Friday, October 9, 2009

Sembang HUDUD - Antara YB Muda dan Seorang Remaja


Pernah dahulu, penulisan saya berkisar tentang hudud. Ketika itu, penulisan saya mendapat banyak perhatian rakan-rakan blogger yang mengunjungi blog ini ketika itu.


Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang menghentam. Mungkin ketika itu bahang PRU 12 masih membara. Tapi tidak mengapa, saya ambil mana yang untung dan buang mana yang rugi untuk dipelajari di kemudian hari.



Post kali ini juga berkenaan hudud, yang pasti, ini bukanlah "penulisan asli"
sepertimana yang terjadi tempoh hari, tetapi ini adalah dialog antara seorang YB muda dari proksi pembangkang dan anak remaja yang cuba menambah ilmu yang tidak seberapa di dalam dada.



Sembang bermula pada jam
2:36am di sebuah laman sembang Internet.

(Soalan)

Remaja:

Saya tertanya-tanya jawapan brkenaan hukum hudud dan pengimplementasian dlm keadaan heterogeneous Malaysia..

boleh atau tidak??


YB Muda:

soalan ni kompleks

bukan senang nak jawab dengan ringkas

ttp perkara akhirnya dalam suasana kita hari ini saya fikir kena lihat dari sudut fiqh awlawiyat

fokus pada maqasid syariah


Remaja:

oh?

maknanya, bukanlah menjadi sesuatu yang wajib untuk kita melakukan hudud pada masa sekarang?

begitu?

cukup untuk kerajaan melakukan teras 5 perkara dlm maqasid syariah shj?


YB Muda:

susahlah nak kata wajib atau tidak

sebab itu saya kata soalan ni kompleks

saya pun bukannya pakar

cuma dalam banyak aspek dulu pun Rasulullah buat secara berperingkat-peringkat

undang2 syariah pun sudah terlaksana di Malaysia sebahagian besarnya

pada zaman pemerintahan islam pun wujud undang2 paralel antara syariah dan mahkamah parsi / romawi

sbmn hari ini wujud antara sivil dan syariah

lebih baik tanya expert2 sket


macam YB Khalid Samad, YB Yusmadi Yusuf ataupun DSAI sendiri

;)

dan kita kena rujuk pembentukan malaysia berdasarkan muafakat perlembagaan

sbgmn rasulullah berpegang pada piagam madinah dan perjanjian hudaibiyyah

tapi pokok pandangan saya sbgmn disampaikan.


**Dialog sebagaimana yang telah di "copy paste".

Jadi, kesimpulannya, "kompleks" jika menurut kata YB Muda ini dan jawapan beliau adalah sama seperti seorang lagi YB Muda dari pakatan kerajaan. Juga, siapalah saya untuk merungkai secara lebih terperinci, sekadar mahu berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan blogger lain.




Siapa YB MUDA & REMAJA??


YB Muda:

YB Nik Nazmi Nik Ahmad


Remaja:

Farhan Ghadzali







6 comments:

afiq said...

salam...
hebat saudara dalam memberi soalan tu...

kalau boleh kongsi lagi jika anda ade soalan yg lain kat YB tu

Adakah ini shj soalan saudara?

Mmg menarik!

Farhan Ghadzali said...

InsyaAllah jika berpeluang lagi Afiq, tak rugi berkongsi pengetahuan.

Kalau ada apa-apa yang mahu ditambah silakan ok..

:)

ekramhakim~ said...

bro, bila nk update ni..=)

SheR- said...

jgn kata komplex mende2 agama nih..
kte terima sudah..bile dan bagaimana nak implement tu lain cite..

afiq said...

salam... bile nak update... lame menanti....

shazzy :) said...

salam, jangan lupe like sini :) tq http://www.facebook.com/pages/Shes-no-you-shazeas/122247341159175