Monday, August 25, 2008

don't mess with the Zohan


Harga minyak Malaysia turun sebanyak 15 sen. Alhamdulillah. Mungkin kita boleh melihat rasional di sebalik penurunan harga minyak pada beberapa hari yang lepas. Motif yang terselindung pastilah tentang pilihanraya kecil di P44 Permatang Pauh. Namun, tidak kira apa motif yang terselindung semestinya ia dapat mengurangkan bebanan seluruh rakyat Malaysia khususnya. Isu lain juga yg bermain adalah seperti Najib Razak bersumpah bahawa beliau langsung tidak pernah mengenali akan wanita Mongolia yang digembar-gemburkan oleh pihak media selama hari ini. Eh, tiba2 pula Dato Seri ni nak bersumpah??..hari lain tak ada ke??Dulu Saiful angkat sumpah sehari sebelum penamaan calon..?Jadi, terserahlah kepada anda untuk menilai semua perbuatan mereka.



Selama kebelakangan ini, diri sedikit sibuk untuk menggerakkan jari jemari bagi terus mengupdatekan ruangan terkini. Seperti biasa, assignment yang banyak perlu diselesaikan. Kali ini, sangat banyak dan lebih banyak dari biasa. Agak capek dibuatnya. Hari minggu, macam biasa, penulis keluar menghirup udara yang tercemar di metropolitan Kuala Lumpur bersama yang tersayang. Sangat menyeronokkan walau hujan hehe..




Hari berkenaan, kami menonton wayang di hall 3, TGV KLCC seat J3 & J4. Cukup teliti saya kira hehe. Ceritanya pula adalah lakonan mantap Adam Sandler. Satu panggung tak berhenti ketawa. Tapi, sejujurnya cerita itu amat tidak senonoh, dengan perlakuan tidak bermoral masyarakat barat + Yahudi + Arab. Jalan cerita itu mengisahkan tentang Zohan, seorang rakyat Israel yang bosan dengan hidupnya yang penuh dengan pembunuhan dan perang. Dia adalah seorang tentera Yahudi namun mempunyai hati yang baik. Meminati seorang wanita Palestin yang mana abang wanita tersebut adalah musuh ketat beliau. Apa yang penting adalah mesej keamanan disebalik cerita ini. Itulah sedikit sebanyak jalan cerita.


**thanks for treat me this great movie dear..next time i will try to get 20 over 20, so that u would treat me again. (^_^)

1 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

ni mcm diari jwang kau je.. hehe