Sunday, October 19, 2008

Khairy Jamaluddin II



[Malaysiakini]Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

Beliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.


Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

"Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu [...] Saya juga percaya Khairy, pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Perwakilan dari Perak itu menegaskan bahawa kaum Cina bukan rakyat kelas dua atau hamba di negara ini.

Ting turut membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuduh beliau seorang pembohong kerana terus menerus mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan.




Ulasan saya :

Inilah buah fikiran seorang budak hingusan yang baru belajar berjalan dalam arena politik. Bukanlah saya ingin tunjuk hebat di sini. Namun cuba kita lihat dari sudut setiakawan dalam BN serta etika kemanusiaan, dan rasional yang dibangkitkan.


Pertama, mengenai setiakawan yang mereka perjuangkan selama ini. Saya kira tidak pernah terhambur dari mulut pemimpin2 UMNO selama ini mencadangkan mana2 pemimpin parti komponen baik mewakili Cina atau Hindu untuk ke ISA.
Kita orang Melayu selagi boleh sebenarnya mahu menjaga toleransi dan adab2 dalam hubungan,benarkan? Cuba kita lihat dari luar kepompong politik sekalipun, asyik2 kita saja yang berhempas pulas menjaga erti setiakawan dan bertolak ansur dengan mereka. Namun apa yang dibalas hanyalah tuba. Melihat seorang anak Melayu dperlekehkan sedemikian rupa (KJ), saya sendiri tersentap.


Ini kerana, jika dinilai rasional si anak Cina ini berkata sedemikian rupa, hanyalah kerana KJ berkata begini dalam Parlimen :


  • Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau menyatakan rasa kesal apabila ucapan beliau di Parlimen berhubung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah disalah erti, sedangkan beliau tidak langsung membawa isu perkauman.

  • "Yang saya kata, saya setuju dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan biasiswa untuk bukan Melayu tetapi jangan dikurangkan biasiswa untuk orang Melayu.

  • "Jadi saya minta supaya jumlah biasiswa itu dipertingkatkan agar nisbah 90:10 itu tidak jatuh terlalu mendadak kepada 55:45. Saya rasa tidak ada isu perkauman yang membawa kepada ketidakadilan kepada bangsa lain," katanya.

  • Khairy berkata adalah tidak adil perkara itu dibangkitkan kerana beliau tidak pernah membangkitkan isu perkaumnan dalam perihal biasiswa itu.


Bekas graduan UUM ni mungkin kurang daya pemahaman. Sekali baca pun saya sendiri memahami makna tersurat dan tersirat di sebalik intipati teks yang di hujah dalam Parlimen tempoh hari. Gagal mencerap, dituduh pula KJ ni seorang rasict?


Sebenarnya kalau boleh diungkit satu persatu sentimen perkauman mereka sampai ke kiamat pun tak habis2 kita kira baik dari isu AGAMA, HAK ISTIMEWA, BAHASA! Sibuk bila Dato Hisham julang keris, di kata mengancam beginilah, begitulah. Dato, saya cadang Dato perlu hunus keris itu semula dan jangan disimpan lama2 sampai Mac nanti. Di khuatiri akan berkarat dan dah tak tajam. Kita jangan beri muka lagi dengan mereka!


4 comments:

mizbi said...
This comment has been removed by the author.
mizbi said...

salam..penulis...

org sekarg tk pakai keris dah.. m16. tak pon sniper.. hehehehe..

keris simbol orang melayu.. sejauh manakah org yang menghunus keris membela nasib dan ketuanan melayu???

bila pembangkang kene tuduh ckp isu perkauman, dgn pantasnyer pembangkang akan di hantar ke ISA

tapi, bila org kerajaan?? hanya kene gantung keahlian 3 tahun??

adakah ini KEADILAN dan DEMOKRASI MALAYSIA??

nota:
gerakan cadangkan paklah dpt anugerah BAPA DEMOKRASI MODEN- what a joke??

huhuhuhu~

Danial Izzat said...

pemuda mca tu demam kot mase die buat statement tu!

Radzi Tajuddin said...

oit!!! aku kenal ko... aku pon ada blog gak.. rajin2 ar baca..klau boleh link ke.. chow~~