Thursday, August 21, 2008

Hambar,Parlimen kali ini.

Diri ini baru pulang dari Parlimen pada jam 8.30 PM. Letih dan bosan pada kunjungan kali kedua ke institusi paling tinggi dalam negara kita itu. Tiba lewat jam 4 di Parlimen, dengan jumlah members of parliament yang hanya 10 % memenuhi dewan yg mulia, cukup untuk membuatkan diri rasa mengantuk, mencarut2 dalam hati dan sebagainya.



Pun begitu, dewan pada ketika itu sedang membahaskan rang undang2 Akta Pendidikan bagi peringkat dasar. Minggu hadapan baru akan diperbahaskan pula pada peringkat Jawatankuasa undang2 tersebut. Mungkin masih ada yang tidak mengerti akan susunan kronologi bagi setiap usul yg diperdebatkan dalam Parlimen ditanahair kita. Tak mengapa, sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam ruangan komen.




Dek kerana sampai lewat ke kampus, diri ini juga terlepas bas untuk ke kampus Petaling Jaya bagi sesi latihan debat disana. Tapi, fikir2 pun,sememangnya diri teramatlah letih untuk mghadirkan diri heheh..Ahad ini akan berlangsung majlis konvokesyen di UIAM Gombak. Sekalung tahniah diucapkan kepada Abg Daud Md Din merangakap pendebat No.1 Malaysia dan Coach Debat CFS UIAM.