan-golongan yang dahaga kuasa. Pastinya, Pelajar-pelajar kita akan hilang daya kompetitif dan legasi yang gelap bakal menyelubungi masa depan mereka apabila yang cerah telah diragut begitu saja.



Sangat mengecawakan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hanya sempat mengimplementasikan idea ini disaat penghujung kepimpinan beliau. Entah mengapa, saya rasakan, beliau sebenarnya mempunyai visi yang amat jelas,iaitu memartabatkan BANGSA Melayu. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan Bahasa Melayu. Dek kerana saya yakin dengan usaha kerajaan yang konsisten semenjak dulu dalam mendaulatkan bahasalah maka saya kira sudah tiba masanya kita untuk melonjakkan lagi tahap pencapaian BANGSA dan AGAMA pula. Tidak perlu khuatir selagi mana ada Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalamnya usaha-usaha untuk memelihara bahasa Melayu kita


Tolonglah, ketepikan sentimen murahan dan polemik sempit pemikiran kita, kiranya kalian mengatakan diri kalian seorang yang patriotik, ianya perlu lebih dari sekadar mempertahankan bahasa, kerana PPSMI fungsinya untuk memartabatkan
BANGSA, AGAMA dan NEGARA.

4 comments:

ulfa said...

i skong ppsmi gak..

Farhan Ghadzali said...

thanks cikgu!..heheh

Shasha Azmar said...

great bro.

ekramhakim~ said...

Jadikan bahasa melayu itu betul2 sebagai bahasa Malaysia, baru saya sokong PPSMI.

Bahasa jiwa Bangsa..=)