2008 pergi - 2009 datang
Manusia sebenarnya tak banyak akan berubah, bagi yang ada masalah, mereka bawa masalah masuk tahun baru, kalau ada hutang pula, mungkin mereka tunggak sampai tahun baru, mereka yang berperangai buruk dan bodoh pun adakalanya begitu. Tak mahu berubah walau orang sekeliling dah banyak kali memberi "kiasan" yang tepat mengenai diri mereka yang tak tahu malu.
Namun, apa yang kita boleh lakukan setiap kali masuk tahun baru adalah dengan "BERAZAM"
Azam atau perkataan lainnya adalah "NEKAD" . Hebat bunyinya, kan?
Pada saya, ini adalah perkara yang buang masa.
Dari sepanjang pengamatan saya sejak dahulu, orang tetap akan "BERAZAM" dan "NEKAD" tatkala kalendar Gregory meningkat bilangan nombornya. Tapi sedar atau tidak, pada penghujung tahun, kalau kita tanya apa azam tahun lepas, adakah mereka ingat? atau sejauh mana azam itu dilaksanakan dan sejauh mana telah digapai?
Kalau buat statistik, saya yakin 9 dari 10 akan memberi jawapan yang negatif.
Namun, tak mengapalah, nak "BERAZAM" ini hak masing-masing, nak beritahu dekat semua orang dalam dunia ini pun juga hak masing2. Tapi ingatlah, kalau ada antara mereka yang anda beritahu tentang azam anda, kemudian tanya soalan yang sama seperti diatas,
HEH!..MALU GILA
Maklumlah, azam bukan main gah, tapi isinya dikemudian hari kosong. Jadi saya sarankan, kalau nak berazam, biarlah empunya diri saja yang tahu. Tak usah lah nak meraih publisiti seolah-olah kamu punya azam yang paling gah antara semua.
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PEMBACA DAN RAKAN - RAKAN BLOGGERS YANG LAIN
MAAF MANA YANG TERKASAR BAHASA DAN TAK ENAK DIDENGAR SEPANJANG PENULISAN SAYA PADA TAHUN 2008.
TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN 2009 kali.
farhan ghadzali @ -idea seorang pemuda-
4 comments:
heyhey...tu dia bakal ahli politik dh bersuara...mak aih,hebat seyh kata2 ko...terasa aku...btw,aku berazam...tp xdela nk buat announcement kat balai pengawal...hahahaha....
happy new year pal...igt,mati dh dekat beb,,,
hehe..eh?
camne ek kalau sambutan new year kat egypt??
good luck for 2009! jgn banyak main jek!
banyak main pe tu abg ali??
heheh
tergantung...
Post a Comment