Saturday, August 16, 2008

Hari ini hari Sabtu

Seperti biasa, diri ini bangun lewat memandangkan hari Sabtu, hari minggu. Bangun pagi, Nilai lengang dan sunyi. Kebiasaannya diri jarang berada di Nilai pd setiap hujung minggu.Namun dek kerana banyak tuntutan assignment yg perlu diselesaikan segera, maka terpaksa. Dan waktu petangnya pula, diri ini keluar bersama 'yg tersayang' ke Seremban. Sememangnya indah setiap kali waktu bersama hehe. Mungkin tak keterlaluan utk diri ini mengaku bahawa sememangnya diri ini amat dan terlalu menyayanginya!thanks God!



Apa yang berlaku di sekitar dan sekeliling pd hari ini adalah hari penamaan calon P.44 Permatang Pauh yg menemukan pertembungan DSAI dan Dato Arif Shah. Arsenal berjaya memenagi perlawanan pertama menentang West Bromwich 1-0, hasil jaringan Samir Nasri pd minit ke-4. Esok, Lee Chong Wei bakal menjadi jutawan Olimpik 2008, sama2 kita nantikan detik emas pertama negara kita.



Mengikut perancangan, Kelab Debat B.Melayu UIAM (KDBM) di Nilai akan menganjurkan pertandingan Debat Kemerdekaan bersama pasukan KDBM dari Petaling Jaya. Jika ianya berlangsung mengikut tentatif, pastinya diri ini akan menjadi bertambah sibuk. Hajat dihati ingin membuat comeback yang cemerlang sebagaimana yg dikecapi sewaktu di pertandingan debat OSHA dulu.



Diri ini juga risau memikirkan tentang markah peperiksaan yg lepas. Khuatir jika markah diluar "jangkaan". Sudah tentulah harapan ibubapa tidak mahu dikecewakan.Apa pun, terima dengan pengajaran markah itu dan lonjakkan lagi sampai mencapai taraf yg dikehendaki.


Ingat!!..sasaran selepas ini adalah P.P.E di Oxford!!..InsyaAllah!

0 comments: