Sunday, August 2, 2009

Versi Khas : Internal Security Act (ISA)

Sejujurnya, berdemonstrasi adalah satu instrumen yang salah, bagaimanapun saya sebenarnya menyokong agar ISA DIMANSUHKAN.


Pertama, sejarah kewujudan ISA suatu ketika dahulu dan dibandingkan dgn konteks semasa pada waktu kini tidak lagi relevan. Dulu mungkin ya kita ada ancaman komunis dan bertepatan untuk mereka ditangkap tanpa sebarang perbicaraan.




Namun kini, kita tanya diri kita sendiri ISA sebenarnya untuk apa?..contohnya tak cukupkah Akta Hasutan 1970 untuk kita jaga 4 perkara sensitif berhubung Islam,hak bumiputera,B.Melayu, dan Raja2 kita?
Dalam konteks US, sememangnya penggunaan Patriot Act diperlukan untuk mengelakkan ancaman pengganas. Pernah kita dengar ahli2 politik mereka dari Republican atau Democrat ditangkap atas alasan "berpolitik"? sedangkan ketika berkempen calon presiden sekalipun, isu kulit dibangkitkan disana?



Kedua, Apabila kita berbicara mengenai undang-undang ia MESTI ADIL. Merujuk kata-kata Plato "Unjustice law can not call a law anymore". Tidak perlu untuk saya bercerita mengenai perspektif Islam kerana kita sedia maklum bahawa pihak PAS sudah lama menentang akta ini dan mereka hujankan Barisan Nasional dengan pelbagai dalil-dalil dari spektrum Islam.



Ketiga, penggunaan ISA kini pada hemat saya lebih kepada kepentingan politik. Mungkin agak keterlaluan untuk saya katakan sedemikian tetapi itulah realiti yang yang perlu dihadapi oleh kita dan sekiranya perkara ini tidak dihentikan, mahukah kita melihat BN hilang 2/3 lagi kerusi sekali lagi?



Pandangan kami orang2 muda malahan saya sendiri merasakan sudah wujud satu stigma masyarakat yang sudah sukar diubah masa kini bahawa sekiranya tindakan ISA diambil keatas "ahli-ahli politik" maka ada udang disebalik batu atas tindakan ISA terbabit. Lebih parah lagi jika stigma ini tidak dipecahkan sekarang maka generasi 20-30 tahun lagi akan turut berfikiran serupa.



Keempat, berkenaan kos, mereka yang ditangkap atas alasan menjaga ketenteraman negara, dijaga makan minum, kehidupan mereka ditanggung juga oleh kerajaan 100% malahan perkara ini juga sebenarnya memberikan kesan berganda kepada kerajaan. Sudahlah dituduh menyalah guna kuasa, kemudain terpaksa pula untuk megeluarkan kos untuk kehidupan pesalah2 ISA. Duit siapa? Rakyat. Jikalau benar mereka ini mengganggu ketenteraman negara, kita sepatutnya mencontohi Thailand, dimana kalau tidak salah saya memancung terus pesalah-pesalah terbabit.



Jikalau wang tersebut disalurkan ke jalan yg lebih menguntungkan adalah lebih baik. Dapat sedikit sebanyak membasmi kemiskinan, menaik taraf sekolah2 dan infrastruktur daripada membelanjakan duit kepada mereka yang dikenakan ISA.



Percayalah, kadang2 desakan orang ramai menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena berkenaan sesuatu perkara. Dan perkara itu kini adalah ISA.Kini, kerajaan diberi pilihan untuk menerima atau membasmi kekalahan. Saya yakin, selemah-lemah perubahan yang perlu diambil kerajaan adalah "rebranding" semula akta tersebut. Jelaskan kembali KONSEP dan PELAKSAAN yang baru selepas penjenamaan semula tersebut kemudian tindakan diambil perlu lebih berhemah.



** mengkritik tak semesti saya pembangkang, saya percaya melalui kritikan ilmu dapat berkembang.

Terima Kasih
.

2 comments:

Nurul Izzah bt Mat Sundari said...

Salam....setuju2!! ISA perlu dimansuhkan untuk kemaslahatan bersama...untuk generasi hari ini dan masa hadapan..TAKBIR. ALLAHUAKBAR!!!

afiq said...

Salam... saya bersetuju dengan pendapat anda...