Sunday, November 9, 2008

Ranting Kayu...




Pagi ini bangun dengan keadaan yang tak berapa in mood. Bosan dengan itu, saya menjenguk beberapa blog lain untuk menghilangkan keboringan. Terjumpalah satu passage, agak jiwang dan saya hanya sekadar copy- paste shj. (Tak berapa nak pandai tulis entry yang jiwang-jiwang, cuma tertarik dengan makna tersirat dalam passage dibawah, macam sama dengan diri ini hehe).





*Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…



Moral of the story, be loyal dude!

3 comments:

Radzi Tajuddin said...

patutla...cinta ibarat ranting kayu.. best jugak post ni.. haih, tp ranting kayu cepat reput. hehe

wobot.suke.bebel said...

wiwit..
awek ko ke?????

Anonymous said...

eiyt...

thanx..i'm sorry..
i admit my mistakes..
sorry about my words..
really bad..