Wednesday, November 26, 2008

Debat DiRaja 2008-UIAM sebagai tuan rumah


Setiap tahun, MADUM atau Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia akan mengadakan satu pertandingan debat yang paling berprestij dan paling dinanti-nantikan dikalangan pendebat-pendebat universiti di Malaysia (IPTA) shj, iaitu Debat DiRaja.


Dan pada tahun ini, pertandingan debat ini akan berlangsung di kampus utama UIAM,Gombak. Suatu pilihan arena yang menarik untuk diperkatakan. UIAM adalah merupakan jaguh dalam seni perdebatan - ini adalah fakta- dan sekiranya masih ragu-ragu, sila semak kenyataan Berita Harian pada hari Ahad lalu. Berperang di gelanggang sendiri bakal menguji sejauh kemampuan pasukan debat UIAM dalam mempertahankan siri gelaran juara bertahan sejak beberapa tahun yang lalu - termasuk tahun lepas di UiTM Shah Alam.


Saya doakan yang terbaik untuk kesemua pendebat-pendebat dari UIAM, samada dari kategori Senior @ Junior. Walaupun hakikat yang sebenarnya pahit, tapi bak kata Abg Cipul (Timb. Ketua Jurulatih) mungkin ada hikmah disebaliknya.

Maka sekarang, kita bertempur habis-habisan!!!

Sunday, November 23, 2008

Doktor-Politikus-Blogger


Sekarang, saya sedang membaca buku Tun Dr. Mahathir. Bukan buku Malay Dilemma, kerana buku ini telah saya baca ketika saya berada di tingkatan 3 sewaktu di RMC dahulu. Maklumlah, buku itu sesuai untuk para calon PMR pada waktu itu dek kerana fakta-fakta yang terkandung didalamnya dan boleh diguna pakai dalam mata pelajaran Sejarah. Kini saya sedang membaca satu lagi buku tulisan beliau, namun ianya adalah hasil tulisan blog beliau sendiri dari laman blog chedet.com.




Buku ini sememangnya boleh diguna pakai sebagai sumber maklumat alternatif - selain akhbar2 yang kita ketahui akan kecondongannya dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Namun sebahagian isi buku ini cukup untuk saya katakan ianya adalah untuk menghentam kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Abdullah Ahmad Badawi. Dalam buku ini juga ada menyebut isu sebalik tabir pemecatan Tun Salleh Abbas dan bayaran ex-gratia. Isu jambatan bengkok di Johor - Singapura dan penjualan MV Augusta dengan 1 Euro. Dari segi ekonomi juga beliau juga ada menceritakan masalah di Amerika Syarikat iaitu masalah pinjaman sub-prima, kejatuhan Dollar serta banyak lagi. Sangat menarik untuk di halusi hasil nukilan beliau. Dengan kulit luar yang agak kreatif dan di datangkan dalam dua versi bahasa, English-Bahasa Melayu. Sebagai seorang bloggers, mungkin sedikit sebanyak kita boleh mempelajari dari cara penulisan ilmiah beliau.


Sekian~


Thursday, November 20, 2008

Potongan tol 10% : untuk siapa sebenarnya?



KUALA LUMPUR 18 Nov. – Semua pengguna kenderaan ringan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus.

Penurunan sebanyak RM2.70 itu merupakan salah satu insentif yang diperkenalkan melalui Program Insentif Perjalanan PLUS bermula 1 Januari tahun depan hingga 31 Disember 2010











Komentar saya bagi kenyataan akhbar di atas :


1) Sebenarnya insentif ini untuk siapa?


2) Adakah kerajaan sedar bahawa pada waktu itu rakyatnya yang telah letih bekerja disiang hari, mereka mahu berehat dan tidur dimalam hari.


3) Jika ikut logik akal, sepatutnya sesebuah kerajaan hendaklah memberi pertolongan ketika rakyatnya berada dalam kepayahan. Bukan memberi pertolongan ketika rakyatnya sedang nyenyak tidur.


4) Jika kerajaan benar-benar ikhlas, kenapa tidak beri 10% diskaun tol itu semasa waktu puncak iaitu 6:30am - 8:30am dan 5:00pm - 7:00pm. Dalam jangka waktu inilah rakyatnya berada dalam kesusahan kerana tersepit dalam kesesakan lalulintas untuk pergi dan balik bekerja.


5) Bila tersepit dalam kesesakan, sudah pasti minyak kenderaan yang digunakan agak berlebihan. Oleh itu adalah wajar sekiranya kerajaan memberi diskaun tol pada waktu ini.


6) Pemerintah yang prihatin ialah pemerintah yang sentiasa ingin menolong rakyatnya ketika mereka berada dalam kesusahan. Bukan mahu mengambil kesempatan ketika rakyatnya dalam kesempitan.


7) Kesimpulannya, siapa yang akan mendapat faedah bila diskaun itu diberi pada jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi?


8) Saya melihat para perompak dan penjenayah yang akan mendapat faedahnya. Perompak yang tinggal di Penang, akan bergerak tengah malam atau awal pagi untuk melakukan rompakan di Kuala Lumpur atau Johor pada siang hari.


9) Jika rompakan itu berjaya, mereka telah memperolehi 2 keuntungan. Pertama hasil rompakan dan kedua 10% diskaun tol.


10) Akhirnya hanya segelintir sahaja rakyat yang mendapat faedah darinya.

Thursday, November 13, 2008

Dulu ranting kayu..Ini kisah rumput pula?









Sekali lagi, terjumpa satu entry yang JIWANG hehe. Dan memandangkan tak reti nak tulis bab-bab seperti ini untuk didedikasikan pada si dia, maka saya hanya mampu copy and paste. Harap dapat menilai dengan sebaik penilaian!hehe..After this, no more JIWANG entry!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


...layan baahh!!


Wednesday, November 12, 2008

Assignment Sulung : Proposals & Reports Writing





Saya hari ini sudah memperolehi assignment pertama bagi Sem 2 bersama rakan-rakan kumpulan. Subjek ini kelihatan amat mencabar, kerana menuntut kami membuat bahan research atau ala-ala jurnal. Selepas ini, berkemungkinan kami bakal menyiapkan satu tesis yang berkaitan ISLAMIC BANKING. Topik yang telah disepakati untuk disiapkan. Capeklah selepas ini nampaknya. Sudahlah diharamkan sama sekali untuk menggunakan internet! Halal hanya untuk buku-buku yang terdapat dalam Perustakaan UIAM ini. Maka, wajib untuk kami membaca kesemua buku-buku yang sangat tebal.







Tuesday, November 11, 2008

Sakit Mata


Malam tadi dan hari ini, saya di serang sakit mata gara-gara memakai contact lens lebih waktu. Dua kali ke klinik dan berjenis-jenis ubat titik dapat. Duuuhh! Teramat sakit, dah kelas baru nak bermula, dah dapat mc hehe. Terima kasih pada Cik Ummu sebab tolang ambil berat yang tersangat2 huhu


*Ini saja yang mampu ditulis..sekian!

Sunday, November 9, 2008

Ranting Kayu...




Pagi ini bangun dengan keadaan yang tak berapa in mood. Bosan dengan itu, saya menjenguk beberapa blog lain untuk menghilangkan keboringan. Terjumpalah satu passage, agak jiwang dan saya hanya sekadar copy- paste shj. (Tak berapa nak pandai tulis entry yang jiwang-jiwang, cuma tertarik dengan makna tersirat dalam passage dibawah, macam sama dengan diri ini hehe).





*Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…



Moral of the story, be loyal dude!

Tuesday, November 4, 2008

MUET,best luck for her


Tanggal 6hb November adalah tarikh Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi ke-2 tahun ini. Jadi, yang terbaik diucapkan kepada rakan-rakan di CFS IIUM kampus Nilai dalam menghadapi peperiksaan ini.

Kepada insan dalam gambar di atas, all the best dear! Try your best and dont ever get blocked ur mind with air talk said that MUET is difficult one! I am pray for ur success!

Amin~

Finding Our Obama




Just after the Dateline on Tv3, one of my senior in IIUM challenged me to write down something about our Malaysian leader who are parallel with Barack Obama in terms of thought, style and concept here in my blog. He wants me to write in English, otherwise my opinion will be not qualified.(Damn!) It could be difficult to me because I am never put a political posting in English language so far. Nutshell, I feel anxious with lack of facts and English grammar too. Takes 1 hour and half to finish it. So below is my point :


No matter the outcome of the US presidential election, Barack Obamas name has made it into the annals of history. Walking up to the podium at the Democratic convention in Denver as the presidential candidate, he must have shared the popular sentiment that the accompanying thunderous applause signified a faith in the promise of new political norms.


Obamas oratory skills have defined much of the way people view him. On my last count, his acceptance in Denver had been viewed over 600,000 times on YouTube alone (should be higher until this post are viewed).


Obamas promises of change and departure from the “old politics” resonate with young American voters who see him as a public figure who understands their concerns and aspirations. But at 47, he would be considered very young in Malaysia’s political context one imagines that men and women his age would be, at best, a Cabinet member. It would appear that age is not so much a criteria as a necessity in Malaysian politics; it is further unfortunate that political conventions in Malaysia uncontestingly equate experience with age.



What can i say, the irony is that the Malaysian citizenry is young, with the last general election seeing voters under the age of 40 accounting for approximately 40 per cent of the electorate.


Latest figures indicate that the percentage of young voters in the next general election would increase substantially. Yet, this segment remains very much under-represented at the national level; it would be difficult, I suspect, for a casual political observer to name just 10 under-40 Members of Parliament off the cuff.


A qualification is called for here. Just as old is not always gold, the presence of young politicians on the national scene does not guarantee the representation of voices and sentiments of Malaysian Generations X and Y. It would be insulting to our youth for us to assume that we could have a young politician with old ideals and have him or her appeal broadly to that section of the electorate. In fact, I was quietly taken aback when a young friend described a minister whom I thought was looked upon as youthful and vibrant as part of the old guard.


The answer could be as simple as one of a supply problem. In my line of studying, I am encounter many aspiring potentials with strong interest in politics. They have a very good grasp of political theory and are well versed in the art of policy making bringing a fresh outlook that could significantly contribute to nation building. Armed with large dosages of desire and the willingness to work hard, they should, in an ideal world, be able to climb the political hierarchy of any party with great ease.


But the reality is very different. These aspiring young men and women generally fall into two groups.


The first places idealism among the top motivating elements for participation in the cut-throat world of politics. After spending some time in the system, they often turn their back on active participation and end up either disillusioned or seek solace in becoming a member of the silent majority.


Members of the second group usually succumb to the demands of politics and gradually morph into beings that are a shadow of their once-selves.


Thus if we accept the reality of Malaysian politics as it is today that the demands for a successful career in politics include the ability to “bend” ones ideals we certainly need to construct a new brand of politics to make sure these young potential leaders remain engaged with their ideals intact. In charting this new reality, there must be the courage and the will to appoint more members of civil society young leaders with a different set of skills and beliefs in the decision-making level of our political parties.


In the presence of obvious talent and potential, erstwhile taboos must be set aside. Now, more than ever, the older generation must learn to accept that our youth simply do not conform to traditional political stereotypes.


Obama will feature on the Democratic ticket this November because somehow, somewhere, taboos were broken at different stages of his relatively brief political career.


Malaysias Obama is somewhere out there, yearning for his or her space.


Thats my say.

Monday, November 3, 2008

eTiQa Takaful - The Islamic Insurance


  • Saya tidak mahu bercerita panjang, cuma mahu membuat satu pemberitahuan dimana, kepada sesiapa-sesiapa yang berminat untuk mempunyai takaful yang berteraskan skim Perlindungan, Pelaburan dan Simpanan berkonsepkan Islam maka boleh berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut.


  • Etiqa Takaful (dulu Takaful Nasional) adalah anak syarikat Maybank, bank nombor satu negara dan saya merupakan agen mewakili syarikat diatas, takaful ini menawarkan kadar bayaran secara bulanan serendah RM100 sahaja. Pakej perubatan yang tinggi sehingga mencecah RM 150 000 bagi setiap kemalangan dan kecederaan kritikal mahupun serius.


**Untuk maklumat lanjut, sila tanya di ruang komen, terima kasih

Sunday, November 2, 2008

Mahasiswa: Belajar akademik vs Cari Duit



Sudah menjadi satu trend kontemporari di mana seorang mahasiswa akan mencari wang lebih ketika mana sedang menuntut ilmu di menara gading. Mereka membawa bermacam jenis harapan dalam melakukan perkara ini (cari duit). Alasan pertama, ada yang mahu membantu ibu bapa, ada pula mahu menambah ongkos poket, sedangkan mereka sendiri yang boros. Kemudian sekali lagi, menggunakan duit hasil tersebut untuk melakukan perkara yang sama iaitu, boros. Ada juga yang mahu kelihatan hebat dan gah di pandangan orang dengan membuat 2 kerja dalam satu masa ini, namun saya percaya golongan yang terencat seperti ini hanya boleh di bilang dengan jari. Kini, ada segelintir mahasiswa yang berfikiran lebih luas dengan cuba mencari duit untuk kegunaan masa hadapan sambil mengisi wang poket, bantu ibu bapa dan mungkin ketika itu juga akan hadir segala pujian dan gah yang diidam-idamkan setiap mahasiswa.


Perkara pokok yang harus kita teliti, institusi pengajian tidak pernah mengajar kita bagaimana cara mahu membuat atau mengganda wang. Realitinya, kita diajar bagaimana untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kemudian mendapat sesuatu pekerjaan yang tetap dan terus menjadi hamba wang, benarkan? Robert T.Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad telah merungkai segala cacat cela dalam sistem pendidikan yang ada sekarang yang bersifat merugikan. Ya, mungkin ada yang akan kata hidup di dunia ini perlu diisi dengan ilmu dan wang bukan segala-galanya. Namun hakikat yang perlu di telan, tanpa wang kita akan merana!



Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai remaja di Malaysia lebih senang untuk memasuki Kolej Tentera, UPNM dan Institut Perguruan kerana pelbagai kemudahan yang telah disediakan dan dijamin kerajaan. Dari sibuk bertarung dan berperang untuk pasaran pekerjaan yang kian meruncing, lebih baik mereka terjun dalam bidang yang telah menjanjikan wang, rumah, elaun dan sebagainya. Pun begitu, adakah makhluk-makhluk ini diajar untuk menggandakan wang mereka? Tidak! Malah mereka sendiri akan turut terperangkap dalam rat race, iaitu satu kitaran hutang di mana setiap sejumlah wang yang mereka perolehi pada hujung bulan akan berpusing untuk membayar hutang-hutang ciptaan mereka sendiri. Adakah kita diajar sebegini rupa di sekolah dan intitusi pengajian tinggi? Adakah kita diajar cara- cara untuk mengurus wang dengan baik?..Anda jawab sendiri..







Mahasiswa sekarang cuba untuk menggandakan wang mereka dengan melibatkan diri dalam perniagaan multi level company (MLM), membuat kerja-kerja sambilan dan macam2 lagi. Satu cubaan yang baik dan harus dipuji selagi niatnya betul. Kita harus sedar, dengan berpaksikan ilmu yang dibekalkan kepada kita di institusi-institusi pengajian tinggi saja belum cukup. Warren Buffet, pemilik Berkshire Hathaway Inc atau lebih dikenali sebagai manusia nombor 1 paling kaya dalam dunia mengikut ranking terbaru, sudah memulakan pelaburan sejak berumur 11 tahun, dan kini beliau menyatakan bahawa beliau sudah terlewat memulakan pelaburan walau dalam usia semuda itu.Maka, satu pesanan saya selaku seorang mahasiswa yang juga melibatkan diri dalam arena ini, ketika mana beroleh keuntungan, jangan terus membeli sesuatu yang mampu merugikan anda sendiri. Bersifat sederhana terlebih dahulu dan jika benar-benar berjaya, barulah teruskan kemahuan tersebut. Jangan terus lena mencari wang, kerana sedar kelak baru kita ternganga melihat tiada apa di depan mata. Belajarlah bagaimana pula untuk menggandakan wang ketika masih muda dan pelajarilah cara-cara untuk mengurus wang dengan cemerlang. Gagal merancang,merancang untuk kegagalan.



**Sedarlah, wang bukan segala-galanya tapi tiada wang kita merana
.

Saturday, November 1, 2008

Aku Sudah Agak Dewasa.

Chronicles of the eldest.



Pertamanya, terima kasih kepada komrad-komrad yang terus tidak putus-putus mengucapkan selamat hari jadi yang ke 19 pada tanggal 25 Oktober yang lalu di halaman friendster.com. Dalam posting kali ini tidak ada perkara yang mahu di utarakan kerana baru saja kembali ke Kuala Lumpur,agak capek. Sekadar mahu menjenguk laman blog yang sudah hampir seminggu (kalau tidak silap) tak di updatekan. Maklumlah, berada di kampung halaman yang tiada sambungan wireless huhu.


Kesempatan ini juga ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan cahaya -Deepavali - dan kepada semua yang berminat mengunjungi laman ini. Diharap kerjasama kalian dalam terus menyumbangkan buah fikiran dapat digalakkan lagi dalam ruangan komen. Juga di ingatkan,sebarang komen dan kritikan membina amatlah dialu-alukan dan dipandang tinggi. Sebarang kritikan yang menghina dan menghanjing? maka bersiap sedia untuk menerimanya pula ikhlas daripada saya.