Tuesday, January 27, 2009

Debat Terbuka Astar - Universiti Malaya





Saya sekarang sibuk dengan latihan debat terbuka ASTAR anjuran Universiti Malaya di Kolej Kediaman Pertama. Pertandingan akan diadakan pada 28 Januari sehingga 1 Februari 2009. Sebagaimana selalu, UIAM terus diasak samada mampu mempertahankan gelaran yang diperolehi pada tahun yang lepas. Pada tahun ini, UIAM menghantar 4 pasukan. 3 pasukan dari cawangan Matrikulasi(Petaling Jaya dan Nilai) dan satu pasukan dari kampus induk, Gombak.



Diatas faktor ini, blog ini akan sunyi seketika atas alasan tersebut. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan, akan saya "update" dari masa kesemasa keputusan ke empat-empat pasukan yang mewakili UIAM.



Doa kalian amat dihargai, terima kasih.

Friday, January 23, 2009

Get close with your friends but know your enemy closer




Gambar diatas adalah Presiden Amerika yang pertama, George Washington (1789-1797). Apa yang menarik tentang beliau adalah sepanjang artikel yang saya jumpa berkenaan beliau, mengatakan beliau adalah seorang yang "moderate". Semasa pemerintahan beliau juga, US mengalami tekanan hebat dari France dan Britain. Apapun, Saya boleh mengatakan bahawa dia bukanlah orang yang boleh kita persalahkan atas apa yang berlaku pada umat Islam hari ini.

Obama quote

"To those who cling to power through corruption and deceit and the silencing of dissent, know that you are on the wrong side of history; but that we will extend a hand if you are willing to unclench your fist."









**Yes, I strongly agree with you Mr. President!

Tuesday, January 20, 2009

Masalah


Sememangnya lumrah manusia tidak dapat lari dan dikejar masalah. Konflik itulah yang mengajar manusia, itu kata-kata Karl Marx dalam falsafah beliau. Konflik dapat menukar perasaan, penampilan dan pembawaan fizikal dan jiwa seseorang insan. Itu tidak boleh disangkal. Dari perasaan benci –berlaku konflik- boleh menjadi sayang dan begitu juga sebaliknya.


Masalah dicipta agar bertindak mematangkan manusia. Bila sesuatu dah bergelar masalah, maka pastinya ia sesuatu yang buruk.Tidak kira ia diungkap dalam perkataan lain atau bahasa lain. Masalah juga perlu diambil pengajaran darinya, bukan sekadar untuk berlapang dada setelah selesai semuanya.


Dalam Surah al-Insyiraah ayat 5-6, Allah berfirman



“ Maka bersabarlah dalam menunggu ketentuan Tuhanmu (Allah). Panjatkanlah doa keatasNya tatkala kamu ditimpa musibah kerna percayalah, setiap yang berlaku (masalah) pasti ada hikmah di sebaliknya."


SABAR




Kata kunci yang terbaik walaupun berjuta kali kita di perlekehkan oleh masalah-masalah yang menimpa dan itulah juga pesan Ibu kepada saya.

Friday, January 16, 2009

Bantahan Aman di UIAM Nilai - Relevankah?


Allahuakbar!





Tersenyum melihat bendera Israel dihenyak!


Bersama segelintir Mahasiswa UIAM!


Muslimat yang turut sama-sama menzahirkan perasaan mereka!




Bertempat : Perkarangan Mahallah (Asrama) Lelaki.

Masa : Selepas Solat Jumaat

Tarikh : 16/01/09





Hari ini saya terlibat dalam satu bantahan aman anjuran MRC, Centre for Foundation Studies (CFS) IIUM.



MRC adalah singkatan bagi Mahallah Representatives Councils.



Seperti bantahan-bantahan aman yag dilakukan di seluruh dunia, misinya adalah satu - mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim Yahudi dalam menyerang Palestin.


Suhu bantahan aman disini boleh saya katakan sangat panas. Maklumlah, darah pemuda dan pemudi yang cintakan agama dan saudara mereka semestinya hangat membara. Mungkin kalau ada orang Yahudi disekitar kawasan tersebut tadi, mahu dipancung kepala mereka hidup-hidup oleh kami!

Tapi, apa relevannya bantahan ini? Ya, saya kata ianya relevan sebagai seorang Islam.

Sabda Rasulullah SAW..

"Barangsiapa yang membiarkan dan tidak mengambil endah akan nasib saudara-saudara mereka yang ditimpa dalam kesusahan, maka mereka bukan sebahagian dari aku"

Dari segi logik, memang bantahan aman yang dilakukan disini hari ini tidak mampu menahan sebutir bom Zionis pun dari mendarat ke bumi Palestin ketika ini. Pun begitu, kita harus peka dengan nasib saudara kita disana juga secara tidak langsung kita sambut seruan Rasulullah diatas.


Yang lebih penting, usaha kita perlu berterusan dan tidak tertumpu hanya ketika Palestin diserang sahaja. Jikalau serangan disana sudah pun terlerai, usaha memboikot mestilah diteruskan! KITA BUKAN HANYA MEMBUAT USAHA SEKADAR MENGIKUT MUSIM. BOIKOT SECARA KONSISTEN ADALAH JAWAPAN YANG TERBAIK.

TERUSKAN USAHA!

Monday, January 12, 2009

Tesco - Kita terlepas pandang


Masih bekenaan Yahudi, yang sudah dilabel war criminal oleh UN semalam (baca NST 11/1/09)


Kita sebenarnya masih terlepas pandang satu perkara. Sewaktu kita asyik menghentam KFC, Starbucks dan Mc Donalds, kita terlupa tentang Tesco!


Pengasas TESCO ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya yang bernama TESSA COHEN.


Disamping mempromosikan produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.


Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England.


Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.


Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu terus menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di pasarraya Tesco.


Anda beli barang dari GIANT, ekonomi Malaysia yang untung.


Teori ekonomi ini tidak pernah membohong.




Sunday, January 11, 2009

Hikayat KTM, TIDUR & LABU

Tajuk ini sebenarnya berkaitan dengan pengalaman PANIK saya semalam (Pukul 10.20 PM - 1.25AM) - 10 / 1 /2009


Begini, semalam hari sabtu, selepas saya menduduki peperiksaaan Computer (ISM 2112), saya keluar ke KL bersama-sama rakan-rakan dan senior debat dari UIAM Gombak. Kami membeli @ shopping, menonton wayang - OUTLANDER, makan di Burger King dan Old Town Kopitiam, KLCC-Pavilion-Times Sq adalah antara tempat yang dituju.


Selepas makan malam - perut kenyang dan kaki menjadi lenguh. Dari KL Sentral, KTM sangat padat walaupun jam diwaktu itu menunjukkan sudah pukul 10.20PM. Seorang rakan turun ke stesen Serdang kerana beliau mahu pulang ke rumah. Saya berseorangan pulang ke Nilai.


Mula rasa mengantuk, sambil mendengar Walkman Mp3 saya terlena dengan tanpa rasa segan silu. Nak dijadikan cerita, sedar-sedar KTM itu terus bergerak pantas melalui satu kawasan yang sangat gelap. Saya yang agak mamai ketika itu hanya membiarkan KTM itu untuk berhenti ke stesen berikutnya. Dalam hati sudah rasa lain macam.



"Stesen Labu" suara pemandu KTM berkumandang. PANIK!



Jam menunjukkan pukul 11.32 PM. Keluar KTM, saya lihat paparan elektronik yang menunjukkan tren berikutnya yang menghala ke KL (untuk patah balik ke NILAI adalah pada jam 5.51AM). GILA!



PANIK!PANIK!PANIK!



Kebetulan handset tiada kredit, ada seorang Guard bernama Mansur memberi pinjam handsetnya. Sedang buntu, saya menelefon SYAHMAN untuk meminta beliau menjemput saya disana.



Mula-mula responnya agak negatif, alasan tidak tahu jalan dan tiada transport. Agak kukuh alasan itu. Makin PANIK!



12.45AM, Syahman menghantar sms mengatakan dia datng ambil. WHEEEUUUHWH! Lega.



Datang naik kereta Kancil, bersama Syafiq dan Anas. Baru tersenyum melihat muka-muka "hero" yang datang menyelamatkan keadaan.



Kalau tak, tidur dekat Stesen itulah jawabnya.


**Thanks to them.

Friday, January 9, 2009

Mahathir.Obama.Aku


*Penulis dan buku Obama-Gambar sekadar hiasan



"Bantahan.Memorandum.Bakar Bendera.Boikot
!"



Inilah antara fenemona yang selalu kita lihat apabila negara-negara Islam diserang atas alasan yang tidak relevan. Dr. Mahathir dalam kenyataan barunya menyarankan pekerja-pekerja Starbucks dan Mc Donalds untuk berhenti dari kerja mereka. Hairan juga Tun, sewaktu Tun dalam kerajaan dahulu, tak terfikir pula langkah ini?
Dah bergelar “Tun” barulah nak cadangkan idea ini. Dari tahun 1981 hingga 2003 menjadi PM, tak pernah terfikir atau saja tak berani nak cadangkan? Takut ekonomi negara bawah beliau jadi tak tentu hala..?



Saya
terfikir apa kesannya pada ekonomi negara jikalau hal ini terjadi. Cukai yang disumbangkan kepada pandapatan negara oleh kedua-dua syarikat fast food ini adalah besar walau tak sebesar cukai-cukai dari sumber yang lain. Tetapi, pecahan kek cukai yang disalurkan oleh dua syarikat ini boleh dikategorikan besar Ini belum kita boikot Nestle, Marks & Spencer dan byk lagi. Harus diingat, US adalah rakan dagangan terbesar dengan negara kita iaitu sebanyak 45 % . (Nasib baik FTA yang dulu tak ditandatangani). Maka kesannya, ekonomi negara bakal terjejas jika melakukan boikot yang tidak punya sebarang langkah yang selamat.



Jangan di lupa, nasib pekerja pula bagaimana? Dalam keadaan krisis subprima – ekonomi global dan masalah-masalah lain yang dihadapi sekarang, mampukah mereka mencari satu pekerjaan ketika ini. Masalah pengangguran pun masih belum dapat kita selasaikan ditambah pula lambakan graduan-graduan “intelektual” kita. Jika hal ini berlaku, maka bertambah buruklah situasi ekonomi negara kita. Saya agak kurang bersetuju dengan beliau dalam hal ini atas alasan saya diatas. Mungkin apabila beliau sudah menggariskan beberapa langkah yang realistik untuk berbuat demikian, dikala itu,saya akan mengganguk setuju – bukan sekadar hanya berkata umat Islam tidak akan mati jika tak makan produk-produk di atas.



Semalam, Presiden Perhimpunan Agung Khas PBB, Miguel D'Escoto dari Nicaragua telah meluluskan permohonan dari Malaysia dan Brazil untuk mengadakan perhimpunan agung khas di bawah Resolusi 377 mengenai Palestin.
Surat untuk mengadakan perhimpunan agung khas itu telah diedarkan kepada semua wakil tetap negara-negara anggota PBB yang akan diadakan pada 5.30 petang waktu New York hari ini (waktu Malaysia 5.30 pagi esok). Tentang ini, kita lihat sejauh mana boleh pergi. Kerana sebelum ini, berlambak-lambak resolusi saya kira sudah diluluskan, kesannya? Hampa!


Obama pula…kecewa...terus diam membisu. Sedangkan jika beliau mampu untuk berkata- kata disaat ini mungkin keadaan akan menjadi reda- paling tidak pun- sedikit.
Tapi apa boleh buat, Yahudi adalah watak-watak utama disebalik tabir Congress US.


Itulah masalah utama saya kira.


Mari Berdoa kepadaNya!

Wednesday, January 7, 2009

Saya Boikot Ini


Langkah awal saya dalam merealitikan usaha membantah Israel adalah,
mulai saat ini dan seluruh hidup saya akan datang, saya tidak mahu lagi minum

Coca - Cola!


Saya tak mati pun kalau tak dapat minum air buatan Zionis ini yang telah meratah saudara Islam saya di Semenanjung Gaza. Buat masa sekarang, ini yang termampu, insyaAllah yang lain juga akan saya boikot.

Mari boikot Yahudi!

Sunday, January 4, 2009

Obama & Palestin


Salam tahun baru

Ini adalah post pertama pada tahun ini - 2009



Isu pertama yang membuka tirai tahun ini juga adalah episod yang sama - Krisis Israel-Palestin.

Tidak perlu untuk saya senaraikan jumlah angka yang terkorban disana. tak guna untuk kita ratapi itu semua kerana dikala ini, Organisasi2 negara Islam seperti OIC dan Liga Arab terus memekakkan telinga dan membutakan mereka.


Waktu ini juga, BARACK HUSSEIN OBAMA terus mendiamkan diri tanpa sebarang pendirian -tidak sama pula sewaktu serangan yang berlaku di Mumbai tempoh hari. Beliau  juga sudah memberi harapan besar pada dunia sewaktu kempen dahulu. 



Terus, Fatah di Palestin tetap terus mendiamkan diri ketika Hamas diasak dan di hentam.

Sebaliknya, Hizbullah di Lubnan pula menawarkan bantuan?

Fatah, kenapa?

Dengki? Tamak? Gila Kuasa? Tunjuk hebat? Takut?



Cuma ingin saya selitkan sedikit, jika terus umat Islam tidak boleh bersatu, kita terus akan diperlakukan dengan hina sekali oleh Zionis.

Kitab Telmud mereka sudah pun terang-terangan melaungkan bahawa wajib membunuh semua penganut agama lain atas muka bumi ini demi untuk kesejahteraan dan kejayaan mereka.

Kesimpulannya, sokonglah (Israel - US) macammana pun, akhirnya anda tetap mengalami masalah yang sama dan cuma masa yang tentukan.


Juga, mampukah Obama sekarang?

Mari kita lihat...kabinet baru Obama






Berketurunan Yahudi







Rahm Emmanuel

Ketua Staf White House

Seorang Yahudi





'Jika kita tidak kuat, lawanlah orang itu dengan kecerdikan -atau- berdiplomasilah dengan mereka, jika tidak mahu juga, kuat jugalah jawapannya"
                                         
                                          ..BARACK HUSSEIN OBAMA,
                                          -Dreams for my father-



**Sekarang, bila ada jalan untuk menumbangkan mereka seperti memboikot ekonomi dan sebagainya, kenapa kita masih LAGI TAKUT?