Tuesday, January 20, 2009

Masalah


Sememangnya lumrah manusia tidak dapat lari dan dikejar masalah. Konflik itulah yang mengajar manusia, itu kata-kata Karl Marx dalam falsafah beliau. Konflik dapat menukar perasaan, penampilan dan pembawaan fizikal dan jiwa seseorang insan. Itu tidak boleh disangkal. Dari perasaan benci –berlaku konflik- boleh menjadi sayang dan begitu juga sebaliknya.


Masalah dicipta agar bertindak mematangkan manusia. Bila sesuatu dah bergelar masalah, maka pastinya ia sesuatu yang buruk.Tidak kira ia diungkap dalam perkataan lain atau bahasa lain. Masalah juga perlu diambil pengajaran darinya, bukan sekadar untuk berlapang dada setelah selesai semuanya.


Dalam Surah al-Insyiraah ayat 5-6, Allah berfirman



“ Maka bersabarlah dalam menunggu ketentuan Tuhanmu (Allah). Panjatkanlah doa keatasNya tatkala kamu ditimpa musibah kerna percayalah, setiap yang berlaku (masalah) pasti ada hikmah di sebaliknya."


SABAR




Kata kunci yang terbaik walaupun berjuta kali kita di perlekehkan oleh masalah-masalah yang menimpa dan itulah juga pesan Ibu kepada saya.

1 comments:

pika da polka said...

ko ade probs ke..
uuu..soryla~
suruh ko udate blog nie~