Saturday, July 4, 2009

Dilema Arsenal

(Fabregas & Adebayor)


Dalam Liga Premier Barclays, Arsenal adalah kelab favourite saya.

Arsenal cukup terkenal dengan pengurusnya yang agak dingin (cool)
Mr Arsene Wenger.

Dimudahkan cerita mengapa saya tiba-tiba bercerita tentang Arsenal adalah kerana kecewa dengan kenyataan Mr.Arsene Wenger yang tidak tahu menahu bahawa "Lyon", sebuah kelab di Perancis akan menjual penyerangnya kepada Real Madrid. Beliau menyangka pemain tersebut (Karim Benzema) tidak akan dijual tahun ini. -sumber skysports.com

Tak tahu?..

Duhhh! Sudah 4 tahun Arsenal gagal memperolehi sebarang piala. Alasan yang kerap diberi beliau adalah sedang dalam usaha membangunkan "pemain-pemain muda". Sebagai peminat, pada saya beliau juga berlu seimbangkan pengambilan muka-muka yang lebih berpengalaman dan yang sudah mempunyai nama. Kerana, kekuatan moral atau istilah lain squad harmony dapat ditingkatkan ketika menghadapi rivals sepert Man Utd, Chelsea, Liverpool.

Keyakinan amat penting untuk menghadapi setiap lawan, caranya adalah yakinkan pemain sendiri dengan menandatangani kontrak pemain-pemain lain yang berbakat,ada nama dan berpengalaman.


p/s : Arsene Wenger kena banyak main Football Manager cari pemain seperti diatas! ;-)