DUA pertanyaan kepada PAS:
1) UMNO dituduh tidak mahukan Islam kerana tidak mahu melaksanakan hudud. PKR juga sama dengan UMNO dalam hal ini. Bagaimana? Kalau PKR sama dengan UMNO dalam sikapnya terhadap hudud, maka apa isunya sekarang?
2) Apakah benar dan yakin bahawa DAP akan menyokong pembentukan Negara Islam pada masa akan datang? Jika tidak, maka apa tujuan sebenar pakatan ini? Adakah hanya semata-mata ingin menjatuhkan UMNO atau ingin sangat melihat DSAI jadi PM? Apa seterusnya langkah Pakatan Rakyat ini ? PAS dilihat sanggup meng"umno" kan diri sekarang semata-mata mahu melihat UMNO jatuh! Sebab itu ia tidak peduli akan matlamatnya, yang penting musuh tradisi harus dikalahkan.
Islam Hadhari ditolak PAS kerana mengatakan ianya dicetuskan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam , hudud ditangguh kerana ditolak DAP dan PKR dan Pas perlu dokongan DAP dan PKR untuk apa? hanya untuk menjatuhkan UMNO yang tidak mahu hudud! Bila UMNO yang tidak mahu hudud itu jatuh, Pas akan tanya lagi DAP dan Pakatan Rakyat mahu tak hudud? DAP dan PKR kata tidak mahu kerana rakyat pilih Pakatan Rakyat kerana tidak sebut hudud dan nanti akan hilang pula sokongan dan UMNO yang tidak mahu hudud itu naik balik! Pas akan tentang semula UMNO kerana UMNO tidak mahu hudud! ( cuba fikirkan, apa sebenarnya yang tidak kena?)
Di dalam Islam ada hudud untuk membimbing umat. Hudud bukan satu-satunya bahagian dari Islam. Di dalam Islam ada beberapa bahagian yang membentuk Islam yang lengkap. Maka banyak bahagian lain yang belum kita ketahui....
Oh ya, sebelum saya terlupa, sebelum memerintah, apa yang UMNO buat bersama2 BN semua haram, bila PAS -Amanah Bersama- Pakatan Rakyat semua jadi halal?
Dah alang-alang nak masuk tahun baru, biar saya cerita apa yang saya fikir dalam benak fikiran saya selama ini.
Kadang-kadang saya tak faham dengan 'perangai' buruk penyokong-penyokong PAS ini termasuklah Bloggers PAS.
1) Mereka pakai lawa...putih berseri.
2)Bila ceramah...takbir bertali arus
3) Nak laksanakan Hudud...sungguh bersemangat.
4) Tetapi yang amat MENGHAIRANKAN...
bila mereka menulis, kritik atau 'blogging'...maki hamun orang...mengata orang...mengumpat orang...mencarut..menyumpah tidak mengambarkan mereka ini ahli-ahli atau penyokong PAS
Sungguh rumit!
8 comments:
dats the way man!
i luv u laa paan!!!
yeke???
bkn dyeowg sekadar memberi idea
??????
kenapa hanya ditujukn kpd blogger pas shj????
blogger yg berAGAMA ISLAM yg len..
mcm mane?????
YA..
idea boleh disalurkan dalam keadaan yang beradab
tak boleh laa kita nak kata, asal beri idea, maka mengumpat, mencarut dan lain2 adalah dihalalkan..
Konteks penceritaan saya sekarang tentang blogger PAS..nak cerita pasal blogger beragama ISLAM, mungkin dalam "post" yang lain laa..
ingatan lagi...sila letakkan nama anda ya..lebih elok dan "BERADAB" daripada anda tampil secara "anonymous"
Salam,
Tahniah, suatu pandangan yang baik untuk kita berkongsi bersama.
Cuma, kalau boleh sebelum menulis dan mencerna idea yang ingin digarap, alangkah baik jika kajian dibuat terlebih dahulu. Setiap fakta diperhalusi penuh hemah dan disantuni dengan penulisan yang adil saksama.
Saya bersetuju dalam konteks realiti atas bukti yang dikemukakan, meski ia hanya kes terpencil. Tak ramai sebegitu sebenarnya.
Apa yang lebih ingin saya tekankan, telusuri dahulu ilmu siasah. Terokai selok-belok sejarah perjuangan parti politik. Fahami prinsip dan ideologi mereka. Kemudian, nah, dipersilakan untuk mengusulkan idea yang kritis dan menggugah pembaca.
Sekadar seruan untuk saya juga. Ingat, siasah itu ada dalam syariah. Syariah pula tidak lenyap dalam hidup setiap Muslim. Saban hari kita akan menekuni syariah, mengamalkan siasah. Janganlah kita terbawa-bawa dengan semangat semata, tapi lompang dalam prinsip dan tarbiyah diri.
Teruskan menulis. Saya mahu terus mengikuti perkembangan idea seorang pemuda seperti anda.
Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada ALlah kita kembali jua. Salam persahabatan, terima kasih.
Saudara yg dekat atas ni nak kata saya main sedap tulis laa?
tak buat research?
kalau anda kata saya gagal menelusuri sejarah parti etc.
mungkin anda sudah MASTER dalam perkara2 tersebut kan?
boleh laa tunjuk ajar disini selepas ini..
untuk makluman, saya memang sedia maklum bahawa semua bukan begitu,
jadi apa masalah anda?
terasa?...
saya sarankan jangan cepat melatah dan berfalsafah mudah seperti komen anda diatas..
berbunga sungguh ayat anda, sgt indah!tahniah juga..
tapi disini tak perlu untuk menyusun ayat, bersajak sebegitu rupa..straight to the point
sekian~
Saudara yg dekat atas ni nak kata saya main sedap tulis laa?
tak buat research?
kalau anda kata saya gagal menelusuri sejarah parti etc.
mungkin anda sudah MASTER dalam perkara2 tersebut kan?
boleh laa tunjuk ajar disini selepas ini..
untuk makluman, saya memang sedia maklum bahawa semua bukan begitu,
jadi apa masalah anda?
terasa?...
saya sarankan jangan cepat melatah dan berfalsafah mudah seperti komen anda diatas..
berbunga sungguh ayat anda, sgt indah!tahniah juga..
tapi disini tak perlu untuk menyusun ayat, bersajak sebegitu rupa..straight to the point
sekian~
salam farhan...
saudara ingin mengatakan sesetengah org PAS tidak beradab...??
Wallahua'lam.. mungkin sesetengah tidak beradab.. itulah kelemahan manusia..
tapi bagaimana dgn org UMNO? mereka suruh PAS beradab tapi mereka sendiri...?
saudara sendiri saya lihat menggunakan bahasa agak kasar...
minta maaf terlanjur kata...
tapi saya terkilan juga post nie...
saya juga sarnkan saudara dalami dulu bab siasah kerana jikatidak kita akn berfikiran terlalu negatif... sebab sy kagum saudara mmg berpotensi menjadi debater yg baik.... saya kagum tu...
tapi jgn beremosi sgt...
berfikir dulu..
biar ada hujah...
sebab takut2 termakan diri...
minta maaf kalau terguris...
kita manusia biasa..
masing2 pasti ada kelemahan farhan...
Wallahua'lamm...
Post a Comment