Friday, January 9, 2009

Mahathir.Obama.Aku


*Penulis dan buku Obama-Gambar sekadar hiasan



"Bantahan.Memorandum.Bakar Bendera.Boikot
!"



Inilah antara fenemona yang selalu kita lihat apabila negara-negara Islam diserang atas alasan yang tidak relevan. Dr. Mahathir dalam kenyataan barunya menyarankan pekerja-pekerja Starbucks dan Mc Donalds untuk berhenti dari kerja mereka. Hairan juga Tun, sewaktu Tun dalam kerajaan dahulu, tak terfikir pula langkah ini?
Dah bergelar “Tun” barulah nak cadangkan idea ini. Dari tahun 1981 hingga 2003 menjadi PM, tak pernah terfikir atau saja tak berani nak cadangkan? Takut ekonomi negara bawah beliau jadi tak tentu hala..?



Saya
terfikir apa kesannya pada ekonomi negara jikalau hal ini terjadi. Cukai yang disumbangkan kepada pandapatan negara oleh kedua-dua syarikat fast food ini adalah besar walau tak sebesar cukai-cukai dari sumber yang lain. Tetapi, pecahan kek cukai yang disalurkan oleh dua syarikat ini boleh dikategorikan besar Ini belum kita boikot Nestle, Marks & Spencer dan byk lagi. Harus diingat, US adalah rakan dagangan terbesar dengan negara kita iaitu sebanyak 45 % . (Nasib baik FTA yang dulu tak ditandatangani). Maka kesannya, ekonomi negara bakal terjejas jika melakukan boikot yang tidak punya sebarang langkah yang selamat.



Jangan di lupa, nasib pekerja pula bagaimana? Dalam keadaan krisis subprima – ekonomi global dan masalah-masalah lain yang dihadapi sekarang, mampukah mereka mencari satu pekerjaan ketika ini. Masalah pengangguran pun masih belum dapat kita selasaikan ditambah pula lambakan graduan-graduan “intelektual” kita. Jika hal ini berlaku, maka bertambah buruklah situasi ekonomi negara kita. Saya agak kurang bersetuju dengan beliau dalam hal ini atas alasan saya diatas. Mungkin apabila beliau sudah menggariskan beberapa langkah yang realistik untuk berbuat demikian, dikala itu,saya akan mengganguk setuju – bukan sekadar hanya berkata umat Islam tidak akan mati jika tak makan produk-produk di atas.



Semalam, Presiden Perhimpunan Agung Khas PBB, Miguel D'Escoto dari Nicaragua telah meluluskan permohonan dari Malaysia dan Brazil untuk mengadakan perhimpunan agung khas di bawah Resolusi 377 mengenai Palestin.
Surat untuk mengadakan perhimpunan agung khas itu telah diedarkan kepada semua wakil tetap negara-negara anggota PBB yang akan diadakan pada 5.30 petang waktu New York hari ini (waktu Malaysia 5.30 pagi esok). Tentang ini, kita lihat sejauh mana boleh pergi. Kerana sebelum ini, berlambak-lambak resolusi saya kira sudah diluluskan, kesannya? Hampa!


Obama pula…kecewa...terus diam membisu. Sedangkan jika beliau mampu untuk berkata- kata disaat ini mungkin keadaan akan menjadi reda- paling tidak pun- sedikit.
Tapi apa boleh buat, Yahudi adalah watak-watak utama disebalik tabir Congress US.


Itulah masalah utama saya kira.


Mari Berdoa kepadaNya!

5 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

che det bg pandangan peribadi sahaja. =)hehe

ekramhakim~ said...

Mungkin saudara terlepas pandang dalam sidang media Obama tentang isu ini.

Bakal Presiden AS, Barrack Obama menegaskan diamnya selama ini bukan membenarkan tindakan melampau rejim zionis berkenaan sebaliknya beliau tidak mahu mencampuri urusan Amerika sehingga beliau secara rasminya menjadi presiden Amerika Syarikat.Beliau menegaskan dia percaya kepada “hanya satu pemimpin pada satu- satu masa”.<--petikan dari http://ekramhakim.blogspot.com/

Farhan Ghadzali said...

pandangan peribadi pun biarlah dtg sekali dgn pakej yang lengkap...jangan tergantung

Farhan Ghadzali said...

oooo..mungkin juga...tapi saya hairan, kerana dalam isu menangani krisis subprima, obama sudah menyediakan satu "team" utk menanganinya..anda juga mungkin terlepas pandang apabila beliau pernah memberi komen tentang letupan di Mumbai tahun lepas..cuma dalam isu ini...tak sangka ini yg pula yg dilafazkan..apapun, apa yg diucapkan ada relevannya, cuma tidak konsisten

ekramhakim~ said...

hm..mungkin.kita tengok je la 20 januari nanti..perubahan macam mana yg dibawa oleh beliau..hati orang mana tahu..teruskan menulis saudara!