Thursday, July 2, 2009

Transformers!






2 tahun lepas bersamaan 2007, saya bukanlah peminat susah mati (Die Hard Fan) filem Transformer arahan Michael Bay. Baik kartun hatta komik sekalipun, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk mengikuti perkembangan plot cerita mahupun mengenali watak robot besi cerita ini.



Namun, baru-baru ini saya dapat merasakan satu fenomena Transformers dan saya turut terkena tempiasnya. Tertarik bukan kerana kekacakan Shia La Beouf ataupun kecantikan Megan Fox, akan tetapi pada saya, Optimus Prime yang dilihat sebagai ikon yang cukup menarik perhatian setiap peminat cerita ini. Dari aspek seni, pastinya setiap inci tubuhnya diperhalusi dengan kemas oleh krew-krew kerja Steven Spielberg bagi kelihatan sangat kemas dan tidak kelihatan seperti robot tin kosong (cuba lihat Megatron)



Dari aspek kekuatan, sudah pastinya Optimus Prime di puja ramai peminat kerana dia satu-satunya Autobots yang memiliki saiz badan yang paling besar dan memiliki pelbagai kombo serangan bagi menumbangkan pihak lawan. Meneliti pula aspek moral, dia adalah seorang yang patuh pada prinsip perjuangan. Wataknya dalam “Revenge of The Fallen” sememangnya dapat di lihat sebagai seorang ketua yang sanggup bermatian mempertahankan prinsip perjuangan dan mementingkan semangat setiakawan. Sifat beliau yang percaya akan kebolehan teman seperjuangan juga adalah satu resepi yang dapat dilihat mampu meningkatkan motivasi ketika dalam kancah peperangan.



Transformer 2 juga dari satu sudut yang lain dapat kita lihat bagaimana kekuatan tentera US dipertontonkan secara besar-besaran. Seolah-olah memberi amaran kepada dunia bahawa kekuatan ketenteraan mereka adalah tidak terkalah diatas muka bumi Allah ini. Hubungan bilateral akrab dengan “Egypt” sebuah negara Islam turut sama diperlihatkan sekitar 1 jam dalam cerita kali ini.



Fenomena luarannya pula, di Toys R Us, mainan Transformers terus kehabisan stok sebelum sempat tayangan Transformers 2 pada 24 June yang lalu. Di Tanjong Golden Village (TGV) KLCC, tiket sudah habis dijual sehingga artikel ini ditulis. Sehinggakan pada 23 June jam 12 tengahari sudah ramai orang mula beratur untuk membuat tempahan tiket. Menakjubkan aura Transformer kali ini.



Bagi saya yang sudah mula meminati Transformers, filem kali ini sememangnya dapat kita lihat bagaimana kesan fenomenanya kepada segenap lapisan masyarakat dunia.



“Standing Ovation!



7 comments:

atokk said...

jangan terpedaya ngan kecantikan Megan Fox....haha.. sebab dia tu asal lelaki...but buat pembedahan jd perempuan...

cairoboy said...

ko tau paan,aku tgk movie kat sini tau,i mean kat cairo laa..dlm pggung tu,bising je mmnjang org egypt bangga negara dorg masuk transformer..haha...aku tumpang bangga gak...

eZzAh LiYaNa said...

anda sudah tgk transformers???
TIDAK!!!

Farhan Ghadzali said...

paan, panggung ko ade atap lagi lagi x?kot laa dah hancur lepas Optimus and Megatron bertumbuk kat ctu..hahahah

Megan Fox laki ke???..

Izzah..dah 2x tgk dah ok!!hahah

eZzAh LiYaNa said...

TIDAK!!!
sy sekali pun belum tgk...
can't wait till next week..
next week br dpy tgk...
mesti best giler kn?

atokk said...

hahah...megan fox laki lah...tgk cnie http://weeklyworldnews.com/celebs/4783/megan-fox-is-a-man/

cairoboy said...

hahaa...xde aa tercabut,tp xleh bla arab bangga dorgnye negara masuk movie..xleh bla tol...haha