Wednesday, December 31, 2008

So long 2008


2008 pergi - 2009 datang

Manusia sebenarnya tak banyak akan berubah, bagi yang ada masalah, mereka bawa masalah masuk tahun baru, kalau ada hutang pula, mungkin mereka tunggak sampai tahun baru, mereka yang berperangai buruk dan bodoh pun adakalanya begitu. Tak mahu berubah walau orang sekeliling dah banyak kali memberi "kiasan" yang tepat mengenai diri mereka yang tak tahu malu.


Namun, apa yang kita boleh lakukan setiap kali masuk tahun baru adalah dengan "BERAZAM"

 Azam atau perkataan lainnya adalah "NEKAD" . Hebat bunyinya, kan?


Pada saya, ini adalah perkara yang buang masa.

Dari sepanjang pengamatan saya sejak dahulu, orang tetap akan "BERAZAM" dan "NEKAD" tatkala kalendar Gregory meningkat bilangan nombornya. Tapi sedar atau tidak, pada penghujung tahun, kalau kita tanya apa azam tahun lepas, adakah mereka ingat? atau sejauh mana azam itu dilaksanakan dan sejauh mana telah digapai?

Kalau buat statistik, saya yakin 9 dari 10 akan memberi jawapan yang negatif.

Namun, tak mengapalah, nak "BERAZAM" ini hak masing-masing, nak beritahu dekat semua orang dalam dunia ini pun  juga hak masing2. Tapi ingatlah, kalau ada antara mereka yang anda beritahu tentang azam anda, kemudian tanya soalan yang sama seperti diatas, 


HEH!..MALU GILA

Maklumlah, azam bukan main gah, tapi isinya dikemudian hari kosong. Jadi saya sarankan, kalau nak berazam, biarlah empunya diri saja yang tahu. Tak usah lah nak meraih publisiti seolah-olah kamu punya azam yang paling gah antara semua.



SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PEMBACA  DAN RAKAN - RAKAN BLOGGERS YANG LAIN 


MAAF MANA YANG TERKASAR BAHASA DAN TAK ENAK DIDENGAR SEPANJANG PENULISAN SAYA PADA  TAHUN 2008. 


TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN 2009 kali.




farhan ghadzali @  -idea seorang pemuda-

Monday, December 29, 2008

2 pertanyaan POLITIK sebelum 2009 menjelang

DUA pertanyaan kepada PAS:


1) UMNO dituduh tidak mahukan Islam kerana tidak mahu melaksanakan hudud. PKR juga sama dengan UMNO dalam hal ini. Bagaimana? Kalau PKR sama dengan UMNO dalam sikapnya terhadap hudud, maka apa isunya sekarang?



2) Apakah benar dan yakin bahawa DAP akan menyokong pembentukan Negara Islam pada masa akan datang? Jika tidak, maka apa tujuan sebenar pakatan ini? Adakah hanya semata-mata ingin menjatuhkan UMNO atau ingin sangat melihat DSAI jadi PM? Apa seterusnya langkah Pakatan Rakyat ini ? PAS dilihat sanggup meng"umno" kan diri sekarang semata-mata mahu melihat UMNO jatuh! Sebab itu ia tidak peduli akan matlamatnya, yang penting musuh tradisi harus dikalahkan.




Islam Hadhari ditolak PAS kerana mengatakan ianya dicetuskan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam , hudud ditangguh kerana ditolak DAP dan PKR dan Pas perlu dokongan DAP dan PKR untuk apa? hanya untuk menjatuhkan UMNO yang tidak mahu hudud! Bila UMNO yang tidak mahu hudud itu jatuh, Pas akan tanya lagi DAP dan Pakatan Rakyat mahu tak hudud? DAP dan PKR kata tidak mahu kerana rakyat pilih Pakatan Rakyat kerana tidak sebut hudud dan nanti akan hilang pula sokongan dan UMNO yang tidak mahu hudud itu naik balik! Pas akan tentang semula UMNO kerana UMNO tidak mahu hudud! ( cuba fikirkan, apa sebenarnya yang tidak kena?)




Di dalam Islam ada hudud untuk membimbing umat. Hudud bukan satu-satunya bahagian dari Islam. Di dalam Islam ada beberapa bahagian yang membentuk Islam yang lengkap. Maka banyak bahagian lain yang belum kita ketahui....



Oh ya, sebelum saya terlupa
, sebelum memerintah, apa yang UMNO buat bersama2 BN semua haram, bila PAS -Amanah Bersama- Pakatan Rakyat semua jadi halal?
Dah alang-alang nak masuk tahun baru, biar saya cerita apa yang saya fikir dalam benak fikiran saya selama ini.




Kadang-kadang saya tak faham dengan 'perangai' buruk penyokong-penyokong PAS ini termasuklah Bloggers PAS.


1) Mereka pakai lawa...putih berseri.


2)Bila ceramah...takbir bertali arus


3) Nak laksanakan Hudud...sungguh bersemangat.


4) Tetapi yang amat MENGHAIRANKAN...


bila mereka menulis, kritik atau 'blogging'...maki hamun orang...mengata orang...mengumpat orang...mencarut..menyumpah tidak mengambarkan mereka ini ahli-ahli atau penyokong PAS

Sungguh rumit!

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram1430

DOA AWAL TAHUN





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Saturday, December 27, 2008

Khairy Jamaluddin III



Saya kembali menulis, rasanya ini adalah post yang ketiga saya berkenaan Khairy Jamaluddin. Nak tahu kenapa saya suka menulis tentang beliau? Sila rujuk post yang di taip bulan Oktober yang lalu


Sedar atau tidak, ketika semua orang bercakap soal politik wang dalam Umno, pelbagai kelemahan dalam parti pemerintah ini, tiba-tiba muncul seorang anak muda, bernama Khairy Jamaluddin di Wacana Perdana, dekat Balai Islam Kota Bharu, Kelantan bercakap soal gabungan Pakatan Rakyat antara Pas, DAP dan PKR retak menanti belah.


Anak muda ini, yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, seperti mahu disisihkan dari hirarki kepimpinan Umno. Bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kerana kecemburuan yang menyaluti minda orang-orang Umno, termasuk pembangkang.


Bila orang-orang Umno menyerang anak muda bernama Khairy Jamaluddin ini, pembangkang pun akan menyerang sama. Biasalah, tentuya tiada siapa yang mahu mempertahankan Khairy Jamaluddin kerana mempertahankannya ibarat satu dosa besar pula.


Yang peliknya, ketika menyerangnya, memfitnahnya dan mengutuknya, tidak dianggap sebagai dosa sebaliknya jika mempertahankannya, ia diibaratkan sebagai dosa pula. Hari ini, ketika menjadi penalis dalam Wacana Perdana, lontaran hujah Khairy Jamaluddin memerangkap Pas, DAP dan Parti Keadilan. Ketiga-tiga parti ini sedang bertelagah ekoran lontaran hujah Khairy Jamaluddin.



Siapa orang lain yang beria-ia sangat hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno mampu melakukan seperti apa yang dilakukan Khairy Jamaluddin? Kenapa sekarang kebolehan anak muda yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ini tidak mahu diperkatakan? Mana suara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selama ini menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai sasaran pelurunya?


Inilah masalah kita, orang-orang Melayu. Kita lebih suka membicarakan hal buruk orang tetapi baiknya kita senyapkan sahaja. Tiada siapa, termasuk para pemimpin yang kanan dalam Umno mampu menampilkan diri, berhujah secara berani di celah-celah ribuan penyokong Pas, dengan tempik dan sorak mengejek, boleh bercakap dengan lancar dan tenang, walaupun sesekali kelihatan emosional.


Beranikah Pas menjemput Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi penalis seperti Wacana Perdana ini? Walaupun Pas menyediakan penalisnya Datuk Husam Musa dan seorang lagi, Prof Madya Abd Aziz Bari yang lebih mirip kepada pembangkang, tetapi Khairy Jamaluddin bukan calang-calang pemidato. Khabarnya, moderator, Prof Madya Mohamad Agus Yusof, seorang anak Kelantan juga berusaha memerangkap Khairy Jamaluddin dengan soalan-soalannya namun, dia pun silap kerana dia ingat di menjadi moderator budak-budak sekolah menengah berbahas.


Sebagai seorang peminat dan pengikut politik di Malaysia, saya ingin mengatakan saya cukup berminat melihat kepetahan Khairy Jamaluddin berhujah. Malahan, saya mengkaguminya walaupun selama ini saya tidak pernah mendengar cerita baik mengenai Khairy Jamaluddin dari mulut orang-orang politik dan mulut orang-orang Umno yang saya temui.


Selama ini, saya juga hampir-hampir terpengaruh dengan cerita kawan-kawan, kononnya Khairy Jamaluddin akan menjadi beban kepada Umno. Khairy Jamaluddin tidak akan mampu menjadi pemimpin besar Umno. Khairy Jamaluddin bukan pelapis dalam Umno. Khairy Jamaluddin buruk, seburuk-buruknya.


Hari ini, saya dengan penuh gagah, mahu berdepan dengan kawan-kawan, kenalan dan orang-orang yang selama ini mengatakan kepada saya Khairy Jamaluddin tidak baik, tidak berguna dan tidak layak dijadikan pemimpin. Saya mahu berhujah dengan mereka, walaupun mungkin hujah saya tidak sehebat hujah Khairy Jamaluddin 'memukul' Pas, Husam, Aziz Bari dan Agus tetapi sekurang-kurangnya, saya tahu Khairy Jamaluddin adalah potensi kepimpinan Umno.


Baru sekali Khairy Jamaluddin 'menyerang' - huru-hara Pas, PKR dan DAP dibuatnya. Sibuk Presiden Pas mengatakan, "saya akan merujuk dulu kepada Datuk Husam Musa mengenai apa yang diperkatakannya berkaitan Hudud."


Ketua Menteri Pulau Pinang sudah menyatakan pendiriannya, DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud manakala Tian Chua dari PKR pula mengatakan perlaksaan Hudud merupakan sesuatu yang menyalahi persefahama dalam Pakatan Rakyat.


Khairy Jamaluddin juga menyerang Pas mengenai krisis dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Husam mengakuinya dan sekaligus mendedahkan bahawa ketiga-tiga parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat ini memang tidak sefahaman. Ketika mereka menyerang Barisan Nasional, sebenarnya mereka mahu menutup apa yang badai yang melanda gabuangan mereka.


Saya mengharapkan Umno membenarkan Khairy Jamaluddin terus mewakili Umno untuk menjadi penalis di mana-mana sahaja Wacana, Debat ataupun atas apa nama sekali pun kerana melalui Khairy Jamaluddin, Umno akan dapat menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa perjuangan Umno jauh lebih tulin dari perjuangan DAP, PKR dan Pas yang hanya menggunakan satu-satu isu, untuk tujan sementara.


Jika Pas berkempen di kawasan orang-orang Melayu, mereka akan mengambarkan mereka jauh lebih Islam dari orang-orang Umno. Tetapi apabila mereka berkempen di kawasan orang-orang Cina, mereka akan mengambarkan bahawa mereka jauh lebih rasional dalam soal-soal perkauman dari orang-orang Umno.


Begitu juga seterusnya, jika mereka berada satu pentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba pemimpin-pemimpin Pas ini akan menjadi kecut, sekecut-kecutnya kerana mereka takutkan orang-orang Anwar dalam Pas, jika mereka tersilap perhitungan bercakap soal-soal Islam, perpaduan dan perkauman.

Thursday, December 25, 2008

2008 - My Personal Highlights

Royal Debate 2008



Malaysian Singapore Youth Ambassador



Meet up with Khairy Jamaluddin



Occupational Safety & Health Awareness Debate (OSHA)



Trip to Genting Highland with fellow friends



1 Syawal (Aidilfitri)



First Love -ForEver





2008 - World Highlights



The Dalai Lama - protest against China government


Somalia pirates


Earthquake in Sichuan, China



Russia-Georgia Conflict



Thailand under riots



Subprime Crisis



New President of USA (Barack Hussein Obama)



Beijing Olympics Games



Mumbai Attacks - Hotel Taj Mahal




Wednesday, December 24, 2008

sO?

problems just like diapers

some times it makes me sick

yes I do

so?

****!




Santa Claus, kenapa mesti gemuk?


Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, saya suka melihat gelagat manusia gemuk memakai sut berwarna merah, lengkap dengan topi, misai dan janggut di sekitar shopping mall ketika mana hari kian menghampiri Krismas.

Kecil-kecil dulu, ibu sering membawa saya keluar untuk menemani beliau membeli belah di Jusco, Plaza Bukit Bintang, Isetan dan Metrojaya memandangkan pada waktu hujung-hujung tahun beginilah, jualan murah diadakan.

Pastinya, model-model santa klaus ini akan memainkan watak penting dalam menggamatkan lagi suasana membeli belah di pusat membeli belah mereka. Saya hari ini terfikir, kenapa santa klaus mereka ini mesti (tidak boleh tidak) - GEMUK?

Dulu ketika saya berumur 5 ke 6 tahun, saya pernah bertanya kepada ibu, "Ibu, malam ni santa klaus datang tak rumah kita? An xde stokin kecik kaler merah...boleh ke santa tu bagi hadiah??" (^_^)

Hebat betul saya kira peranan iklan di kaca televisyen ketika itu dalam mempengaruhi kanak-kanak Muslim, namun biasalah, saya ketika itu bukanlah seperti saya sekarang - mampu berfikir lebih rasional dan matang.

Namun, persoalan kenapa santa klaus mesti gemuk sampai sekarang saya tidak berapa pasti, adakah dalam keadaannya yang gemuk, masih mampu untuk mengisi hadiah dalam setiap stokin di setiap rumah? Mampukah mereka?? Kerana kita sinonim untuk berfikir bahawa orang yang gemuk mempunyai banyak penyakit.

Kenapa tak ambil santa klaus yang badannya bersaiz seorang atlit?? Mungkin seperti Sazali Ahmad, jaguh angkat berat negara. Mungkin saya tidak pernah menanyakan soalan ini kepada rakan - rakan saya yang beragama Kristian - kerana takut juga di cop seorang yang seperti budak-budak hehe.

Ada sesiapa yang tahu???


Friday, December 19, 2008

Tag dari Cairo, Egypt

**Maaf, sekarang saya tidak dapat untuk meluangkan masa kerana komitmen perlu ditumpukan lebih kepada sesi akademik dan assignment memandangkan di CFS UIAM sekarang sedang menghadapi minggu peperiksaan. Tag ini dari rakan lama di RMC sekarang berada di Cairo, Egypt - melanjutkan pelajarannya dalam jurusan kedoktoran.




1.What is the relationship of you and him/her?
friend

2. Your 5 impressions towards him/her.
-sports man
-intelligent
-talkative
-outgoing
-joking all the time haha


3. The most memorable things he/she had done for you.
ada ke wei??ko xpenah wat pape pon kat aku!

4. The most memorable things he/she have said to you?
''waaaa...giler r paan!''

5. If he/she become your lover, you will..
Gila! we are straight, not such bengkang-bengkok person

6. If he/she become your enemy, you will..
burn his big mole hahaha!!!

7. If he/she become your lover, he has to improve on his/her..
bongok! aku bernafsu hanya dengan perempuan haha

8. If he/she become your enemy, the reason is..
his mole is bigger than mine hohoh

9. The most desirable thing to do on him/her ?
compete each other in the field of academic!!

10. The overall impression of him/her is..
he is not impressive me at all hehe

11. How do you think the people around you will feel about you?
mind your own bussiness moron!..tak payah nak bising2 pasal aku, igt korang ke bgi makan aku selama ni??!!!

12. The character of you for yourself is?
-critical during thinking
-good planner
-like to criticise other but in purpose laa

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
money management..failed!

14. The most ideal person that you wanne be is
me myself

15. For the people who likes you, say something about them?
thanks, even i know im nothing in this so called world (-_-).

16. 5 people to tag
-1- Danial Izzat
-2- Akram Dhamiri
-3- Andy Sahlam
-4- Nurafiqah
-5- Razi

17. Who is no. 2 having relationship with?
wei, ape nama awek baru ko??hehe

18. Is no. 1 a male or female?
male laa..tapi tak tawu laa klo sekarang dah jadi pondan hehe

19. If no. 3 and no. 4 were together, would it be a good thing?
bergaduh besaa la jawabnye hahah

20. How about no. 5 and no 1?
they both are male...unless they are gay!

21. What is no. 1 studying about?
Pre -Law at CFS IIUM

22. Is no. 4 single?
Udah berpacaran baa 

23. Say something about no. 3.
happy go lucky and sometime "spastic" hehe..sorry2

 

Tuesday, December 16, 2008

Kasut, hadiah Perpisahan bersaiz 10




Padan muka! Saya gembira tatkala membaca keratan akhbar NST hari ini apabila menunjukkan aksi cemas Presiden Amerika Syarikat yang berada dalam keadaan sedang mengelak dari sepasang kasut bersaiz 10 yang dibaling kearahnya.


Tahniah diucapkan kepada wartawan Iraq (dalam gambar kecil). Perbuatan anda ini akan turut dikenang sehingga ke anak cucu saya. Sila ke You.Tube untuk melihat versi video. Lagi rasa nak tergelak macam pecah perut.


Hina betul BUSH!

Monday, December 15, 2008

Baju debat UIAM





Akhirnya, siap pon baju debat yang ditempah sebelum raya dulu. Ok tak?
Sesiapa nak tempah bolehlah berbuat demikian disini - RM25

Sunday, December 14, 2008

PC Fair di KLCC


(berbondong-bondong manusia)



  • Semalam, saya sempat ke PC Fair yang berada di KLCC. Lautan manusia membanjiri KLCC sehingga lewat jam 9PM (Sehingga saya dan Cik Ummu lewat sampai ke hostel di Nilai)
  • Barang yang dijual pada harga yang boleh dikatakan rendah, dan saya sempat membeli Walkman Mp3 Samsung S-3, agak menarik walaupun pada mulanya mahu menyambar iPod Shuffle. Tapi disebabkan iPod Shuffle tak ada screen, saya batalkan hasrat itu. Lagipun, ongkos hanya dalam RM 300, nak beli iPod Nano pula tak cukup wang. What to do...Yang penting, Sound mp3 ni superb! screen die cantik + 3D dan touch screen.hehe


**Nak beli barang elektronik ni saya tak berapa reti (^_^)



(Inilah gadget yang disebut-sebut)





(KLCC menjelang Krismas)






(iPod yang tak kesampaian)








(jalan luar ke PC Fair)

Friday, December 12, 2008

FAM, gagalkah mereka?



Lama saya tidak bercerita tentang skop bola sepak dalam negara kita. Sekali lagi skuad Harimau Malaya tumbang dipijak Gajah Siam dengan rakus sekali ketika perlawanan Piala AFF Suzuki di Phuket tempoh hari. Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0. Kasihan.


Saya bukan saja pening malah runsing akan masalah ini. Kenapa?sebab saya pun rakyat Malaysia, takkanlah nak sokong skuad Bangladesh, Sri Lanka atau India (walaupun kulit saya hampir menyerupai mereka-saya mengaku). Dalam hal ini ADAKAH WAJAR FAM DIPERSALAHKAN? Kerana yang menyepak,membaling dan menangkap bola di padang bukanlah Khairy Jamaluddin, Sultan Pahang atau Dato' Azuddin. Sebaliknya, pemain-pemain yang menggalas amanah tersebut.



Saya kira, FAM sudah memainkan peranan mereka dengan baik. Dari jersi buruk, kita dapat full sponsor NIKE, siap ada iklan lagi. Sebelum ini ada ke? Itu yang pertama, keduanya pula, kita sedia maklum, banyak siri latihan dan klinik bola sepak diadakan seperti klinik bersama bekas bintang Liga Perdana Inggeris, Ian Rush. Itu tidak termasuk lawatan ke beberapa buah negara seperti ke Slovakia, membuat latihan sambil bercuti. Ada kepimpinan FAM yang lepas buat perkara sedemikian???


Lihat perlawanan menentang Vietnam yang lepas, duuuuh! Sangat memalukan tindakan penjaga gol kita. Mungkin masih tak cukup rawatan dan perlu untuk pergi ke klinik lain selepas ini!


Apapun, kadangkala wajar juga pemain kita yang dipersalahkan atas persembahan mereka yang boleh dikatakan "bermasalah" ini. Saya beri satu anologi,
  • FAM ini boleh kata macam ibu bapa kita, hanya boleh bagi nasihat,nafkah dan teguran, namun jika anak mereka sendiri yang malas berusaha setelah semua diberikan, itu sebenarnya salah siapa?

**KASIHAN PAK CIK KAMBING DALAM GAMBAR DIATAS!



Thursday, December 11, 2008

fall fOr you..


*Saya terdengar lagu ini semalam (10/12) dalam pukul 12.15am, di Fly.fm

**Upload dalam blog ini pada jam 12.02pm (11/12).

***Maaf, lagu ini tidak boleh di dengar jika anda seorang yang pekak!haha





The best thing about tonight's that we're not fighting.

Could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying;
I know you're wearing thin down to the core.

But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again.
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day.
I swear it's true,
Because a girl like you is impossible to find.
You're impossible to find.

This is not what I intended.
I always swore to you I'd never fall apart.
You always thought that I was stronger.
I may have failed
But I have loved you from the start.

Oh but hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you

Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day.
I swear it's true,
Because a girl like you is impossible to find.
It's impossible.

So breathe in so deep.
Breathe me in.
I'm yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap.
And remember me tonight
When you're asleep.

Wednesday, December 10, 2008

Kenapa mereka dapat layanan "First Class" dari kerajaan?

Tidak dinafikan penduduk-penduduk yang terlibat dengan ancaman tanah runtuh di Bukit Antarabangsa diperhatikan telah diberi layanan 'kelas pertama' dari pihak kerajaan. Lihat dalam Buletin Utama sekalipun, penaja makanan mereka terdiri dari hotel-hotel ternama seperti De Palma dan Concorde.


Sedangkan banyak kejadian lain seperti bencana banjir yang dirasai oleh rakyat yang lebih susah hidup mereka di negeri tertentu, tidak mendapat layanan VIP seperti mana yang diterima oleh penduduk Bkt Antarabangsa.

Kita ikuti pendapat oleh seorang pengkritik yang saya terbaca dalam sebuah blog yang berkenaan:


" Menteri Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan bilik hotel percuma kepada penduduk di Bukit Antarabangsa yang bercadang hendak berpindah daripada kediaman mereka dan tidak mempunyai kawan dan sanak saudara untuk tinggal.


Sejak bilakah layanan kelas pertama ini diberikan kepada golongan orang-orang kaya ini. Bukankah seluruh Malaysia sekarang sedang mengalami musim banjir dan ramai lagi yang kehilangan harta benda dan tiada tempat untuk tinggal.



Kenapa tiada layanan dan janji yang sama untuk memperuntukkan biliik-bilik hotel kepada mereka. Kenapakah ada layanan 'kelas pertama'? untuk golongan-golongan yang kaya sahaja? Bukankah golongan-golongan banjir ini juga rakyat Malaysia, pembayar cukai dan turut menyumbang untuk pembangunan negara?



Malah di dalam laporan berita turut dipaparkan nasi-nasi bungkus yang masih elok dibuang di kawasan penempatan. Soalan saya, adakah orang-orang kaya ini tidak betah makan nasi bungkus walaupun di masa darurat?



Oh ya, saya lupa. Inilah law of nature. Jika perkara ini berlaku kepada rakyat biasa, tiada siapa yang ambil peduli. Sekiranya ini berlaku kepada orang-orang kaya, Sultan turun padang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri turut turun padang.


Inikah yang kita katakan prihatin wahai pemimpin-pemimpin Melayuku???"

Tuesday, December 9, 2008

Menginsafi Diri.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua pembaca-pembaca blog ini, samada suka atau benci.






Indah Langit Kerana Awan
Indah Laut Kerana Kebiruan
Indah Aidil Fitri Kerana Kemaafan
Indah Aidil Adha Kerana Pengorbanan

Semoga amalan diberkati dan hidup kalian dirahmati.

Amin~ (-_-)

Friday, December 5, 2008

Bila Suara Sumbang Berbunyi - (topik khas)

  • Saya hairan dengan komen seseorang yang menggelar dirinya "saye" di ruangan chat. Makhluk ini mengkritik saya dengan mengatakan saya adalah seorang yang amat dibenci di kalangan sister-sister di UIA. Agak menarik untuk dibincangkan dan menghentam mereka disini - (sebab dah alang-alang tak suka kan, baik lezer je terus makhluk-makhluk ni).


  • Pertama, saya ingin bertanya adakah mereka ini kenal benar saya macam mana, pernah tegur saya, pernah menyapa saya dan mungkin cuba untuk menjadi rakan saya?


  • Hairan, ada lagi manusia yang jumud lagi dangkal dalam kelompok pelajar UIA ini. Kerana saya kira, pelajar-pelajar UIA semestinya baik budi pekerti, tak cepat menuduh tanpa usul periksa, tidak menaruh syak wasangka pada pandangan pertama. Bijak, ya, itu adalah komponen penting, sebab tanpa komponen ini, maka lahirlah pelajar-pelajar sebegini rupa. Itu serba sedikit yang perlu ada dalam diri seorang insan yang bergelar PELAJAR UIAM. Kalau tiada, anda fikirlah sendiri macammana anda boleh tersumbat ke Universiti ini.



  • Siapa kalian untuk terus membuat jawapan bahawa saya adalah seorang yang bermasalah seperti yang dinyatakan. Kalian sendiri yang sebenarnya mempunyai behaviour kurang sihat, apa ingat diri kalian sudah cukup perfect? Bila seseorang yang kalian rasa tak enak dipandang mata, sembrono mahu terus melabel "tak suka" sesuka hati. Saya tidak punya sebarang masalah dengan label tersebut. Kerana kalian sendiri yang tidak mengenali diri saya. Dan saya sendiri tak pernah rasa mahu untuk mengenali kalian yang melabel saya sedemikian rupa. Jadi, jangan nak sibuk tepi kain orang dan terus membuang masa. Jikalau nak berdiskusi tantang topik yang saya siarkan, tak perlu sampai menyerang tentang pembawaan diri saya, kerana ianya kelihatan sangat tidak matang dan melihatkan kebodohan kalian.


  • Satu cabaran saya, kalau kalian benar-benar berani, kenalkan diri kalian dalam ruangan chat dan ruangan kritik. Kalau setakat jadi anonymous - bacul- dan hanya bersuara sumbang. Tak payah nak cakap saja lebih.










**Hanya menjadi diri sendiri, bukan seorang yang hipokrit!

Thursday, December 4, 2008

Mungkin Mukhriz Mahathir kena masuk Debat DiRaja?

Mari kita tinggalkan kisah Debat DiRaja yang mana kemenangan telah berpihak kepada UPM. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan UIAM yang berjaya meraih tempat kedua. Apa yang boleh saya katakan tentang kekalahan tersebut mungkin kerana tekanan tempat sendiri, juga untuk mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

Saya terpanggil untuk berkomentar tentang isu cetusan Mukhriz Mahathir, yang mana pada saya ianya telah mengakibatkan satu kontroversi yang hebat sejak akhir ini. Mari tinjau kenyataan logik Nurul Izzah.



-Nurul Izzah bidas Mukhriz




Katanya..."jika Mukhriz benar-benar seorang "pejuang bangsa Melayu", beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan bukan menghapuskan aliran pendidikan lain". [Rujuk]

Kita rujuk apa yang Mukhriz telah nyatakan seperti mana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia seperti berikut:

"Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris".





[Ulasan Saya]

1) Saya rasa slogan 'Setia Kawan' kini mungkin boleh diterima oleh MCA dan MIC selepas Mukhriz membuat kenyataan sebegitu rupa.

2) Kini slogan siapa yang lebih bermakna. Adakah 'Berani Berubah Tak Tentu Arah' atau 'Setia Kawan' dalam erti kata semangat kekeluargaan dalam UMNO mahu pun dalam BN.

3) Nak jadi sangat Ketua Pemuda UMNO...haa jawab jangan diam. Itu sebab bila orang cabar ajak berdebat kena sahut cabaran tersebut. Jangan takut untuk berdebat.

4) Ini masalahnya bila seseorang yang nak jadi pemimpin hebat tetapi takut untuk berdebat.

5)Kalau diri sendiri tak punya karisma dalam seni pengucapan, jangan mimpi untuk dapat sokongan undi remaja masa kini.


**Tiada Tapisan!

Sabar selagi mampu! Telan selagi boleh!!

Kenapa sabar dan telan menjadi penulisan kali ini? Mungkin itu jawapan yang terbaik sekarang. Terasa? Ya, adalah jawapannya. Selagi sanggup kita telan, telan jahhh!! selagi mampu sabar, kita sabar. Kesabaran ada batas, kerana kita juga insan biasa. Agak menyiksakan sebenarnya dalam keadaan begini, walau orang kata telan je biarpun pahit..
...Ubat itu "pahit"...namun ubatlah yang mampu merawat penyakit...but there is no medicine for what i have now!





**maaf, tiada kaitan dengan sesiapa, kerana saya sedang ting tong!!(mungkin), maka jangan ada sesiapa terasa!