Sunday, November 2, 2008

Mahasiswa: Belajar akademik vs Cari Duit



Sudah menjadi satu trend kontemporari di mana seorang mahasiswa akan mencari wang lebih ketika mana sedang menuntut ilmu di menara gading. Mereka membawa bermacam jenis harapan dalam melakukan perkara ini (cari duit). Alasan pertama, ada yang mahu membantu ibu bapa, ada pula mahu menambah ongkos poket, sedangkan mereka sendiri yang boros. Kemudian sekali lagi, menggunakan duit hasil tersebut untuk melakukan perkara yang sama iaitu, boros. Ada juga yang mahu kelihatan hebat dan gah di pandangan orang dengan membuat 2 kerja dalam satu masa ini, namun saya percaya golongan yang terencat seperti ini hanya boleh di bilang dengan jari. Kini, ada segelintir mahasiswa yang berfikiran lebih luas dengan cuba mencari duit untuk kegunaan masa hadapan sambil mengisi wang poket, bantu ibu bapa dan mungkin ketika itu juga akan hadir segala pujian dan gah yang diidam-idamkan setiap mahasiswa.


Perkara pokok yang harus kita teliti, institusi pengajian tidak pernah mengajar kita bagaimana cara mahu membuat atau mengganda wang. Realitinya, kita diajar bagaimana untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kemudian mendapat sesuatu pekerjaan yang tetap dan terus menjadi hamba wang, benarkan? Robert T.Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad telah merungkai segala cacat cela dalam sistem pendidikan yang ada sekarang yang bersifat merugikan. Ya, mungkin ada yang akan kata hidup di dunia ini perlu diisi dengan ilmu dan wang bukan segala-galanya. Namun hakikat yang perlu di telan, tanpa wang kita akan merana!



Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai remaja di Malaysia lebih senang untuk memasuki Kolej Tentera, UPNM dan Institut Perguruan kerana pelbagai kemudahan yang telah disediakan dan dijamin kerajaan. Dari sibuk bertarung dan berperang untuk pasaran pekerjaan yang kian meruncing, lebih baik mereka terjun dalam bidang yang telah menjanjikan wang, rumah, elaun dan sebagainya. Pun begitu, adakah makhluk-makhluk ini diajar untuk menggandakan wang mereka? Tidak! Malah mereka sendiri akan turut terperangkap dalam rat race, iaitu satu kitaran hutang di mana setiap sejumlah wang yang mereka perolehi pada hujung bulan akan berpusing untuk membayar hutang-hutang ciptaan mereka sendiri. Adakah kita diajar sebegini rupa di sekolah dan intitusi pengajian tinggi? Adakah kita diajar cara- cara untuk mengurus wang dengan baik?..Anda jawab sendiri..







Mahasiswa sekarang cuba untuk menggandakan wang mereka dengan melibatkan diri dalam perniagaan multi level company (MLM), membuat kerja-kerja sambilan dan macam2 lagi. Satu cubaan yang baik dan harus dipuji selagi niatnya betul. Kita harus sedar, dengan berpaksikan ilmu yang dibekalkan kepada kita di institusi-institusi pengajian tinggi saja belum cukup. Warren Buffet, pemilik Berkshire Hathaway Inc atau lebih dikenali sebagai manusia nombor 1 paling kaya dalam dunia mengikut ranking terbaru, sudah memulakan pelaburan sejak berumur 11 tahun, dan kini beliau menyatakan bahawa beliau sudah terlewat memulakan pelaburan walau dalam usia semuda itu.Maka, satu pesanan saya selaku seorang mahasiswa yang juga melibatkan diri dalam arena ini, ketika mana beroleh keuntungan, jangan terus membeli sesuatu yang mampu merugikan anda sendiri. Bersifat sederhana terlebih dahulu dan jika benar-benar berjaya, barulah teruskan kemahuan tersebut. Jangan terus lena mencari wang, kerana sedar kelak baru kita ternganga melihat tiada apa di depan mata. Belajarlah bagaimana pula untuk menggandakan wang ketika masih muda dan pelajarilah cara-cara untuk mengurus wang dengan cemerlang. Gagal merancang,merancang untuk kegagalan.



**Sedarlah, wang bukan segala-galanya tapi tiada wang kita merana
.

0 comments: