Sunday, October 12, 2008

Khairy Jamaluddin


Sebenarnya saya tidak mahu mengulas isu ini secara terbuka!

Oleh kerana ramai sangat yang berminat untuk mengetahui kenapa saya pilih KJ, maka di sini saya setuju untuk memberi hujah saya dalam isu ini.

1) Pertama, saya ingin sentuh perkara yang paling asas sekali. Jika mengikut had umur untuk keahlian Pemuda, usianya mesti kurang dari 40 tahun. Oleh itu bagi saya biarlah Pemimpin yang berumur kurang dari 40 tahun sahaja yang memimpin Pergerakan Pemuda UMNO. Dasar ini telah pun dipraktikkan oleh parti MIC. Jika usia sudah melepasi 40 tahun, maka lebih elok jika seseorang itu bertanding jawatan lain yang lebih dewasa sama ada AMT atau Naib Presiden. Maka dalam hal ini, saya pilih KJ kerana usia beliau baru 32 tahun.

2) Mukhriz anak Mahathir dan KJ menantu Pak Lah. Antara anak dan menantu boleh dikatakan sama kedudukannya. Saya lihat Mukhriz lebih banyak asyik berkepit dan bergantung kepada Dr. Mahathir. Lihatlah dalam beberapa majlis forum yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Dimana ada Mahathir...maka disebelahnya adalah Mukhriz. Tak rasa malu dan tak rasa segankah asyik menempek ditepi bapa saja?

3) Disebaliknya saya jarang malah tak pernah melihat pun KJ menempek ditepi Pak Lah sama ada dalam majlis-majlis, forum-forum atau semasa di interview oleh wartawan dan media.

4) Cuba kita lihat dalam kempen PRU-12 yang lepas bagi Parlimen Jerlun. Kita dapat lihat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah telah turun membantu Mukhriz berkempen di Jerlun. Adakah Pak Lah dan Datin Seri membantu kempen KJ di Rembau?

5) Semenjak selepas PRU-12, saya lihat Mukhriz terlalu gairah untuk mengejar jawatan. Beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk popularkan dirinya dari masa ke semasa.

6) Saya nak tanya kehadiran Mukhriz di Permatang Pauh sekarang, adakah untuk membantu kemenangan calon BN atau untuk menonjolkan populariti dirinya untuk jawatan Ketua Pemuda?

7) Dalam isu juru gambar NST dipukul. Kenapa Mukhriz lebih menyibuk seperti mana kita dapat saksikan dalam berita TV3 pada 17.8.08? Malah hari ini dalam berita 1.30 tengah hari tadi ia diulang tayang lagi dirinya bersama juru gambar NST berkenaan. Bagi saya yang sepatutnya menyibuk dan perlu menonjolkan diri dalam keadaan kempen pilihanraya ini ialah calon Datuk Arif Shah atau DSAI atau pun Ketua Pemuda Permatang Pauh sendiri iaitu Cikgu Zaidi. Bukannya Mukhriz !

8) Begitu juga cuba kita mengingati kembali detik-detik selepas kekalahan yang agak besar UMNO/BN dalam PRU-12 yang lepas. Dalam keadaan semua orang bertafakur atau 'bermuhasabah' diri dengan kekalahan tersebut, tiba-tiba beliau terus mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. Selain itu meminta pula Pak Lah meletak jawatan. Adakah ini perjuangan untuk parti atau perjuangan untuk kepentingan peribadi?

9) Bagi saya adakalanya Mukhriz kelihatan lebih sudu dari kuah. Adakah beliau sedar sekarang ini beliau hanya merupakan Ahli Parlimen biasa dan Exco Pemuda sahaja. Beliau bukan Naib Ketua Pemuda, bukan Ketua Pemuda, bukan AMT, bukan Naib Presiden dan seterusnya tetapi dalam beberapa isu beliau 'terlebih awal' bertindak memberi reaksi dalam isu tersebut. Antaranya isu Anwar Ibrahim, DNA, campur tangan Amerika dan harga minyak.

10) Bagi saya andai kata Dr. Mahathir sudah tiada belum tentu Mukhriz dapat berada dikedudukan seperti sekarang ini. Disebaliknya saya lebih yakin bahawa KJ lebih berupaya untuk melonjak dalam kerjaya politiknya jika beliau tiada kaitan langsung dengan Pak Lah atau dalam erti kata lain bergerak secara bersendirian. Ini kerana KJ mempunyai 'pakej' yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Mukhriz untuk menjadi seorang 'Pemimpin untuk Hari Esok'(L-4-T)

9 comments:

Iqbal,Ikbal,Zulhadi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

dlm istilah udg2 kita sebut consensus an idem(idea) bermaksud pertembungan minda..

bese ar kan..

hehehehehe..

politik persaingan sihat...

Anonymous said...

KJ adalah punca ramai orang muda meluat dengan UMNO... Face the reality

fiqah idris said...

bestnye dpt bergmbr ngan die~
xleh nk komen cuz,,xtau sgt sal politic2 nie~

Farhan Ghadzali said...

consensus dalam arabic ijma', dalam b.m sepakat..ape kena mengena dengan pertembungan idea pulak ni bal???

r u sure???

kalau di terjemah istilah "law" ko tu dia akan jdi "kesepakatan idea"..


>saya orang muda, saya tak meluat pun??dan ramai lgi yang begitu..



>yup pqa..memg bez huhu

Anonymous said...

assalamualaikum,
bagus fakta politik yang diketengahkan,
aku berpendapat kesemua mereka mempunyai rekod buruk.

KJ-aku tidak suka dia ni sebab agenda politiknya bukan untuk kepentingan rakyat.Lihat sahaja projek masjid kristal dan monsun cup,lebih berbillion ringgit telah dia ambil dengan kedudukannya sebagai menantu PM.perlu diingatkan,itu adalah duit rakyat.adakah layak orang yang berkepentingan diri ini menjadi pembela rakyat.

khir-aku tidak suka dia kerana mendapati rekodnya sebagai MB negeri selangor amat buruk,terbabit dalam beberapa siri rasuah,pemmbahagian tanah kepada kroni.masalah tender yang hanya diberikan kepada kroni sahaja.Ini calon anda??bukan pembela rakyat yang sebenar.

Mukhriz-aku tidak mempunyai banyak info mengenai dia.Tapi apa yang aku pasti adalah dia merupakan proksi kepada tun mahathir.Aku dapati tun amat marah kepda paklah antara sebabnya ialah disebabkan paklah mahu memecat kesemua orang yang memberi kepentingan kepada tun seperti pengerusi petronas dan lain-lain.

aku tahu bnyak info kerana ayahku merupakan perwakilan bagi umno kuala terengganu,dan yang pasti AKU ADALAH PENYOKONG ISLAM,kerana perjuangan yang menegakkan bangsa akan disusuli kepentingan diri,namun perjuangan untuk menegakkan ISLAM berpaksikan redha dan syurga ALLAH.

PAS for ALL.

yang benar,


(budak bilik ko)
pusat asasi uiam kampus nilai

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hohoho. dis time aku sependapat ngan ko bro

Danial Izzat Zulbahari said...

Aku pun rase KJ lebih layak. terkejut mcm mn mukhriz bleh dpt byk pncalonan ni.. tp tu x pnting, yg lg pnting adalah mcm mn nk mngukuhkan balik UMNO. itu lebih penting. Hidup UMNO!