Tuesday, October 21, 2008

Genting Highlands






Semalam saya baru pulang bersama rakan2 dari Genting Highlands (GH). 7 orang kesemuanya. Sangat happening kerana kami sememangnya sudah lama merancang untuk ke sana secara bergerombolan hehe. Mengikut perancangan awal, kami mahu bergerak seawal jam 8 am. Namun, bila Akram, Tuan, Andy dan Anas terperangkap dalam Putra LRT a.k.a "tin sardin bergerak" di Setiawangsa, maka saya, Danial dan Syahman menunggulah dengan penuh sabar di KL Sentral. Tahniah sekali lagi!haha.


Sebaik mereka berempat sampai, kami terus ke kaunter tiket bas, kami dengan bangganya mahu beli tiket jam 9 am kerana tidak mahu membazir masa begitu saja memandangkan bas terakhir yang akan bertolak dari stesen bas Genting Skyway adalah pada jam 8.15 pm. Maksudnya di sini, kami perlu manage time dengan teliti iaitu main ke semuanya permainan di situ dan pulang pada waktu yang ditetapkan.


Sampai di sana, saya bertindak seperti tourist guide kepada foreigners UIAM ini hehe. Dari Corkscrew sampai ke Motion Master, penat memang tak terungkap. Space shot..? Huh!Apa barang tak main??mestilaa main. Betul tak Krem?? hahah..(hanya kami bertujuh tahu apa maksud yang tersirat).


Apapun, memang seronok pergi bersama rakan2 ke taman tema tersebut. Mungkin selepas ini boleh menjadi tourist guide untuk si "dia' pula haha. Sangat meriangkan!


**Gambar :

1) 7 brothers

2)pening dan pusing

3) dalam kereta wayar

4)exhausted..water please!

5) First World Hotel dan kabus

7 comments:

k0ala said...

Salam.
hows great h0ls!
plus nice blog!

herm, wakil rakyat wanna-be?
nwy, keep da good work :)

wassalam.

atokBah!! said...

hahaha..tunggu plak blog genting highland versi aku plak....hak3...

Farhan Ghadzali said...

wakil rakyat wannabe??hhehe..no comment


hah!andy ko cepat ckit tulis hahah

™ʞʞoʇɐ said...

aku dah siap tulis dah...siap ngan video naik space shot ngan corksrew lagi...

Latif said...

saalam :: nice blog..just tterserempak dlm net.. jgn lupe jadi follower dalam blog i http://latifmaulan.blogspot.com/ then i follow urs (dont forget to put followers gadget in ur blog k)

wassallam

Akram said...

haha..btol2...hanye kte je tw mksud btape 'cuak' nye nek 'space shot'...

Farhan Ghadzali said...

Sdra Latif Maulan :

Terima kasih atas pelawaan saudara,insyaAllah jika ada kesempatan.

Jarang menemui blog seorang pelukis, mungkin saudara bakal dikenali suatu ari nanti.

tahniah!