Monday, August 25, 2008

Fasa terakhir,mari semak apa cacatnya PR!

Kurang dari 24 jam dari sekarang kita bakal digegarkan dengan keputusan di Permatang Pauh. ura-ura sebelum pilihanraya mengatakan bahawa BN hanya membazirkan wang rakyat dalam meletakkan calon di kawasan terbabit. Demikian, hari demi hari pada kiraan saya calon BN sebenarnya masih mempunyai banyak peluang bagi menumbangkan Jaguh retorik dari PKR yang hanya tahu bermain bahasa dan sentimen tapi kecewa, kosong di dalamnya.



Pada hemat saya, DSAI bukanlah seorang yang pintar seperti yg digembar-gemburkan. Disini saya ingin ambil contoh mudah dan logik, mari kita bandingkan beliau dengan Tun Dr. Mahathir. DSAI dilihat merupakan seorang tokoh yang amat digemari barat tak ubah seperti Musharraf, Hamid Karzai dan lain2 anak emas Amerika. Kenapa ini berlaku??..pastinya bagi memudahkan agenda Amerika di negara2 Islam. Dalam erti kata lain, DSAI tak lebih dari seorang "pak turut" mereka. Terus, pastinya beliau ini boleh dan senang dimanipulasi oleh barat dek kerana minda stereotaip beliau yang langsung tidak fleksibel. Lihat episod krisis spekulator wang 1997, ketika mana beliau mencadangkan dan menyokong keras cadangan sahabat baiknya di IMF untuk meminjam sejumlah wang bagi mengembalikan kesinambungan ekonomi ketika itu.



Demikian, perkara ini tak terjadi kepada Tun Dr. Mahathir yg dilihat amat mengecam keras barat tambahan lagi Amerika. Beliau amat dibenci disana, kerana MUDAH, beliau mempunyai otak yg bijak ,bernas dan pada masa yang sama fleksibel juga berani! Ada kita lihat DSAI bertindak sedemikian rupa?..Lagi dipeluk Condolezza Rice mungkin.!
Adakah ini yg kita mahukan untuk memenuhi kerusi PM?. Isteri melepaskan jawatan untuk beliau secara suka hati - konon demi suami tercinta. Apa ni...kalau nak berbicara tentang perjuangan yang ikhlas demi rakyat, politik bukan medan untuk menunjukkan pengorbanan demi cinta kepada KELUARGA dan KRONI.Saya hairan bila mereka seringkali, membabitkan isu kroni dan pembabitan keluarga dalam pentadbiran BN. Apa dalam Pakatan rakyat tak berlaku keadaan sedemikian rupakah? Izzah tu apa? Wan Azizah tu apa? Azmin Ali tu bukan kroni DSAI kah?..Lim Guan Eng tu bukan anak Lim Senior kah?


Pandangan saya, PR dilihat amat tidak senang dengan pembabitan kroni2 dan ahli keluarga dalam politik BN. Saya ambil satu contoh, kita lihat dalam sistem pemerintahan Islam ketika zaman Rasulullah dan khulafa ar- Rasyidin. Kita lihat selepas Muhammad SAW wafat, siapa yg menggantinya kalau bukan sahabat baik beliau sendiri iaitu Abu Bakar, kita lihat Saidina Ali, MENANTU dan SEPUPU Rasullah SAW..ada bantahan???. Pada saya, siapa layak, tidak kiralah siapapun haruslah dilantik!



Sebab itulah saya lihat ramai yang di antara kita jumud dalam menilai sesuatu. Suka terpengaruh dengan sentimen permainan dan indah bahasa mereka, asal menyakinkan, pangkah mereka. Cuba fikir dalam tempoh 100 tahun akan datang, adakah PR sekarang masih mampu kedaulatan yg ada sekarang sedangkan sebelum membentuk kerajaan pun sudah haru-biru dan memualkan keadaannya!


Keputusan di tangan anda!

8 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

i guess eventhough Anwar win this permatang pauh, i dun thnk it will be a high majority..

BARISAN NASIONAL ROCKS!!!!

Raafiq Zakaria said...

zaman khulafa',mang la bole bg kat "kroni",sbab "kroni" dorang tu pun memang layak utk pgang jawatan2 tu..tp skrg,kroni2 buat keja btol2 ke?kalo btol,alhmadulillah..

im not in any side..both sides tak btol..

4 by-election p.pauh,aku stuju ngan danial,it willnt b a high majority..

Farhan Ghadzali said...

konsep kroni tu yg penting nk ditekankan..tugas untuk menilai track record diorang bukan laa menjadi persoalan saudara raafiq..

Anonymous said...

haaa???

Raafiq Zakaria said...

bukan menjadi persoalan?it must b a persoalan bro..

track dorang la yg menentukan kemana hilang n bocornya duit2 rakyat.kalo seringgit due takpe,ni smpai berjuta2..

Farhan Ghadzali said...

tantang track record diorang kita serahkan laa kat orang yang lebih berkelayakan untuk menilai..sbb klo pkai media arus perdana semata2..mana kesahihan yang boleh dipercayai klo asyik menghentam sama sendiri??..mungkin saudara ada bukti yang jelas pasal benda tu sy tak tahu la pula..cuma nak tekan dalm ni konsep kroni tu tak salah.


harap mengerti..

Raafiq Zakaria said...

bro,aku tak persoalkan sistem kroni,tp bile kroni seleweng duit rakyat,itu yg tak btol..

tp apa yg ble nampak,sistem kroni ni trus mengkayakan kroni2..bile bercakap pasal kroni,kroni ni tertumpu kpd orang2 yg tertentu..so,the rest tak dpat apa2 bila projek2 mega hny diberi kpada kroni..

macamana dgn kontraktor2 kecil yg kebanyakannya melayu?projek apa sgt yg dorang dpat?kalo stakat buat jalan kampung je bai,camna nak maju?

skali lg aku nk tgaskan,sistem kroni ni,ok,s long s kroni2 ni wat keja btol2..

n rakyat ada hak untuk persoalkan dan menilai track record kroni2..sbab duit itu duit rakyat..

Anonymous said...

dari henjutan dan hentaman sesama sdiri itulaaa yang membuka dan melondehkan cacat cela pemimpin2 YG DIPILIH RAKYAT. sbb itulah, secara terus, rakyat berhak utk menilai prestasi dan kesah2 silam kroni2 yg berada di bwh ketiak godfather mereka. kroni2 yg berkaliber melakukan sesuatu tugas atau kerja tidak wajar dipersoalkan kredibiliti mereka...