Sunday, November 23, 2008

Doktor-Politikus-Blogger


Sekarang, saya sedang membaca buku Tun Dr. Mahathir. Bukan buku Malay Dilemma, kerana buku ini telah saya baca ketika saya berada di tingkatan 3 sewaktu di RMC dahulu. Maklumlah, buku itu sesuai untuk para calon PMR pada waktu itu dek kerana fakta-fakta yang terkandung didalamnya dan boleh diguna pakai dalam mata pelajaran Sejarah. Kini saya sedang membaca satu lagi buku tulisan beliau, namun ianya adalah hasil tulisan blog beliau sendiri dari laman blog chedet.com.




Buku ini sememangnya boleh diguna pakai sebagai sumber maklumat alternatif - selain akhbar2 yang kita ketahui akan kecondongannya dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Namun sebahagian isi buku ini cukup untuk saya katakan ianya adalah untuk menghentam kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Abdullah Ahmad Badawi. Dalam buku ini juga ada menyebut isu sebalik tabir pemecatan Tun Salleh Abbas dan bayaran ex-gratia. Isu jambatan bengkok di Johor - Singapura dan penjualan MV Augusta dengan 1 Euro. Dari segi ekonomi juga beliau juga ada menceritakan masalah di Amerika Syarikat iaitu masalah pinjaman sub-prima, kejatuhan Dollar serta banyak lagi. Sangat menarik untuk di halusi hasil nukilan beliau. Dengan kulit luar yang agak kreatif dan di datangkan dalam dua versi bahasa, English-Bahasa Melayu. Sebagai seorang bloggers, mungkin sedikit sebanyak kita boleh mempelajari dari cara penulisan ilmiah beliau.


Sekian~


0 comments: