Sunday, January 11, 2009

Hikayat KTM, TIDUR & LABU

Tajuk ini sebenarnya berkaitan dengan pengalaman PANIK saya semalam (Pukul 10.20 PM - 1.25AM) - 10 / 1 /2009


Begini, semalam hari sabtu, selepas saya menduduki peperiksaaan Computer (ISM 2112), saya keluar ke KL bersama-sama rakan-rakan dan senior debat dari UIAM Gombak. Kami membeli @ shopping, menonton wayang - OUTLANDER, makan di Burger King dan Old Town Kopitiam, KLCC-Pavilion-Times Sq adalah antara tempat yang dituju.


Selepas makan malam - perut kenyang dan kaki menjadi lenguh. Dari KL Sentral, KTM sangat padat walaupun jam diwaktu itu menunjukkan sudah pukul 10.20PM. Seorang rakan turun ke stesen Serdang kerana beliau mahu pulang ke rumah. Saya berseorangan pulang ke Nilai.


Mula rasa mengantuk, sambil mendengar Walkman Mp3 saya terlena dengan tanpa rasa segan silu. Nak dijadikan cerita, sedar-sedar KTM itu terus bergerak pantas melalui satu kawasan yang sangat gelap. Saya yang agak mamai ketika itu hanya membiarkan KTM itu untuk berhenti ke stesen berikutnya. Dalam hati sudah rasa lain macam.



"Stesen Labu" suara pemandu KTM berkumandang. PANIK!



Jam menunjukkan pukul 11.32 PM. Keluar KTM, saya lihat paparan elektronik yang menunjukkan tren berikutnya yang menghala ke KL (untuk patah balik ke NILAI adalah pada jam 5.51AM). GILA!



PANIK!PANIK!PANIK!



Kebetulan handset tiada kredit, ada seorang Guard bernama Mansur memberi pinjam handsetnya. Sedang buntu, saya menelefon SYAHMAN untuk meminta beliau menjemput saya disana.



Mula-mula responnya agak negatif, alasan tidak tahu jalan dan tiada transport. Agak kukuh alasan itu. Makin PANIK!



12.45AM, Syahman menghantar sms mengatakan dia datng ambil. WHEEEUUUHWH! Lega.



Datang naik kereta Kancil, bersama Syafiq dan Anas. Baru tersenyum melihat muka-muka "hero" yang datang menyelamatkan keadaan.



Kalau tak, tidur dekat Stesen itulah jawabnya.


**Thanks to them.

5 comments:

cairoboy said...

lek aa bro
dak boy...
cmpak mane2 pun leh survive kan../
hehe

Milimilo said...

haha~ lwk la..jgn tido dlm ktm! =D

Farhan Ghadzali said...

kehkeh2..ye bener!!

Akram said...

haha..aku pon pnah kene woi..ko nseb bek satu stesen je lepas..aku ntah bpe stesen tataw..awat x call cik crisTUANo kito tuh..sprint lju cek..haha

Farhan Ghadzali said...

en. chrisTUANo dok merendek ngan "owank" mana nak on fon die hahahah