Wednesday, November 26, 2008

Debat DiRaja 2008-UIAM sebagai tuan rumah


Setiap tahun, MADUM atau Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia akan mengadakan satu pertandingan debat yang paling berprestij dan paling dinanti-nantikan dikalangan pendebat-pendebat universiti di Malaysia (IPTA) shj, iaitu Debat DiRaja.


Dan pada tahun ini, pertandingan debat ini akan berlangsung di kampus utama UIAM,Gombak. Suatu pilihan arena yang menarik untuk diperkatakan. UIAM adalah merupakan jaguh dalam seni perdebatan - ini adalah fakta- dan sekiranya masih ragu-ragu, sila semak kenyataan Berita Harian pada hari Ahad lalu. Berperang di gelanggang sendiri bakal menguji sejauh kemampuan pasukan debat UIAM dalam mempertahankan siri gelaran juara bertahan sejak beberapa tahun yang lalu - termasuk tahun lepas di UiTM Shah Alam.


Saya doakan yang terbaik untuk kesemua pendebat-pendebat dari UIAM, samada dari kategori Senior @ Junior. Walaupun hakikat yang sebenarnya pahit, tapi bak kata Abg Cipul (Timb. Ketua Jurulatih) mungkin ada hikmah disebaliknya.

Maka sekarang, kita bertempur habis-habisan!!!

4 comments:

Amer Yusof said...

kita ada terserempak di pertandingan debat, tapi x sempat berkenal.

sy nak culit poster debat diraja, lawatlah blog sy kalau ada masa.

salam

Anonymous said...

thanks farhan... tapi you all have done a good job in organizing the Royal Debate... congratz!

Anonymous said...

competition was great
but honestly, i dont really like UIAM debaters

Farhan Ghadzali said...

tak mengapa..terima kritikan seadanya..