Saturday, October 11, 2008

"Datukship" for Shah Rukh??..Perlu ke??

Apa dah jadi dengan Malaysia tanahairku ini!!. Sudahlah politik negara kian tidak menentu, kini kita dihangatkan lagi dengan berita seorang artis Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Beliau dikatakan salah seorang daripada 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, yang dijadualkan esok. Pelakon Bollywood itu akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Kita bukan mahu mempertikaikan hal ini, cuma apakah rasionalnya seorang rakyat India yang hanya merupakan artis dan sesekali datang ke Malaysia untuk menghiburkan peminatnya diberi anugerah sedemikian?. Apakah jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya. Sungguh malang nasib rakyat Melaka bila mendapat "Sultan @ Yang Dipertua Negeri" seperti Khalil Yaakob ini. Keputusan memberi anugerah kepada artis Bollywood itu ternyata satu "tindakan penghinaan" serta memalukan rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya.



Apakah sudah tiada rakyat Malaysia yang layak untuk diberi gelaran itu?. Sebelum ini Khalil pernah dikecohkan dengan isu pemberian terlalu banyak pingat gelaran "Datuk" semasa Hari Keputeraannya. Khalil mencipta sejarah tersendiri dalam hal ini. Maklumlah, dari seorang rakyat biasa kini beliau duduk setaraf dengan raja-raja Melayu. Kini, Khalil boleh berbangga dengan statusnya sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Beliau kebal dari undang-undang setelah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh PM Mahathir sebelum itu. Maka Khalil gembira dapat bermastautin di negeri yang cukup popular dengan "Taman Buaya" itu. Maklumlah, ketika di Pahang buaya Paya Bungor sendiri pun takut melihat kelibat Khalil turun ke air semasa Sukma 96 di Kuantan dulu. Hebohlah orang membicarakan hal ini ketika itu. Kini Khalil dikatakan sudah serasi dengan buaya bahkan boleh menjinakkan pula buaya di Ayer Keroh itu. Maklumlah beliau kini adalah saling tak tumpah macam
"Sultan Melaka".



Ketika bergelar Menteri Penerangan, Khalil pernah berangan-angan untuk membina sebuah perkampungan artis ala Hollywood di Malaysia. Lokasi yang dipilih sudah pasti di Pahang iaitu berdekatan dengan Janda Baik. Mujurlah hasrat itu tidak tercapai jika tidak semakin musnah dan hancurlah masa depan rakyat Pahang ditangannya. Kini beliau selesa berada disinggahsana negeri Hang Tuah itu.