Wednesday, October 8, 2008

9belas tahun - belas yang terakhir

Realiti sekarang sibuk membincangkan tentang Obama dan Mc Cain, calon Presiden negara polis dunia yang bakal di ketahui dalam November nanti. Tapi buat masa sekarang, diri ini kurang berminat utk berkisar tentang hal2 berkaitan semua ini buat sementara waktu kerana pada bulan ini -Oktober- bulan yang penuh dengan sambutan. Idulfitri dah lepas, Deepavali bakal menyusul, Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24 dan 25 oktober adalah tarikh lahir diriku.


Anwar Omar, pensyarah komunikasiku di UIAM pernah memberitahu yg dia tidak pernah ingat tentang tarikh lahirnya. Alasannya kerana dia tidak mahu orang dan dirinya tahu bahawa dia sudah tua. Bila fikiran @ akal kita mula menyedari akan hakikat itu, otak akan menghantar isyarat melalui neuron dan sinaps di kepala terus ke badan. Seterusnya mengakibatkan kita mula terasa betapa tenaga mula menjadi terhad dek kerana mind set "tua" yang kita fikir. Agak logik, mungkin kerana ada istilah saintifik didalam ayat ini hehe.


Tapi pada diri ini, tarikh lahir bukanlah masa untuk memikirkan adakah sudah cukup tua atau tidak diri ini. Ia perlu lebih dari itu. Saya sendiri tidak memikirkan tentang permasalahan tua kerepot, tapi lebih memberatkan akan kematangan diri dan fikiran.


Maaf, saya memang seorang yang ego, ada juga rakan perempuan gelar saya "mamat sombong". Segelintir kata diri ini juga seorang yang cepat marah, dan agak emosi.Ya, saya terima semuanya kerana itulah diri saya. Ianya tak dapat dielakkan kerana sudah memang begitu. Dari menjadi hipokrit di mata semua baik kita tunjukkan apa yang sebenarnya diri kita dan belajar untuk memahaminya. Itu lebih terpuji dari bermuka-muka dan punya sifat bodek dan kipas mengipas. Bukan saja hina, malah dina!


Ubah bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan faktor bagi mengubah keadaan diri sekarang kepada sesuatu yang lain dan pastinya lebih baik. Ubah orang Melayu kita ada DEB, nak bebaskan bumi dari kesan gas dan sebagainya kita pakai Protokol Kyoto dan begitulah cara untuk mengubah. Tapi untuk mengubah kematangan diri bukanlah perlukan kata sepakat dari organisasi atau sebagainya. Ia memerlukan dorongan dan nasihat. Contoh dari orang yang kita sayang, saya berjaya merendahkan ego untuk mereka, tetapi untuk kenalan yang lain saya gagal mengawalnya. Self reflection amat penting dalam hal ini. Diharap ramailah kenalan2 diluar sana mapu bertindak sebagai cermin dan merefleksikan segala kekurangan diri ini tatkala usia akan mencecah 19 tahun pada 25 Oktober 2008.

0 comments: