Friday, February 6, 2009

Dr. M juga kata lucu..maka?


Kita sedia maklum Dr.M adalah pengkritik kuat kerajaan sekarang, tetapi beliau juga menunjukkan reaksi yang sama dalam skrip "indah" PR

Petikan ini diambil dari website Tun Dr. Mahathir berkenaan lompat - melompat si katak



"10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!"




*He he he..teruslah membuat lawak wahai insan-insan yang berada di dalam ruangan shoutbox.


"Ayah kencing berdiri, Anak kencing berlari"



Sama-sama pandai buat lawak!


6 comments:

Haji A. Ali, HS said...

Salam,

Hari ini anda ketawa besar, anda takkan tahu apa yang akan berlaku pada esok hari.. Rakyat tolak UMNO dan BN, itu sudah nyata pada PRU 12... itu kenyataan dan menggunakan kahak sendiri untuk ditelan apabila menubuhkan kerajaan hasil undi simpati daripada ADUN BEBAS...

Betul ke rakyat yang pilih ??? Wahai orang BN dan UMNO ?

BN takut lawan 1 to 1 dengan PR. Mereka takut akan dimalukan oleh PR. So mereka ambil perasuah dan anjing( Adun Bebas) untuk menyokong mereka. Tetapi mereka perlu ingat bahawa bila-bila masa sahaja 3 Adun Bebas itu insaf dan ingin kembali semula kepada PR maka selepas itu SULTAN ZALIM itu akan mendapat malu yang besar.

UMNO menjanjikan bahawa 2 perasuah terbabit akan terlepas daripada hukuman macam Abdul Razak Baginda dapat lepas daripada kes bunuh !!!

UMNO / BN takkan kekal lama jika mereka bermain cara kotor macam ini.

UMNO / BN telah merestui lompat parti, so jika ada lepas ini YB ADUN/ PARLIMEN dari BN yang lompat parti maka janganlah nak mengamuk pulak k. Nak buat akta la dan dll.

PR bukannya nak melawan SULTAN tetapi mereka cuma mahu RAKYAT yang pilih pimpinan mana yang mereka mahukan. Itu Sahaja !!! Kalau PR kalah sekalipun mereka kalah sebagai PEJUANG bukannya BACUL macam UMNO/ BN...

LAWAN TETAP LAWAN.. !!!

Melayu memang takkan hilang tetapi yang hilang nilai2 ISLAMNYA.. Ingat Itu ...Jangan pandai nak guna AGAMA sebagai meraih simpati...

Islam itu ialah Quran Dan Sunnah ...

Haji A. Ali, HS said...

Kenapa cerdik pandai menjadi pembangkang/kerajaan dan diminati oleh ramai anak muda dan golongan professional?

Lihat sahaja di Selangor dan negeri-negeri PR yang lain. BN tidak pernah membantu orang melayu. Jika UMNO serius ingin membantu oarng melayu maka sudah ramai usahawan muda yag berjaya..tetapi lihat seteah 50 tahun memerintah liha sahaja ekonomi malaysia 70% dikuasai oleh kaum cina.

Inilah wajah sebenar kaum melayu di negara ini. Cuba beritahu saya di mana ada lot kedai di dalam MID VALLEY dan BERJAYA TIMES SQUARE ?? tiada langsung...

Pemimpin UMNO akui mereka menggunakan wang untuk meraih segala macam undi dan projek...inilah wajah pemimpi muda yang akan menerajui tampuk kemimpinan malaysia...

lihat sahaja UMNO/BN tewas di permatang pauh dan KT..So UMNO tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menang di Perak dan mereka menggunakan SULTAN sebagai pelindung mereka...

Kita tunggu kes 2 ADUN BEBAS yang akan berlangsung nanti dan ketika itu baru lah SULTAN sedar akan kesilapan yang mereka lakukan...

Lawan tetap lawan...

ISLAM HADHARI ciptaan melayu kafir !!! iaitu menghalakan segala cara...

Farhan Ghadzali said...

respon kpd Haji A.Ali

Pangkalnya, siapa yang mencangkan ttg "melompat parti"..PR atau BN?..kalau PR yang ditubuhkn pd 16 SEPT dlu konon dakwaan 31 MP BN akn melompat, maka itu bkn undi simpati utk menubuhkn kerajaankah??

kalau kita ikut sifir DSAI itulah kn tuan haji...rakyat ke yg pilih mereka tu??

masalah takut 1 vs 1 tak timbul...sbb sy boleh kta juga yg PR ni sbb takut 1 lwn 1 ni laa mereka guna pki taktik ni tuan haji...


ambil perasuah dan sebginya? berkenaan hal itu, ADUN tersebut ADUN bebas dan memihak UMNO...tak masuk lgi pun UMNO...tak payah jdikn isu laa...nk tgk parti mana yg suka jilat ludah mereka kembali?..nah...dulu PAS bkn main hentam KJ bapk rasuah, kroni dan sbginya...tup tup..Salahudin Ayub offer KJ msuk PAS??...tak ke pelik tu???kalau macam tu keadaannya tuan haji...halal pulak cara tu eh???ish3...

NI nak kata Sultan Zalim sbginya..hmmm...cukuplaa jdi boneka DAP tu..kita dok ckp sultan kita zalim, kita yg dok protes sultan kita sendiri kat Perak baling membaling ke org Melayu sndiri..pdhal kenapa DAP yg dpt jumlah kerusi yg byk tu tak turun buat perkara yg sama??...kenapa mereka tgk dan bia kita saja yg pegi merusuh ni tuan haji???..boleh terangkan x??? Sultan dah buat kputusan...tuan haji ni tahu ke selok belok buat keputusan dkt Perak bdasarkan UNDANG2 Tubuh Negeri tersebut sampai kondem sultan kita zalim??

saya bukanlaa nak memburukkan mana2 pihak...cuba utk jga mana2 sensitiviti..saya hormat pada parti PAS..tapi bila mana yang xbertepatan perlulah diungkapkan...dan realitinya perlu disingkap...

kepada sesiapa yang bercakap besar dan bermain kotor dalam kehidupannya akan terpalit semula kekotoran di muka mereka..itu JANJI ALLAH..

belajar untuk menerima hakikat dari hukum karma..

Izzat Jonid said...

to haji a. ali hs:
usah serious sgt dlm menyusun tinta. anggap sajalah apa yg farhan nukilkan ini hanyalah sbg pandangan dan pendapat peribadi yg bersandarkan kpd autoriti Dr M, pemimpin yg amat dihormati. politik di malaysia memang begini, kalau anda bijak dan cukup matang dlm mengenali politik malaysia, kita tidak perlu melatah sbnrnya...

Farhan Ghadzali said...

betul abg izzat..100% agree with you..

Danial Izzat Zulbahari said...

Siapa kata dlm Paktan Rakyat takde politik wang, tender berasakan kroni????