Tuesday, August 26, 2008

"Rom is not built within a day"

Pertama, tahniah diucapkan kepada DSAI, menang bergaya. Apa boleh buat kalau di arasy sudah ditakdirkan sebegitu rupa. Semua jangkaan meleset, jangkaun bahawa dapat mengurangkan undi beliau pun tidak mengenai sasaran. Mungkin silapnya BN lebih suka bermain isu yang tidak bersangkut paut dengan rakyat yang mana saya lihat ianya diperhalusi dengan kemas oleh pembangakang. Mereka lebih suka bermain isu sodomi, masalah integriti dan sebagainya. Tidak berat dalam isu2 seperti ekonomi dan perpaduan khususnya. Jujurnya saya sedikit terkilan dengan keputusan ini, tapi inilah pengajaran yang berguna sama ada secara zahir mahupun batin.


Win like a man, lose like man"



Bagaimana dakwaan tentang kerajaan baru pintu belakang yg didakwa oleh DSAI??..pada saya ianya juga sekadar sandiwara semata2. Mustahil ianya akan jadi sebegitu rupa. Percayalah, bukan mudah mahu menukar sebegitu rupa. Seolah2 bangun pagi celik mata sudah tukar cadar??..di Malaysia ada beberapa prosedur yg perlu di ikuti sebelum dengan mudah untuk menukar kerajaan. tak usah kita fikirkan tentang "katak-katak" yang mahu melompat dari darat ke dalam lumpur. Walau ianya terjadi, Perlembagaan kita ada untuk memperjelaskan bukan sesuka hati mahu menukar kerajaan.



Perlu dingat, Rom tidak dibina dalam masa sehari. Troy tidak akan dikuasai sebelum dikepung selama bertahun2 lamanya walau kita tahu ada "kuda palsu" sebagai puncanya.




"semalam adalah sejarah,hari ini adalah pemberian dan esok adalah misteri"

Monday, August 25, 2008

Fasa terakhir,mari semak apa cacatnya PR!

Kurang dari 24 jam dari sekarang kita bakal digegarkan dengan keputusan di Permatang Pauh. ura-ura sebelum pilihanraya mengatakan bahawa BN hanya membazirkan wang rakyat dalam meletakkan calon di kawasan terbabit. Demikian, hari demi hari pada kiraan saya calon BN sebenarnya masih mempunyai banyak peluang bagi menumbangkan Jaguh retorik dari PKR yang hanya tahu bermain bahasa dan sentimen tapi kecewa, kosong di dalamnya.



Pada hemat saya, DSAI bukanlah seorang yang pintar seperti yg digembar-gemburkan. Disini saya ingin ambil contoh mudah dan logik, mari kita bandingkan beliau dengan Tun Dr. Mahathir. DSAI dilihat merupakan seorang tokoh yang amat digemari barat tak ubah seperti Musharraf, Hamid Karzai dan lain2 anak emas Amerika. Kenapa ini berlaku??..pastinya bagi memudahkan agenda Amerika di negara2 Islam. Dalam erti kata lain, DSAI tak lebih dari seorang "pak turut" mereka. Terus, pastinya beliau ini boleh dan senang dimanipulasi oleh barat dek kerana minda stereotaip beliau yang langsung tidak fleksibel. Lihat episod krisis spekulator wang 1997, ketika mana beliau mencadangkan dan menyokong keras cadangan sahabat baiknya di IMF untuk meminjam sejumlah wang bagi mengembalikan kesinambungan ekonomi ketika itu.



Demikian, perkara ini tak terjadi kepada Tun Dr. Mahathir yg dilihat amat mengecam keras barat tambahan lagi Amerika. Beliau amat dibenci disana, kerana MUDAH, beliau mempunyai otak yg bijak ,bernas dan pada masa yang sama fleksibel juga berani! Ada kita lihat DSAI bertindak sedemikian rupa?..Lagi dipeluk Condolezza Rice mungkin.!
Adakah ini yg kita mahukan untuk memenuhi kerusi PM?. Isteri melepaskan jawatan untuk beliau secara suka hati - konon demi suami tercinta. Apa ni...kalau nak berbicara tentang perjuangan yang ikhlas demi rakyat, politik bukan medan untuk menunjukkan pengorbanan demi cinta kepada KELUARGA dan KRONI.Saya hairan bila mereka seringkali, membabitkan isu kroni dan pembabitan keluarga dalam pentadbiran BN. Apa dalam Pakatan rakyat tak berlaku keadaan sedemikian rupakah? Izzah tu apa? Wan Azizah tu apa? Azmin Ali tu bukan kroni DSAI kah?..Lim Guan Eng tu bukan anak Lim Senior kah?


Pandangan saya, PR dilihat amat tidak senang dengan pembabitan kroni2 dan ahli keluarga dalam politik BN. Saya ambil satu contoh, kita lihat dalam sistem pemerintahan Islam ketika zaman Rasulullah dan khulafa ar- Rasyidin. Kita lihat selepas Muhammad SAW wafat, siapa yg menggantinya kalau bukan sahabat baik beliau sendiri iaitu Abu Bakar, kita lihat Saidina Ali, MENANTU dan SEPUPU Rasullah SAW..ada bantahan???. Pada saya, siapa layak, tidak kiralah siapapun haruslah dilantik!



Sebab itulah saya lihat ramai yang di antara kita jumud dalam menilai sesuatu. Suka terpengaruh dengan sentimen permainan dan indah bahasa mereka, asal menyakinkan, pangkah mereka. Cuba fikir dalam tempoh 100 tahun akan datang, adakah PR sekarang masih mampu kedaulatan yg ada sekarang sedangkan sebelum membentuk kerajaan pun sudah haru-biru dan memualkan keadaannya!


Keputusan di tangan anda!

don't mess with the Zohan


Harga minyak Malaysia turun sebanyak 15 sen. Alhamdulillah. Mungkin kita boleh melihat rasional di sebalik penurunan harga minyak pada beberapa hari yang lepas. Motif yang terselindung pastilah tentang pilihanraya kecil di P44 Permatang Pauh. Namun, tidak kira apa motif yang terselindung semestinya ia dapat mengurangkan bebanan seluruh rakyat Malaysia khususnya. Isu lain juga yg bermain adalah seperti Najib Razak bersumpah bahawa beliau langsung tidak pernah mengenali akan wanita Mongolia yang digembar-gemburkan oleh pihak media selama hari ini. Eh, tiba2 pula Dato Seri ni nak bersumpah??..hari lain tak ada ke??Dulu Saiful angkat sumpah sehari sebelum penamaan calon..?Jadi, terserahlah kepada anda untuk menilai semua perbuatan mereka.



Selama kebelakangan ini, diri sedikit sibuk untuk menggerakkan jari jemari bagi terus mengupdatekan ruangan terkini. Seperti biasa, assignment yang banyak perlu diselesaikan. Kali ini, sangat banyak dan lebih banyak dari biasa. Agak capek dibuatnya. Hari minggu, macam biasa, penulis keluar menghirup udara yang tercemar di metropolitan Kuala Lumpur bersama yang tersayang. Sangat menyeronokkan walau hujan hehe..




Hari berkenaan, kami menonton wayang di hall 3, TGV KLCC seat J3 & J4. Cukup teliti saya kira hehe. Ceritanya pula adalah lakonan mantap Adam Sandler. Satu panggung tak berhenti ketawa. Tapi, sejujurnya cerita itu amat tidak senonoh, dengan perlakuan tidak bermoral masyarakat barat + Yahudi + Arab. Jalan cerita itu mengisahkan tentang Zohan, seorang rakyat Israel yang bosan dengan hidupnya yang penuh dengan pembunuhan dan perang. Dia adalah seorang tentera Yahudi namun mempunyai hati yang baik. Meminati seorang wanita Palestin yang mana abang wanita tersebut adalah musuh ketat beliau. Apa yang penting adalah mesej keamanan disebalik cerita ini. Itulah sedikit sebanyak jalan cerita.


**thanks for treat me this great movie dear..next time i will try to get 20 over 20, so that u would treat me again. (^_^)

Thursday, August 21, 2008

Hambar,Parlimen kali ini.

Diri ini baru pulang dari Parlimen pada jam 8.30 PM. Letih dan bosan pada kunjungan kali kedua ke institusi paling tinggi dalam negara kita itu. Tiba lewat jam 4 di Parlimen, dengan jumlah members of parliament yang hanya 10 % memenuhi dewan yg mulia, cukup untuk membuatkan diri rasa mengantuk, mencarut2 dalam hati dan sebagainya.



Pun begitu, dewan pada ketika itu sedang membahaskan rang undang2 Akta Pendidikan bagi peringkat dasar. Minggu hadapan baru akan diperbahaskan pula pada peringkat Jawatankuasa undang2 tersebut. Mungkin masih ada yang tidak mengerti akan susunan kronologi bagi setiap usul yg diperdebatkan dalam Parlimen ditanahair kita. Tak mengapa, sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam ruangan komen.




Dek kerana sampai lewat ke kampus, diri ini juga terlepas bas untuk ke kampus Petaling Jaya bagi sesi latihan debat disana. Tapi, fikir2 pun,sememangnya diri teramatlah letih untuk mghadirkan diri heheh..Ahad ini akan berlangsung majlis konvokesyen di UIAM Gombak. Sekalung tahniah diucapkan kepada Abg Daud Md Din merangakap pendebat No.1 Malaysia dan Coach Debat CFS UIAM.

Wednesday, August 20, 2008

"Tag" memudahkan kerja..

Kali Pertama Naik Kapal Terbang
Naik Hercules-50, pesawat TUDM time kat RMC gi Sabah utk ekspedisi Gunung Kinabalu.

Kali Pertama ke Overseas
Pegi Medan, Indonesia..asal keturunan sblah ibu dari sana..wahh?!!

Teringin sangat Melancong ke
London, Paris, Istanbul, Mecca bersama "yg tersayang"!

Favourite Accessories
Parfume Giorgio Armani Code,

Baju2,

Kasut VanZ,

Sweeter,

Handpon...??

Perkataan yang selalu disebut
Ek'eleh

Bongok laa ko!

oooooo i c..

astaghfirullah.



Kalau ada duit…?

Nak support family, nak sambung blaja, tolong orang2 miskin...nk hidup mewah but still berlandaskn prinsip2 Islam laa..


Tuesday, August 19, 2008

Yes..! Im doing great in my Political Sciences!


Alhamdulillah..syukur yg teramat sangat dipanjatkan kepada Ilahi atas keputusan peperiksaan mid sem kali ini. Hahaha..gembira tak terkata!!..tahniah juga di ucapkan kepada rakan2 yg rata2 berjaya memperolehi markah atas dari 15/20!



Antara rakan seangkatan yg berjaya, Andy 16, Tuan Azzazuddin 18.5, Syahman 17. Semua ini markah dalam subjek Sains Politik. Dan diri ini pula 19.5/20!! Bukanlah tujuan utama untuk show off, riak, ujub, takbur dan lain2. Namun motifnya adalah bagi menyemarakkan lagi semangat untuk mengecapi kejayaan akn dtg juga utk subjek2 yg lain.



Yang penting, membuat kedua ibubapa berbangga itu dikira satu kejayaan pada seorang anak.
Utk diluar sana,sama2lah kita berusaha dan make our parents proud with us!..


**gambar ibu tersayang heheh..

Monday, August 18, 2008

Berniaga di Masjid Jamek,gila!














Hari ini ketika membaca akhbar Kosmo!, penulis terkejut apabila harga untuk para peniaga membuka gerai ketika bulan Ramadhan mencecah RM50 000!!. Satu angka yg amat membebankan bagi golongan2 peniaga yang baru cuba melebarkan sayap dlam arena perniagaan.



Sememangnya, kawasan Masjid Jamek adalah kawasan "panas" dan boleh dikategorikan sebagai lubuk emas di kawasan Kuala Lumpur Namun, apa kewajarannya sehingga menangguk air di keruh hingga sedemikian rupa. Jika kita berbicara tentang keuntungan, ambil sewa dalam RM 2 ooo - RM 5 000 pun sudah di kira untung. Kanak2 yang tahu mengira pun tahu kira untung dan belas kasihan. Dah kalau untung berlipat ganda begitu, "cekik darah" namanya!!



Sudahlah yg berniaga di kawasan itu rata-rata dan majoritinya adalah Muslim. Perbuatan itu pula dilakukan dalam bulan Ramadhan, nah!..anda fikir2 kan.....

Emas Olimpik : Mimpi di siang hari!


Kecundang dan kecewa. Kata2 pembukaan pada ruangan hari ini. Lee Chong Wei telah menghampakan harapan 26.7 juta rakyat Malaysia pada jam 9.43 PM tadi. Diri ini sejujurnya telah menunggu detik bersejarah seawal petang lagi bagi menonton kemenangan pertama emas Olimpik negara yg di lihat mampu disumbangkan melalui sukan badminton. Namun, honey, i shrunk the the kids..perak juga menjadi idaman kali ini. Rata-rata, ramai antara kita mengatakan mungkin tidak ada rezeki kali ini. Jika di teliti, sejak tahun 1957, haruskah kita menggunakan "ayat" itu untuk menyejukkan hati?..




Ada kemungkinan Chong Wei merasa gemuruh apabila berada di tempat lawan, ditambah tekanan para penyokong China serta corak permainan agresif yg dipersembahkan oleh Lin Dan telah membuatkan Chong Wei membuat banyak kesilapan demi kesilapan sehingga menguburkan emas yg di idamkan. Bebanan turut dirasai apabila Menteri Belia & Sukan turut dtg memberi sokongan moral. Kesannya, perlawanan makin bercelaru!! Kasihan negaraku yg dicintai ini.



Gamaknya, nawaitu mahu menjadi jutawan membuatkan Chong Wei serba tidak menjadi kali ini heheh..apa boleh buat, kita ambil sebagai pengajaran kali ini, agar tidak berulang sekali lagi pda masa akan datang.



Sekarang diri ini sedang membaca sebuah novel karya Dr. HM Tuah Iskandar yg berjudul "Stefa Isle".Amat menarik jalan ceritanya. Membuak2 rasa ingin menuntut ilmu di negara orang selepas ini. Disamping itu, diri juga sedang menghabiskan buku karya Zaid Ibrahim a.k.a Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Buku ini dibaca sejak bulan 4 lagi, kemudian hilang, sekarang baru merangkak2 membaca kembali. Juga menarik utk dibaca kerana pelbagai himpunan masalah di Malaysia, pendapat dan perbandingan dimuatkan dalam buku tersebut. Buku ini berjudul "In Good Faith".



Esok, sesi kelas akan bermula spt biasa. Harap azam selepas Nisfu Syaaban dapat dipegang sehingga ke akhir hayat dan jangkaan umur 28 tahun-berjaya! akan menjadi realiti. Hari ini, design baju KDBM telah siap dibuat. Perhubungan dgn yg tersayang juga baik. Setiap hari rindu akan dirinya hehe..berdasarkan pemerhatian, kami hanya dapat berjumpa setiap kali hujung minggu. Walhal, blok asramanya hanya membelakangi blok penulis. Tak mengapa, janji masih terasa dekat dan yg penting, di hati. :-)

Saturday, August 16, 2008

Hari ini hari Sabtu

Seperti biasa, diri ini bangun lewat memandangkan hari Sabtu, hari minggu. Bangun pagi, Nilai lengang dan sunyi. Kebiasaannya diri jarang berada di Nilai pd setiap hujung minggu.Namun dek kerana banyak tuntutan assignment yg perlu diselesaikan segera, maka terpaksa. Dan waktu petangnya pula, diri ini keluar bersama 'yg tersayang' ke Seremban. Sememangnya indah setiap kali waktu bersama hehe. Mungkin tak keterlaluan utk diri ini mengaku bahawa sememangnya diri ini amat dan terlalu menyayanginya!thanks God!



Apa yang berlaku di sekitar dan sekeliling pd hari ini adalah hari penamaan calon P.44 Permatang Pauh yg menemukan pertembungan DSAI dan Dato Arif Shah. Arsenal berjaya memenagi perlawanan pertama menentang West Bromwich 1-0, hasil jaringan Samir Nasri pd minit ke-4. Esok, Lee Chong Wei bakal menjadi jutawan Olimpik 2008, sama2 kita nantikan detik emas pertama negara kita.



Mengikut perancangan, Kelab Debat B.Melayu UIAM (KDBM) di Nilai akan menganjurkan pertandingan Debat Kemerdekaan bersama pasukan KDBM dari Petaling Jaya. Jika ianya berlangsung mengikut tentatif, pastinya diri ini akan menjadi bertambah sibuk. Hajat dihati ingin membuat comeback yang cemerlang sebagaimana yg dikecapi sewaktu di pertandingan debat OSHA dulu.



Diri ini juga risau memikirkan tentang markah peperiksaan yg lepas. Khuatir jika markah diluar "jangkaan". Sudah tentulah harapan ibubapa tidak mahu dikecewakan.Apa pun, terima dengan pengajaran markah itu dan lonjakkan lagi sampai mencapai taraf yg dikehendaki.


Ingat!!..sasaran selepas ini adalah P.P.E di Oxford!!..InsyaAllah!

Friday, August 15, 2008

Aku hari ini..

Hari ini tak banyak beza dgn hari2 yg lain, yg membezakan ialah sepanjang hari tiada kelas dan semestinya rutin diri ini hanyalah tidur. Kebelakangan ini,diri lebih gemar untuk tidur jika mempunyai kelapangan,berbanding dulu yg suka membaca. Bila malam, ada masalah untuk tidur. Boleh kata, hidup kini seolah2 seperti seekor burung hantu,siang tidur malam berjaga..hehe


Esok, EPL akan bermula,dan seperti musim2 sebelum ini,diri ini tetap setia dengan pasukan Arsenal bimbingan Arsene Wenger. Diri tetap percaya dengan barisan baru 2008/2009 kali ini dalam menggondol Piala Liga Inggeris dan Piala Eropah. Pastinya, Fastasy Premier league mula menjadi pilihan diri ini dan sahabat2 lain.


Disebalik semua ini, Malaysia terus dilanda pelbagai isu2 yg berat ciptaan politikus2 yg rakus.
Kenapa?..sebagai contoh, isu UiTM mahu dibuka kepada kaum bukan bumiputera.Tahniah!..satu kejutan dan hadiah berharga sempena kemerdekaan kita yg ke 51!..Walaupun ianya mungkin sekadar spekulasi namun, pokok takkan bergoyang kalau tiada angin..kan?. Petang tadi,diri ini disapa seorang sahabat yg bertanya apa pendapat jika memang UiTM dibuka. Pastilah diri ini menjawab TIDAK!



Pertama, melihat kepada situasi semasa yang menjuruskan UiTM adalah benteng terakhir bagi
orang Melayu dan Bumiputera. Sedarlah, UiTM harus dijaga,jgn jadikan episod Sains & Matematik kedalam bahasa Inggeris berulang, kuota MRSM
dibuka sebanyak 20 peratus dijarah akibat kesilapan pemimpin ultra-Melayu dahulu.
Hak kita,tetap menjadi hak kita.Mungkin ada suara2 sumbang akan bangkitkan tentang masalah kualiti selapas semua ini berlaku. Namun, permasalahan itu boleh diselesai jika sistem pengurusan diperkemas dan diperbaiki.Kita lihat UTAR, objektif penubuhannya adalah bagi melahirkan ramai graduan Cina Malaysia yg berkualiti.Jadi,apa yg harus kita khuatir sekarang,mereka sendiri pun ada matlamat masing2. Jadi jangan dipersoal hak kita.



Masa tak mengizinkan,harus mengundurkan diri sekarang,besok kita lihat apa yang mungkin terjadi.Salaam.

Sedar Dari Tidur Yang Panjang..

2 bulan..satu tempoh yang lama..dan dlm jangka masa ini,pelbagai peristiwa telah terjadi (samada secara sengaja @ tak sengaja) pada diri ini. Kebelakangan ini diri lebih meluagkan masa bersama yg tersayang, mgulangkaji pelajaran, membaca...dan tidur (ini yg iya sebenarnya) hehe...


Tempoh dua bln lalu yg brlangsung juga mencatakan beberapa tarikh penting dan bmakna.Terus, membuatkan diri ini lupa dan lagha dlm membuat update terbaru blog ini. Titipan tarikh untuk dikongsi bersama :




1) 25 Jun 2008 - Mewakili Debat OSHA bagi pasukan UIAM 2 di UiTM
Shah Alam,memperolehi tempat ketiga keseluruhan.

2)30 Jun 2008 - Mewakili Belia Malaysia ke Program Belia Malaysia - Singapura ke 13 dibawah anjuran Kementerian Belia & Sukan Malaysia.

3)19 Julai 2008 - Ermmm..hehe,tarikh bahagia!


4)28 Julai 2008 - Peperiksaaan bermula.




Selama tarikh itu pula, diri ini memenuhi waktu lapang dgn tidur,baca buku,merayau dan beberapa perkara wajib,sunat dan harus...dosa???entahlaa..Allah punya kuasa hehe..sehingga waktu blog ini ditulis,dunia di sekililing terus dihimpit pelbagai musibah,terutama angkara MANUSIA. Georgia telah diserang Rusia, Olimpik Beijing sedang berlangsung, Gaza terus bergelora, Obama menghitung hari ke White House, episod kedua-Anwar Ibrahim The Return of Sodomy dan bermacam-macam lagi.


Bagaimana di Nilai?..keadaan spt biasa,musim peperiksaan sedang berlangsung,maka ramailah yg memaksa diri untuk menelaah satu persatu nota dan latihan yg diberikan bagi memenuhi impian dihajati. Paling penting sebelum menoktahkan kata2 dlm ruangan kali ini, harus diingat kita berada dalam bulan kemerdekaan yg ke 51. Di penghujung bulan, Ramadhan menanti sekali lagi, rebutlah peluang amalan pahala di dalamnya. InsyaALLAH, moga kita memperoleh keberkatan sepanjang bulan itu.