Saya pada hari ini mungkin mempunyai adrenalin yang lebih, justeru membuatkan saya untuk menyiapkan posting kali kedua dalam masa beberapa jam - walaupun baru sahaja pulang dari Times Sq di Bukit Bintang bersama2 teman sebaya. Berita di televisyen melihatkan angka terbaru tentang pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Khairy Jamaluddin di tempat kedua bawah Dato Mukhriz Tun Mahathir. Dato ini bukan pilihan saya dalam jawatan tersebut.
Saya kira umum mengetahui apa hebatnya Mukhriz tanpa Tun Mahathir, jadi mari kita membuat sedikit pengiraan :
- Jika Mukhriz bukan anak kepada Tun Mahahthir apakah beliau memang hebat untuk di nobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apakah Mukhriz yang pernah tewas bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu sebelum ini sememangnya hebat untuk di nobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO.Malaysia. Apakah idea bernas yang pernah di curahkan sebagai exco Pemuda?
- Pernahkah Mukhriz membantu ketika pilihanraya kecil dan pernahkah Mukhriz memimpin Pemuda ketika pilihanraya kecil . Apakah kelantangan beliau menderhaka kepada Presiden UMNO boleh dijadikan ukuran sebagai satu platform yang membolehkan beliau dinobat sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apa yang kita pasti Mukhriz pernah berkempen untuk diri beliau sendiri di Permatang Pauh bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO apabila beliau pernah mengatakan bahawa beliau percaya akan mendapat pencalonan setelah menemui Ketua Pemuda di akar umbi di Permatang Pauh ketika ahli UMNO lain sibuk berjuang menentang Musuh UMNO di Permatang Pauh.
- Mukhriz yang sebelum ini adalah ahli Perniagaan dan tidak pernah memperdulikan politik tanah air , mencelah dalam arena politik Malaysia untuk menjadi penyelamat kepada jiwa kacau Tun Mahathir yang begitu membenci Perdana Menteri secara peribadi, Jika tidak Mukhriz akan terus tenggelam di Parlimen Jerlun dan pasti tidak berani berhasrat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
- Apakah Mukhriz sebenarnya bertanding atas kekuatan beliau sendiri dan penulis mahu mengajak pelayar merenung kembali , Apakah Mukhriz punya keistimewaan jika beliau bukanlah anak Tun Dr Mahahthir dan jika Tun Mahathir tidak memayungi beliau , apakah beliau akan basah kuyup dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO pada bulan Sept ini. Sila senaraikan jasa Mukhriz untuk di nobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia..saya cabar! Layakkah beliau bertanding sekiranya beliau bukanlah anak kepada Tun Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri)
- Apakah istimewanya Mukhriz dari Exco Pemuda atau MP lain , jika beliau bukan anak Tun Dr Mahahthir ?
Ada bantahan???
3 comments:
penulisan dan pendapat yang bernas. boleh lihat blog aku pulak.. http://mujahidpahang.blogspot.com..
For a start, I can see that your style of argumentation is exactly like debating style practiced by IIU debaters. hehehehee... this is very good. We need more students of this kind; critical, a keen observer and able to contribute ideas to the society.
mukhriz okay je. tak kisah die ke KJ ke..jnji UMNO terus relevan sepanjang zaman
Post a Comment