Wednesday, December 10, 2008

Kenapa mereka dapat layanan "First Class" dari kerajaan?

Tidak dinafikan penduduk-penduduk yang terlibat dengan ancaman tanah runtuh di Bukit Antarabangsa diperhatikan telah diberi layanan 'kelas pertama' dari pihak kerajaan. Lihat dalam Buletin Utama sekalipun, penaja makanan mereka terdiri dari hotel-hotel ternama seperti De Palma dan Concorde.


Sedangkan banyak kejadian lain seperti bencana banjir yang dirasai oleh rakyat yang lebih susah hidup mereka di negeri tertentu, tidak mendapat layanan VIP seperti mana yang diterima oleh penduduk Bkt Antarabangsa.

Kita ikuti pendapat oleh seorang pengkritik yang saya terbaca dalam sebuah blog yang berkenaan:


" Menteri Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan bilik hotel percuma kepada penduduk di Bukit Antarabangsa yang bercadang hendak berpindah daripada kediaman mereka dan tidak mempunyai kawan dan sanak saudara untuk tinggal.


Sejak bilakah layanan kelas pertama ini diberikan kepada golongan orang-orang kaya ini. Bukankah seluruh Malaysia sekarang sedang mengalami musim banjir dan ramai lagi yang kehilangan harta benda dan tiada tempat untuk tinggal.



Kenapa tiada layanan dan janji yang sama untuk memperuntukkan biliik-bilik hotel kepada mereka. Kenapakah ada layanan 'kelas pertama'? untuk golongan-golongan yang kaya sahaja? Bukankah golongan-golongan banjir ini juga rakyat Malaysia, pembayar cukai dan turut menyumbang untuk pembangunan negara?



Malah di dalam laporan berita turut dipaparkan nasi-nasi bungkus yang masih elok dibuang di kawasan penempatan. Soalan saya, adakah orang-orang kaya ini tidak betah makan nasi bungkus walaupun di masa darurat?



Oh ya, saya lupa. Inilah law of nature. Jika perkara ini berlaku kepada rakyat biasa, tiada siapa yang ambil peduli. Sekiranya ini berlaku kepada orang-orang kaya, Sultan turun padang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri turut turun padang.


Inikah yang kita katakan prihatin wahai pemimpin-pemimpin Melayuku???"

4 comments:

wobot.suke.bebel said...

wow..
post nih mmg ak puji abes...
sbb ak pon xterpk...
asal mangsa2 banjir laen xdpt lyanan 1st class...


woi....
sila buang word verification dibawah untok memudahkan urusan kumening.

milimilo said...

oke2..da phm da siket2..heeee =)

Farhan Ghadzali said...

~aku still tak reti laa nak buang word verification tu laa shikien..sabaw2..

~ahaha..mayb ko kne update dgn new issue laa mili..bru paham kot, so bykkan mmbaca..huhu

cairo boy said...

salam...

hehe,nice boy...serious aku cm shikien gak..x terpk...erm,adakah kerajaan kita akan mengalami kejatuhan??tepuk dada tanya diri sediri..