Saturday, February 28, 2009

Slumdog Millionaire


Lama menyepi, maaf kerana terikat dengan hal semasa. Saya baru selesai menonton cerita yang berjaya meraih 8 hadiah Oscar baru-baru ini. Kesimpulannya, cerita ini memang mantap. Jalan cerita yang cukup tersusun, ditambah dengan nilai-nilai budaya yang cukup tinggi dan yang penting, cerita ini sememangnya "melawan arus".

Selalunya, cerita yang melawan arus atau bahasa mudahnya
melawan garis hidup sebagai seorang manusia biasa selalu berjaya meraih Oscar. Sebagai contoh, cerita "Brokeback Mountain" - cerita yang melawan arus - iaitu menayangkan aksi dan jalan cerita cinta pasangan GAY (ERRK!)

Cerita Slumdog Milionaire ini pula menceritakan bagaimana kehidupan seorang budak bersama abangnya (Jamal dan Salim). Hidup mereka miskin dan susah gila. Perjalanan hidupnya yang mahu mengejar seorang wanita yang amat dicintainya mewarnai keseluruhan cerita ini. Yang penting, wanita tersebut sangat-sangat menghargai usaha si lelaki tadi dan sanggup juga untuk membuat apa saja dan berjaya melawan rasa putus asa walaupun banyak gangguan dan COBAAN yang menghalang mereka.

Demi mengejar seorang wanita pula, si lelaki ini pula sanggup melakukan apa saja untuk membuatkan si wanita itu kembali kepadanya.

Hmmm..

moral of the story : Whenever Jamal put all of his effort to have a true love, then it comes Latika who give the same thing to appreciate what Jamal have done to her without ego and shy. That is IMPORTANT way for a loving couple should do to show both playing their roles.


Nilailah sendiri!

Sunday, February 22, 2009

If Tomorrow Never Comes


Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way
To show her every day
That she's my only one
If my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance
To tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way
To show her every day
That she's my only one
If my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes



Monday, February 16, 2009

Cita-cita Jangka Pendek


Final exam saya bermula pada 22 Feb - 4 March

Ini adalah semester terakhir di kampus Nilai ini sebelum beransur ke Kampus Utama di Gombak.

Cita-cita saya untuk masa terdekat ini adalah lulus dengan jayanya dan memperolehi CGPA bagi membolehkan saya mendapatkan BIASISWA di sana nanti. Sebab, sebolehnya saya tidak mahu berhutang seumur hidup dengan PTPTN.

BANK NEGARA

PETRONAS

JPA

MARA

MRNB

PNB


etc..

Ini adalah antara syarikat dan badan kerajaan yang menawarkan BIASISWA disana.

Syarat kelayakan adalah 3.3 dalam CGPA dan kalau mahu selamat 3.5, lebih selamat dan tidak perlu fikir apa-apa, dapatlah 4.0 FLAT!

Hai..Susah hidup di atas dunia ini. Manusia semakin pandai dan kita perlu untuk bersaing untuk itu.

Doakan saya berjaya dalam "laluan hidup" yang dipilih ini

Sunday, February 15, 2009

Pondan

Pondan adalah lelaki yang lembut, lebih cenderung untuk ke arah keperempuanan dari aspek percakapan, penampilan dan personaliti

Itulah definisi "PONDAN" bagi saya.

Saya dapat videoclip ini dari izzat-mujahadah.blogspot.com (senior debater UIAM)

Saya sebenarnya agak terperanjat melihat gelagat dan aksi "tenang serta bersahaja" Dr. Khairul Idzwan a.k.a vokalis kumpulan nasyid "SAUJANA" dalam sesi OIAM yang lalu.

Saujana dikenali dengan lagu hits mereka seperti "Sepohon Kayu dan Keluarga Bahagia"

Saya suka lirik lagu "Sepohon Kayu".

Namun malang, vokalisnya tidak lagi seperti sepohon kayu yang kental, sebaliknya berubah menjadi seperti daun yang meliuk bila ditiup angin.

Terperanjat?

Biasalah, inilah dunia!

Dunia tidak mengenal siapa mereka, penyanyi nasyid, peguam, doktor semuanya tidak dapat lari dari perkara sebegini sekiranya mereka mudah tunduk dengan desakan dunia itu sendiri. Gunalah akal dan agama dalam menyelesaikan kemelut ini bagi insan - insan diluar sana.





Dr. Khairul Idzwan - Bekas vokalis nasyid Saujana

(p/s : kepada ULFA, jangan gelak macam kita selalu buat kalau nampak "pondan" he he he)

Saturday, February 14, 2009

"USIA" & Sejarah

Semalam, saya terfikir sejenak tatkala melihat gambar saya ini ketika berusia 17 tahun (2006)


Gambar dibawah ini diambil di Cameroon Highlands, lepas SPM dan ketika itu juga, saya bekerja di 7-Eleven (sementara menunggu keputusan SPM)





Dulu, saya pakai jam, cincin, bracelet dan fesyen rambut serta kaca mata yang lain. Inilah saya ketika itu.


Keputusan UPU keluar..

saya dapat untuk menghadiri temuduga Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), namun selepas befikir panjang, saya tidak mahu meneruskan hidup sebagai seorang "Askar Melayu" lagi kerana cukuplah saya kira pengalaman ketenteraan selama 4 tahun yang ada ketika di Maktab Tentera Diraja @ Royal Military College suatu ketika dahulu.


Bulan 8, dapat tawaran UiTM kampus Segamat, tapi untuk kursus Diploma dan saya tolak (jual mahal). Saya masuk ke salah sebuah institusi pendidikan swasta di ibu negara sementara menunggu tawaran ke IPTA bagi sesi pengambilan ketiga


Kemudian


Dapat tawaran ke UIAM..


Masa memang terlalu cepat untuk dinikmati.


Dan masa jugalah yang telah mengisi diri ini dengan pelbagai episod drama dalam hidup.


Kini..

Saya sudah hampir 20 tahun (2009)


Tiada lagi cincin, bracelet, jam, di tangan. Sekarang di tangan ada buku, dan telefon bimbit. Contact lens menggantikan kacamata. Rambut hanya biasa.

Kini, pelajar UIAM.


Ketika ini, saya selalu teringatkan satu "poem" yang pernah saya pelajari ketika di bangku sekolah dahulu - The Road Not Taken oleh Robert Frost



Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.



Sejarah hidup saya pasti lain jika saya memilih "jalan" yang lain dahulu.
Apapun, kita sekadar merancang, Maha Kuasa yang menjadi penentu.

Thursday, February 12, 2009

Bank kita mantap!



Siapa orang tua diatas?

Beliau adalah Prof. Joseph E. Stiglitz
(Pemenang hadiah Nobel, Ekonomi) merangkap pakar ekonomi di United Nation(UN)

Menurut kata Prof diatas, Bank Negara Malaysia adalah antara yg Terbaik Dunia selain Bank Negara di India.

Tambahan beliau lagi,bank pusat Malaysia mempunyai kefahaman yang baik dalam sektor perbankan berbanding negara maju spt US dan Eropah

tahniah!

siapa kata orang "ULU" tak pandai? sekarang giliran mereka belajar dengan Orang Melayu (Zeti Akhtar Aziz dan konco-konconya)


p/s : bangga dengan Bank di Malaysia!



Tuesday, February 10, 2009

Tag dari Borneo!

Jom kita tinggalkan tentang isu Politik, tag ini dipertanggungjawabkan kepada saya. Oleh itu, amanah mesti ditunaikan he he he (sangat skema)
tapi tag ni bahasanya tak skema..sebab ada antara pembaca blog ini tahap penggunaan dan kefahamannya dalam BM sangat memalukan...
jadi..saya pakai bahasa rojak je laah..heheh



1) When do you want to get married?

Bila dah berjaya further studies kat oversea, ada kerjaya yg bagus dan selepas umur 28thn

2) What do you want the most now?

Good result in education, murah rezeki, bahagia dalam "perhubungan"


3) Who is the person you trust the most?

ULFA ..100%


4) Do you think you have enough confidence?

Yup, in all circumstances..yang adO!


5) If you can have a dream come true, what would it be?

ada istana sendiri tepi tasik kat France huhu


6) Do you believe in seeing a rainbow after the rain?

Hmm..soalan ni nk kata hujan tu bawak bala ke??heheh


7) What are you afraid to lose right now?

All stuff and all person who belongs to me!

8) Do you believe in eternal love?
-
Definately!

9) If you meet someone you love,will you confess to him/her?

Dah jumpa daaa..my confess only just for her


10) list out 3 good points of the person who tagged you

1 - makin gemuk
2 - tak nak beli etiqa takaful yg aku jual(ciss)
3 - kuat shopping

12) What type of person you hate the most?

Perasan hebat, menipu, bajet chantek, buat2 pandai tapi sbnrnye...masyaAllah


13)Do you cherish every friendship of yours?

Tengok masa jugk laa

14) what do you think is the most important thing in your life?

hmm..amalan kita...baik dibalas baik..xbalas kat dunia,akhirat menanti..insyaAllah..and our education


15) Do you find the needs to have a boyfriend?

Aku lelaki..kena ada girlfriend!


16) At this point in time, would you rather be a heartbreaker or heartbroken?

Dua-dua tak nak!


17) What kind of friend do you want to be in your friend's eye?

Boleh membantu dan menyenangkan mereka


18) Describe the person who tagged you in 6 words...

best of luck in ur life


19) the place you wanted to go most with your loved ones?

London
..i'll try my best to bring her!huhu




Mereka ini meloyakan





Siapa mereka ini?

Secara peribadi, ada 3 golongan yang saya maksudkan..


1. Pemimpin-pemimpin PR (Pakatan Rapuh) antaranya Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Senior & Junior, Dato Seri Haji Awang

Kenapa?

Skrip politik mereka memeningkan dan tidak "gentleman" dan nyanyian "Lompat si Katak Lompat" yang sumbang.

(*tidak seperti Nik Aziz yang dilihat lebih gentleman dan berpijak di bumi yang nyata dalam isu ini.)




2. Pendemonstrasi-pendemonstrasi jalanan yang masih berkelakuan "bodoh sombong".
Kenapa?

Dah tahu pemimpin mereka terang-terangan berkelakuan seperti budak kecil dan lidah bercabang masih sanggup berguling di tengah jalan raya untuk memprotes SULTAN. Lagi satu, demonstrasi bukanlah satu medium shj, banyak medium lain kalau nak protes.



3.Makhluk-makhluk Allah yang berada dalam 'shoutbox' tak tahu jaga adab dan sabar.

Kenapa?

Sama macam budak-budak, tahu buat bising tapi tak pakai otak (yang mana tak berkaitan jangan jadi hati kapas @ terasa ok).

Rata-rata makhluk yang menyalak dalam shoutbox saya ini lelaki,maka saya kira dan kita sedia maklum lelaki ada "3 kepala".

Kepala yang digunakan untuk tidak bertindak seperti yang saya nyatakan diatas adalah "KEPALA OTAK". Bukannya 2 kepala lain yang saya tidak mahu nyatakan di sini. Kalau pakai 2 kepala tersebut memang padan la kamu semua macam itu.



Mereka ini adalah golongan yang "bermuka-muka" dalam ruangan shoutbox. Satu cabaran saya, jangan tahu menyalak di situ semata-mata




"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERRUMAH DI TEPI PANTAI, JANGAN HANYA PANDAI MENYALAK, DIAJAK BERHUJAH DIA TAK PANDAI"





Saturday, February 7, 2009

Motif?


*Pertanyaan ringkas berkenaan gambar diatas



Errr Pak Cik?... apa motif sampai berbaring tengah jalan dan pegang bendera Palestin?



Cuba Pak Cik tengok sekeliling Pak Cik ada tak orang Cina (DAP) yang baring tengah jalan juga?



Saya hairanlah Pak Cik, kenapa masa ini kita orang Melayu Islam shj yang sibuk, mana pemilik 17 kerusi ADUN DAP dan penyokong2 nya? Pak Cik tak heran ke?


Yang dalam kereta tu siapa Pak Cik? Sultan Pak Cik kan? Orang Melayu kan? yang PENTING...ISLAM kan dia tu?


Atau Pak Cik bukan "orang Perak"?
ada "orang" lain suruh datang?


Duuuuhhhh...

Friday, February 6, 2009

Dr. M juga kata lucu..maka?


Kita sedia maklum Dr.M adalah pengkritik kuat kerajaan sekarang, tetapi beliau juga menunjukkan reaksi yang sama dalam skrip "indah" PR

Petikan ini diambil dari website Tun Dr. Mahathir berkenaan lompat - melompat si katak



"10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!"




*He he he..teruslah membuat lawak wahai insan-insan yang berada di dalam ruangan shoutbox.


"Ayah kencing berdiri, Anak kencing berlari"



Sama-sama pandai buat lawak!


Thursday, February 5, 2009

Meludah ke Langit, jatuh ke muka sendiri


Pertamanya, tajuk diatas adalah simbolik kepada semua gerombolan dalam PR (Pakatan Rakyat)


Keadaan di Perak sangat lucu saya kira kerana memang jelas dan terang menampakkan pemimpin-pemimpin dalam PR mula menjilat ludah sendiri.



Dulu merekalah yang terdesak dengan "kaedah" melompat parti sehingga sanggup menghalalkan pelbagai usaha untuk mengumpan MP BN (ada yang sampai ke Taiwan)-

sekarang apa sudah jadi?

(menjilat ludah sendiri)


Yang lagi kelakar, dulu merekalah yang tolak Akta Melompat Parti, tiba- tiba menyokong kuat cadangan tersebut

maka?

(menjilat ludah sendiri)



Dulu mereka berkata, tambah-tambah DSAI, mengatakan"kita tumbangkan kerajaan sekarang bila ahli Parlimen mereka lompat kepada kita!". Bila keadaan jadi macam ini, mula kalut nak bubar ADUN. Hari itu masa "berdegar-degar" mencanangkan benda ini tak fikir pula kesannya?

sekarang?

(Menjilat ludah sendiri)




Mana 16 September? sebaliknya 4 Februari menjadi saksi

maknanya?


(Menjilat ludah sendiri)




Bila Adun Bota melompat ke mereka (PR), huih! macam-macam mereka kata pada BN,kalau
nak senarai dekat sini mungkin tak muat page. Namun bila situasi jadi begini...

Sekali lagi?


(menjilat ludah sendiri)


Bila BN nak usulkan undi tak percaya pada Kerajaan negeri,mereka guna pakai alasan Pak Lah juga suatu tika dahulu

kiranya?
(menjilat ludah sendiri)


Cukuplah 6 contoh diatas, saya tak mahulah jadi seperti "mereka" - suka mengadu domba dan mempropaganda perkara yang tiada dan kadang-kadang bersifat picisan. Namun, contoh diatas bukanlah fantasi, ianya realiti. Apapun ianya percubaan baik PR dalam memainkan politik mereka walaupun bertahan cuma 10 bulan. Sangat mengasyikkan. Saya bagi A+ untuk skrip yang baik kepada Pakatan Rakyat! (^_^)



dan sekarang.......................


Jilatlah ludah kalian semula..Selamat saya ucapkan!

Monday, February 2, 2009

Gambar


Bersama Pasukan UIAM (D)



Selesai sidang ke - 6



Kontinjen UIAM




Publisiti depan Kamera




.....yang penting, match ni menang!

Sunday, February 1, 2009

Keputusan

Perlawanan 1


Kerajaan : UIAM (B)

Pembangkang : UPSI (B)


USUL : Politik Kaum Masih Mendapat Pilihan Utama


*Pemenang : UPSI (B)


Perlawanan 2


Kerajaan : UPM (C)

Pembangkang : UIAM (B)


USUL : Masalah Rumah Tangga : Orang Ketiga membawa Bahagia


*Pemenang : UIAM (B)


Perlawanan 3


Kerajaan : UIAM (A)

Pembangkang : UIAM (B)


USUL : Krisis Ekonomi Akan Menular


*Pemenang UIAM (B)


Perlawanan 4


Kerajaan : UIAM (B)

Pembangkang : UIAM (C)


Malaysia Perlukan Obama

*Pemenang UIAM (C)


Perlawanan 5


Kerajaan : UPM (B)

Pembangkang : UIAM (B)


USUL : Demonstrasi Lambang Demokrasi

*Pemenang UPM (B)


Perlawanan 6


Kerajaan : MMU (B)

Pembangkang UIAM (B)


USUL : Pengajaran Sains dan Matematik Lebih Baik Dalam Bahasa Malaysia


*Pemenang UIAM (B)



*Berdasarkan keputusan diatas, pasukan UIAM B menang 3 dan kalah 3. Saya mendapat 4 kali calon Pendebat Terbaik dan sekali pendebat terbaik. Pasukan saya gagal memasuki saingan suku akhir. Apa pun, banyak perkara baru dapat dipelajari dalam pertandingan kali ini yang mempertanggungjawabkan saya membimbing adik-adik yang baru mula bertatih dalam dunia debat Universiti. Perlu di ingat, kemenangan bukanlah mutlak diukur dengan piala dan gelaran saja. Ianya lebih dari itu.